BAB 10

1 0 0
                                    


     Yana terlopong melihat kasutnya yang terkopak "Buat hal lah kasut ni dah lah ada majlis macam mana ni"

Mahu tidak mahu, dia menyarung kasut high heels bewarna hitam yang diberi oleh Asyraf, mahu patah pinggang, tak pernah dalam hidup dia memakai kasut tinggi.

Asyraf sampai sejurus Yana menyarung kasut, Yana berjalan ke arah kereta Asyraf dengan keadaan badan yang tidak stabil.

"Awak okay ke tak ni, kenapa jalan macam tu" Asyraf memandang Yana separa tertawa "Janganlah gelak, tak lawak okayy" Yana menjeling Asyraf.

"Yelah, sorry princess, jom gerak kita kena sampai awal ni takut tertinggal pengantin" Asyraf membantu Yana masuk ke dalam kereta kerana baju Yana agak meleret menyukarkan pergerakannya.

"Ni semua salah awak, beli baju meleret leret rimas tau tak" Yana membebel menarik muka.

Tahu benar Asyraf akan perangai Yana yang sedikit 'boyish' "Sekali-sekala dress up macam perempuan, nanti nk kahwin kena pakai baju gaun lagi besar baru cantik" Asyraf bersuara

  "Pleaseeee, sape nak kahwin dengan awak" Yana membuat muka meluat.

"Aik, saya tak kata kahwin dengan saya, tapi kalau awak nak it's okay saya on je" Asyraf menyakat.

Yana disebelah menahan malu, macam mana mulutnya boleh lancang berkata-kata.

Selepas 20 minit perjalanan, mereka sampai ke destinasi.

       "Let's go masuk ikut belakang diorang nak bagitahu perjalanan majlis ni" Asyraf melangkah keluar.

Yana mengikuti Asyraf dari belakang, terbeliak matanya apabila melihat ramai alumni sekolahnya dulu ada disitu, matanya mula berkaca.

Asyraf berpaling memandang Yana apabila menyedari Yana tiada disebelahnya. Dia terus pergi ke arah Yana apabila melihat Yana seakan ingin menangis.

      "Kenapa ni Yana, awak gastrik ke?" Asyraf sudah mula risau.

      "Kenapa awak tak cakap ni majlis  kawan sekolah awak? Memang sengaja nak malukan saya lagi ke." Air mata mula mengalir di pipi Yana.

Asyraf tergamam, terlupa benar dia tentang kejadian itu.

       "I'm so sorry, saya takde niat pon nak buat awak malu ke apa, macam ni lah don't worry saya ada, if they say anything saya ada untuk lindung awak okay" Asyraf menundukkan kepalanya cuba memandang mata Yana.

Yana mengangguk, dia nak membantah pon kesian pada pengantin tiada pengapit nanti.

Mereka meneruskan langkah dan masuk ke dalam rumah pengantin melalui pintu belakang.

     "Assalamualaikum" Asyraf memberi salam. Yana dibelakangnya menundukkan kepala dan berdiam diri.

     "Waalaikummussalam, sampai dah pon kau Asyraf" Adam menjawab salam sambil menghadiahkan senyuman.

      "So, let's discuss camne kerja pengapit, aku first time ni" Asyraf menggaru kepalanya.

      "Senang je nanti kau and..." Adam berhenti memandang Yana.
     
       "Yana" Yana membalas ringkas berdoa agar Adam tidak mengenalinya.

         "Alright, kau and Yana just perlu acah-acah kipas kitorang, for sure untuk pastikan makeup kitorang tak cair, so prepare tisu sekali, that's it" Adam memberi penerangan.

Asyraf mengangguk "About nak ke pelamin tu kitorang akan jalan sekali ngan korang or kitorang memang dah ada kat situ?"

      "Of course korang kena jalan sekali kang nanti yang di pandangnya korang bukan pengantin" Adam membuat lawak.

      "Faham" Asyraf mengangguk sambil tertawa.

      "Cik Yana boleh lah masuk bilik atas belah kanan, kenal-kenal dulu dengan pengantin perempuan takut awkward pulak nanti" Adam memberi cadangan.

Yana mengangguk dan berlalu naik ke atas.

      "Wei partner kau tu pahal, diam je" Adam membuka suara, saja dia menghalau Yana ke atas.

       "Actually ada benda aku nak bagitau kau... Dia tu Lia ex aku time sekolah dulu, ingat?" Asyraf membuka cerita.

Adam terkaku mana akan dia lupa, peristiwa tu satu batch mereka tahu.

     "Habis macam mana nanti, budak batch kita ramai kot datang" Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.

      "Tak yah risau lah, kau pon tadi tak kenal dia kan? Aku rasa takde sape kot dapat cam" Asyraf sekadar mengagak.

      "Betul gak cakap kau" Adam mengiyakan.




Tuk.. tuk..

Yana mengetuk pintu bilik pengantin perempuan. Pintu terkuak dari dalam, dia cuba mengawal emosinya apabila melihat Jannah, kawan baiknya di sekolah.

Hubungan mereka terputus begitu sahaja kerana Yana memilih untuk bertukar sekolah walaupun tinggal lagi 6 bulan sahaja persekolahannya. Baginya emosi dia perlu diperbaiki untuk menjawab SPM.

Dia menyalahkan 100% kepada Acap apabila mendapat cuma 5A sahaja dalam SPM sedangkan dia pelajar target untuk mendapat straight A's iaitu 8A. Disebabkan itu juga dia gagal memasuki IPG dan cita-cita untuk menjadi pendidik seperti ayahnya terkubur.

Baru sahaja Yana ingin memperkenalkan diri, Jannah menerpa memeluk dia. "Lia mana kau pergi, sampai hati tak cakap apa-apa pon kat aku not even the last goodbye" Jannah sudah teresak nasib baik dia belum bersolek.

Yana terkaku seketika sebelum membalas pelukan Jannah mereka menangis bersama "Aku minta maaf Jannah masa tu aku fikir aku je, aku malu nak hadap semua orang" Yana bercakap sambil tersedu.

Mereka meleraikan pelukan. "Wait so kau nak cakap kau datang sini dengan Asyraf?!! Mamat yang dah malukan kau tu?!!" Jannah tiba-tiba bertukar serious dia sudah mahu mengorak langkah mencari Asyraf sebelum dihentikan olah Yana.

     "Aihh releks lah wei, jangan lupa ni majlis kahwin kau, kang jadi kenduri tahlil pulak" mereka berdua tertawa.
















Cinta tanpa sedarWhere stories live. Discover now