BAB 8

13 1 0
                                    

Asyraf dan Yana akhirnya tiba di tempat mesyuarat mereka setelah 30 minit perjalanan.Mereka terus menuju ke bilik mesyuarat.

         "Assalamualaikum Dato' maaf atas kelewatan saya"Asyraf bersalaman dengan Dato' Anwar klien terbesar syarikat papanya.

     "Tak apa lah Asyraf uncle pon baru sampai 5 minit lepas" Dato'Anwar memberikan senyuman.

         'Wow uncle eh lain macam ni'Yana mengutuk di dalam hati.

         "Berapa tahun dah Asyraf tak jumpa uncle,Mia pon rindu tau"Asyraf tersenyum kambing kepada Dato'Anwar

          "Saya baru balik Malaysia uncle,tu pon baru nak berjinak-jinak dengan bisnes papa ni"Asyraf mencari alasan

         "Ni siapa?Dah ada girlfriend ke Asyraf"Dato'Anwar menyakatnya

           "Eh tak adalah uncle ni PA saya je"Yana tersentak kenapa perkataan 'je' tu kenapa buat dia sakit hati eh?

            "Jomlah kita discuss pasal projek polimer kimia tu uncle boleh tunjuk ajar saya sekali"Asyraf bermulut manis biasalah takut hilang klien beharga kan

           "Baik,kita mulakan sekarang"mereka menumpukan perhatian sepenuhnya  kepada perbincangan.

          Yana yang duduk disamping Asyraf membuat muka.Mana dia tahu nak kena buat apa baru hari pertama tiada  sesiapa terangkan  tugasnya.Yana mengeluarkan buku nota dan mencatat serba sedikit berkaitan perbincangan itu,dapat juga dia menimba ilmu baharu.

Setelah satu jam perbincangan, mereka meminta diri untuk kembali ke pejabat.

      "Asyraf teman uncle lunch dekat rumah lah alang-alang lama tak jumpa Asyraf,boleh jumpa Mia sekali"Dato'Anwar mempelawa Asyraf

     "Tak apalah uncle lepas ni saya ada meeting dekat Shah Alam,maaf ya"Asyraf membohong.Memang taklah dia nak berjumpa dengan bekas tunangnya itu takut luka lama berdarah kembali.

       "Kalau macam tu nanti kalau ada kesempatan Asyraf datanglah rumah uncle"Asyraf menganguk

      "Jumpa lain kali uncle saya gerak dulu"Asyraf memberi senyuman dan berlalu masuk ke dalam kereta.Yana yang sejak pagi tadi mendiamkan diri dikerlingnya.

       "Awak nak makan dekat mana Yana"Asyraf bertanya

       "Tak lapar"sejurus Yana berkata begitu perutnya berbunyi kuat minta diisi.

      Asyraf ditempat pemandu menahan tawanya.Muka Yana merah menahan malu.

    "Tulah orang kata,orang yang sombong ni rugi"Asyraf memerlinya.Asyraf meneruskan perjalanan ke restoran Nasi Ayam.

      Tiba di restoran Yana memandang Asyraf dengan pandangan pelik"Dah kenapa pandang macam tu?Saya tahu saya handsome"Yana menjeling Asyraf.

      "Peliklah saya,encik makan kat tempat biasa macam ni,ingatkan jijik."Yana sengaja menekankan perkataan 'jijik'

      "Itulah orang kata dont judge a book by its cover.Ni restoran favourite saya tau"mereka berjalan beriringan masuk ke restoran itu.

        "Awak nak makan nasi ayam ke itik"Asyraf bertanya kepada Yana."Nasi ayamlah, dh lama tak makan ayam"belum sempat Yana request bahagian apa Asyraf sudah memesan di kaunter.

        "Dah jom duduk"Asyraf mengambil tempat duduk di bawah kipas."Encik orderkan saya ayam bahagian apa and air apa?Asal tak tanya?"Yana berang.Bab makanan ni dia memang cerewet sikit.

        "Saya taulah awak suka apa, bahagian kepak dengan air tembikai" Asyraf acah-acah gempak"Salah okey lepas form 5 saya paling benci air tembikai sebab saya slalu minum dengan sorang mamat tak guna ni."Makanan mereka tiba di meja .

          "Kalau macam tu suka lah balik air tembikai ni sebab nanti lelaki tak guna tu jadi lelaki paling berharga dalam hidup awak"

       "Dalam mimpi!!Baik saya makan nasi ni daripada dengar encik merapu" Yana memulakan suapan.Asyraf terhibur melihat muka Yana yang semakin kemerahan.

               Kenal sudah dia dengan Yana kalau malu atau marah  warna muka dia yang akan berubah.Tapi Asyraf tidak pasti situasi itu Yana sedang malu atau marah kepadanya.

Cinta tanpa sedarWhere stories live. Discover now