Nice to meet you.

138 16 1
                                    

Keesokan harinya, Gempa bangun awal pagi dan bersiap seperti biasa. Kemas katil dan mandi serta menikmati sarapannya seperti hari-hari biasa yang sentiasa dia lakukan. Akan tetapi, entah kenapa tidak ada hujan dan tidak ada panas, sebaik sahaja dia berjalan keluar dari rumahnya untuk menuju ke garaj kereta, matanya ternampak sebuah kereta Honda Civic berwarna merah berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya.

Kening Gempa berkerut memandang kereta tersebut. Dan kerana ingin tahu, dia pun berjalan semakin dekat ke arah pintu pagar rumahnya dan menunggu siapakah si pemandu kereta itu.

Klik!

"Selamat pagi. "

Terkesima Gempa jadinya apabila dia mendapati bahawa si pemandu kereta honda yang melebih ribuan ringgit itu ternyata adalah tunangnya, Halilintar!

"S-selamat pagi... A-ada apa Halilintar datang sini? "

Halilintar terdiam dan tersenyum canggung sekejap sebelum dia menatap ke arah Gempa semula.

"Uuhh... Mama aku pesan untuk datang dan hantar kau ke sekolah. Itu kalau tak keberatan lah..."

"Aaa... Boleh? Rasanya lah... Itu kalau Halilintar pun tak kisah. "

Halilintar menggelengkan kepalanya dan tersenyum kecil.

"Tak pun. Jadi, jemput masuk? "

Gempa ikut tersenyum dan dia pun membuka pintu pagar rumah lalu berjalan menuju ke arah bahagian tepi pemandu. Kedua pintu kereta di bahagian pemandu dan penumpang hadapan ditutup dengan serentak lalu kereta Honda Civic merah itu pun mula berangkat menuju ke arah jalan raya.

🍹🍝🍰❤📓📚📏

"Jadi... Boleh saya tanya sesuatu? "

"Boleh. Kalau ia bukan soalan peribadi. "

Gempa terdiam sekejap. Dia baru sahaja berniat untuk ingin berkenalan dengan Halilintar. Namun apakan daya kelihatannya Halilintar nampak seperti tidak ingin hubungan mereka menjadi terlalu mesra lagi. Tapi tunggu! Kan Gempa belum tanya apa-apa lagi? Atau adakah persoalan Gempa ini dikelaskan sebagai privasi juga?

"Itu... Saya tak pasti yang ini peribadi ataupun tidak tapi... Kenapa Halilintar setuju nak kahwin dengan saya, ya? "

Gempa perasan yang rahang Halilintar bergerak sedikit menandakan bahawa lelaki yang bakal jadi suami di sebelahnya itu betul-betul memberikan tumpuan kepada soalannya. Atau mungkin... Terkejut dengan soalannya?

"Entah. Hanya ikut gerak hati. Why? Were you disagree about this? "

"Eh? T-taklah! Kan saya ada cakap yang ianya terpulang kepada Halilintar sendiri? Kalau Halilintar setuju, saya pun ok je. "

"Ok saja? Kalau diberi peluang untuk pilih pula? "

Gempa tidak dapat menjawab apa-apa. Tapi itu bukan bermaksud yang dia tidak setuju akan perjodohan ini. Hanya saja, dia tidak pasti sama ada pilihannya ini tepat ataupun tidak.

"Entah... Tapi memandangkan kita dah sama-sama setuju... Kenapa nak tanya lagi, kan? "

Hujung bibir Halilintar naik sedikit namun tidak jelas kelihatan di mata Gempa. Wajahnya itu terlalu datar untuk Gempa tahu apa perasaannya sekarang.

"Baguslah kalau macam tu. "

🍹🍝🍰❤📓📚📏

Bham!

Love After MarriedWhere stories live. Discover now