BAB 9

3 0 0
                                    

         Yana pulang ke rumah setelah seharian keluar bersama Asyraf  untuk berjumpa klien.Baru sehari menjadi Secratary  Asyraf bermacam-macam kerenah yang dihadapinya boleh jadi gila dia lagi tiga bulan ni.Baru sahaja dia  selesai mandi kedengaran bunyi hon.Terkejut dia melihat kereta Asyraf terpacak di hadapan rumahnya.Cepat-cepat dia mencapai telefon.

         "Encik nak apa ni kan dh habis office hour?"Yana sedikit melenting dah lah penat."Yana ku sayang takkan dah lupa perjanjian kita? Awak kena kluar dinner dengan saya setiap hari"Yana menepuk dahinya lupa pulak pasal hal itu panggilan 'sayang' tidak dihiraukan

       Yana cepat-cepat bersiap .Dia meluru masuk ke dalam kereta Asyraf sambil menayang giginya."Maaf saya terlupa encik Asyraf" Asyraf geli hati melihat telatah Yana.

         "Yana saya ada lagi satu permintaan dengan awak, boleh tak diluar office hour jangan berencik dengan saya"Yana sudah menggaru kepala,dia sudah merancang idea.Selepas berfikir panjang dia memberi jawapan,bukan senang nak menukar panggilan lagi-lagi dengan orang yang pernah memalukannya.

        "Boleh tapi syarat saya kita keluar dinner hanya hujung minggu je,Deal?"Yana sudah tersenyum jahat.Asyraf berfikir panjang "Okey boleh,"

                           Setelah lima belas minit perjalanan Asyraf memberhentikan keretanya di tepi tasik ."Awak kata nak pergi makan ni apa pergi tasik pulak ni jangan macam-macam saya jerit kang"Yana menayang penumbuk"Tak payah risaulah ni tepi tasik ni ada restoran sedap lagipun bukn gelap pon seberang sana ada pasar malam"Yana melirik mata memandang pasar malam yang disebut lalu menurunkan tangan.

     Yana mengikut Asyraf mengambil tempat duduk di restoran yang dikatakan oleh Asyraf.Mereka memesan makanan."Untunglahkan jadi anak bos tak payah belajar tinggi-tinggi pon boleh jadi CEO"Yana memecahkan kesunyian.Asyraf mengeluh perlahan.

      "Awak ingat saya nak ke jadi CEO kalau bukn sebab kakak saya nak kahwin ,Malaysia pon saya tak nak jejak" Yana teringat kembali Asyraf pernah bercakap kepada klien mereka yang dia baru balik Malaysia.Perbualan mereka terhenti apabila makanan mereka sampai

        "Yana saya nak ajak awak jadi pasangan pengapit untuk majlis kawan saya hujung minggu ni boleh?"Asyraf bersuara setelah mereka selesai makan. Asyraf mengharapkan persetujuan Yana.Yana menghabiskan sisa makanan di dalam pinggannya.

        "Boleh,tapi perjanjian kita untuk keluar seharian sabtu ni batal, selepas majlis ,awak tak boleh kacau saya,saya nak jumpa keluarga saya"Asyraf tersenyum mendengar panggilan Yana kepadanya."Okay. tapi sabtu ni  shaja ye"Mereka  pulang ke rumah selepas selesai membayar .











         Yana mengemas meja kerjanya dan bersiap sedia untuk pulang.Dia menuju ke keretanya yang terletak selang dua kereta daripada kereta Asyraf. Selesai meletak barangnya di tempat duduk belakang dia masuk ke ruangan pemandu.Nasibnya malang , bateri kereta dia kering.Dia menghubungi Eni untuk mengambilnya.

       "Hello Eni, kau boleh tolong amik aku tak?Kereta aku rosak"Yana menghubungi Eni sambil melihat bateri keretanya yang kering."Wei sorry sangat-sangat  aku tengah kat luar dengan family aku " Eni menjawab dengan rasa bersalah

     "Oh, ye ke takpelah sorry kacau kau,bye"Yana menggaru kepala memikirkan siapa yang dpt membantunya.Dia mencari nombor mekanik.Baru sahaja dia mahu menghubungi nombor yang ditemui ,phone dia terpadam.Sudah jatuh ditimpa tangga.

    Nasib menyebelahinya, Asyraf turun menegur dia"Ni kenape ni ?Ada problem ke?"Asyraf mendekati kereta Yana"Saya punya beteri kereta keringlah" Yana menggaru kepala.

     Asyraf melihat bateri kereta Yana."Oh ni kena bawak pergi bengkel ni 2 hari baru siap."Asryaf membohong,dia sengaja mahu menghantar Yana pulang."Oh yeke, saya nak pinjam er.....er..... telefon a....a.wak boleh nak telefon Grab?Telefon saya habis bateri"Yana tergagap.

     Asyraf sudah mengukir senyuman "Saya tumpangkan awak lah, phone saya pon habis bateri"Asyraf membohong lagi."Eh takpelah, saya naik teksi je banyak tu kat tepi jalan"Yana cuba mengelak.

      "Tak payah nak mengada-ngada awak tu staff saya , tanggungjawab saya,Dah jom masuk kereta dh lewat dah ni"Yana tak menyambung perbalahan kerana dia tahu Asyraf tu keras kepala.Dia memasuki kereta Asyraf.

       selepas 15 minit perjalanan mereka tiba di rumah Yana."Esok untuk majlis tu tema baju pengapit colour peach,saya dh beli baju untuk awak,nah"Ashyraf menghulr beg baju kepada Yana .Yana memandang Asyraf terkejut.

      "Apa ni Acap x yah lah susah-susah........" Yana terdiam kenape gelaran 'Acap'  tu terkeluar dari mulutnya.Dia cepat-cepat keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

           Asyraf di dalam kereta masih terpana.Gelaran nama yang sudah lama dia tidak dengar daripada Yana.Dia pulang ke rumah dengan senyum yang tak lekang di bibir.













Ting...Ting.....

telefon Yana berbunyi menandakan mesej  masuk.Yana yang baru selesai mandi mencapai telefonnya

 

MAMAT GILA: Aslm Lia, esok baju  tu pakai okay, saya pick up awak pukul 11 sebab majlis mula pukul 12

Yana menjerit  apabila Asyraf menggunakan nama gelarannya dulu.Perasaan marah dan malu bercampur.sebaik Eni x de.

YANA:Ok

Yana membalas ringkas.Dia mematikan telefonnya dan tidur .Esok bakal menjadi hari yang panjang buatnya.

Cinta tanpa sedarWhere stories live. Discover now