-ˏˋ 𝑻𝒘𝒐² ˎˊ-

339 65 128
                                    

Jangan lupa vote dan comment chapter lepas !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jangan lupa vote dan comment chapter lepas !

- - -

"kita tak kacau business trip dorang kan?" Byeolgyu duduk di sebelah Joon Young yang sedang bermain telefonnya

"dorang yang ajak. Boleh date yuhu!" Minjee melipat bajunya dengan teruja.

"kau dengan date kau boleh pergi mampus. Dorang ni pelik sia" Eun Byeol menjeling Minjee.

"asal pulak pelik?" Tanya Yubin.

" Betul juga. Dorang tak pernah bagitahu dorang kerja apa. Tiba-tiba ada business trip pula" Minhyun mencelah. Baju ditangannya disusun dengan kemas ke dapam bagasi.

"haah kan. Cara dorang ajak kita date. Jalan-jalan semua tu, tak de pula nampak busy?" Hyunjae menyilangkan tangannya. Cuba berfikir.

"Kan dorang dah kata dorang buat kerja amal?" Ujar Minjee.

"Pelik la. Sebab, ada ke syarikat khas untuk kerja amal?" Minhyun menggaru kepalanya. Byeolgyu mengangguk.

"Maybe ada. Kau je bodoh tak tahu apa-apa" ujar Eun Byeol pula. Pulak dah. Tadi dia juga yang kata pelik.

"Ah tak kesah la. Korang dah sedia ke?" Tanya Yubin. Joon Young mengangguk.

"Dah macam adventure pula. Padahal Jeonju je" ujar Byeolgyu. Dia memandang beg bagasi yang penuh dengan barang mereka.

"Seronok la Jeonju. Rasa macam duduk dekat zaman dulu-dulu" ujar Hyunjae. Dia menunjuk lokasi yang dicarinya selepas mereka memberitahunya destinasi seterusnya adalah Jeonju.

"Betul juga. Banyak rumah tradisional dekat sana. Mesti cantik kan kalau nak tangkap gambar" Yubin melihat gambar tersebut satu persatu.

"Eung. Betul tu"

"Yubin, Sunghoon ada bagi tahu apa-apa tak fasal esok?" Tanya Hyunjae.

"Tak ada. Kau?" Yubin menggeleng.

"Heeseung kata, dia dah sewakan rumah. Untuk perjalanan kita ke sana, kita naik train la. Boleh menikmati pemandangan sekali" terang Hyunjae.

"Aku merasakan ada drama yang terjadi dalam train tu nanti" Eun Byeol memerhati rakan-rakannya. Masing-masing tersengih.

"Alah Eun Byeol. Aku tahu kau suka. Tak apa, kitaorang tak kacau kau dengan Riki" ujar Minjee. Eun Byeol menjeling Minjee.

"Apahal pula? Aku nak duduk sebelah Yubin" ujar Eun Byeol.

Among Us ⤷ Enhypen [C]Where stories live. Discover now