+16

336 48 179
                                    

Di malam hari... Semua orang memejamkan mata dan lena dialam mimpi. Hanya aku , Yoshi dan Hyunsuk sahaja yang masih berjaga.

Mataku masih ringan dan aku belum berasa ngantuk lagi. Hatiku terdetik sejenak — patut ke aku lakukan misi tu? Aku dah ada di sisi mereka jadi ia lebih mudah bukan?

Oh , Sebelum aku lakukan misi tu , aku nak cakap...

"Forgiving is easy but forgetting is difficult. "

Bagi aku.. Mungkin ia akam selesai jika subjek yang aku perlu lupakan tu tiada. Dan aku mesti buat sesuatu supaya ia tiada.. Jadi..

Beg bagasi aku dibuka. Seutas tali barut dikeluarkan.. Senyuman yang dah lama tak dizahirkan..senyuman sinis. Langkah dibuka keluar dari bilik , melalui beberapa bilik member yang telah lena— seterusnya ke dapur.

Kelihatan Yoshi.. Ahli ketiga tertua sedang bermain telefon nya di meja makan di dapur. Lelaki itu duduk membelakangi aku.

Cantek— omel dihati. Langkah diatur perlahan supaya tiada bunyi terhasil. Tak mahu kalau rancangan aku pecah dek kerana bunyi.

Tali barut dililit dan diikat supaya menjadi sebuah tali jerut yang akan membunuh sesiapa sahaja yang masuk ke dalam bulatan tali itu.

Dalam kiraan...

Satu
Dua
Tiga

ZZAP!

Tali itu terus aku masukkan ke leher Yoshi dan merentapnya dengan kasar. Yoshi yang leka tersentak tatkala leher dijerut secara tiba-tiba

Kakinya meronta kuat cuba untuk loloskan diri. Tangannya menarik kuat tali tersebut supaya terlerai namun takkan berhasil kerana aku berjaya ikat mati. Lidah terjulur keluar dari mulut dan matanya terbeliak besar seperti bebolanya mahu terkeluar dari tempatnya. Nafas yang diambil semakin kuat. Seluruh badannya bergetar hebat.

Aku tidak berputus asa. Jerutan di leher harimau itu aku kuatkan lagi sehingga tiada ruang yang tinggal di bahagian lehernya. Wajah Yoshi membiru dan memucat.

Iris hitamnya naik ke atas sebelum dia tiba-tiba berhenti meronta. Genggaman pada tali terlepas dan pada akhirnya dia duduk kaku tidak bernyawa di atas kerusi bersama tali yang terjerut pada leher.

Senyuman puas dihadiahkan padanya. Langkah aku diteruskan menuju ke ruang tamu — di mana Hyunsuk berada.

"Hyunsuk" Hyunsuk menoleh ke belakang dan memandang aku sejurus aku memanggilnya. Senyuman nipis diberikan kepada aku.

"Kenapa?" soalnya.

"Jom keluar" jawabku. Dia menganggukkan kepala dan terus bangkit. So easy ya

Susukku berjalan membuntutinya dari belakang.

Sampai sahaja di halaman rumah.. Kami berdua berdiri memandang satu sama lain..

"Kena—" sebelum sempat dia menyoal tiba-tiba aku terus menendang zakaria nya.

"A-AHHK!" Hyunsuk lantas terbaring lemah di atas tanah. Zakaria dipegang cuba menghilang kan rasa senak. Tanpa lengahkan masa , aku terus berjalan menuju ke sebuah botol minyak. Botol diambil dan aku kembali kepada hyunsuk.

Hyunsuk yang masih dalam kesakitan memandang aku dengan terkejut. Riak wajahnya seakan tahu akan apa yang aku akan buat. Kepalanya digeleng laju. Kakinya tidak mampu berlari — dia mengesot ke belakang sedikit demi sedikit.

Kakiku terus memijak kaki kirinya. Dia cuba untuk lepaskan tetapi tidak kuat kerana pijakanku tersangat kuat. Penutup botol minyak dibuka dan terus tubuh kecil Hyunsuk menjadi tempat tumpahnya cecair minyak petrol itu.

Anger - Park jihoon ( C )Where stories live. Discover now