Setelah selesai menikmati makan malam bersama-sama, Halilintar dan Gempa terlebih dahulu meminta izin untuk naik ke bilik hotel semula untuk masuk tidur. Nasib baiklah kedua ibubapa mereka cukup memahami mereka dan membenarkan mereka pergi. Biasalah, apabila menjadi pengantin baru memang banyak yang perlu dilakukan di siang hari. Dan tidak hairanlah pada malam hari mereka akan lebih cepat letih dari yang lain.
Di sepanjang waktu mereka berjalan naik ke bilik hotel mereka, Halilintar sering melirik ke arah Gempa. Hatinya tertanya-tanya akan kenapa dia merasakan bahawa Gempa seperti sedang terganggu akan sesuatu. Dan pada masa yang sama Halilintar juga cukup hairan dengan dirinya sendiri. Dia baru sahaja melihat dan mengenal Gempa tidak lebih dari 5 bulan, jadi bagaimana dia seperti cukup kenal sifat dan perilaku Gempa?
Sewaktu di dalam lif, situasi kelihatan seperti agak kurang menyenangkan untuk Halilintar bertanya kepada Gempa kerana mereka terpaksa menaiki lif yang turut dinaiki oleh beberapa orang lain. Sudah tentunya. Ini adalah lokasi hotel yang sedang mereka berada sekarang. Tentulah akan ada ramai orang berada di luar bilik masing-masing untuk menikmati waktu di hotel mewah sebegini.
Sebenarnya Halilintar sudah cukup kesal kerana dia tidak berani untuk bertanya kepada Gempa sewaktu mereka awal-awal berjalan tadi. Dan lihatlah sekarang, peluang untuknya bertanya sekali lagi ditahan dengan keadaan sekeliling mereka dihadiri oleh 2-3 orang di dalam lif yang sama.
Dan apa yang membuatkan Halilintar bertambah kesal adalah apabila dia tiba-tiba ternampak beberapa orang lelaki selain dirinya dan Gempa sedang menatap dan melirik ke arah isterinya secara senyap-senyap. Halilintar tidak dapat menafikan yang Gempa mempunyai wajah dan bentuk badan yang menarik biarpun hanya sekadar memakai baju kasual. Tetapi adakah dirinya dilabel sebagai mementingkan diri sendiri sekiranya dia tidak ingin isterinya ditatap oleh orang lain selain dirinya?
Ting!
Bunyi pintu lif terbuka di aras bilik Halilintar dan Gempa kedengaran. Dan dengan separuh kesal dan tidak sabar, Halilintar terus menggenggam erat tangan Gempa dan mereka berdua terus berjalan keluar dari lif. Meninggalkan baki orang-orang di dalamnya terpinga-pinga terutama yang senyap-senyap melihat Gempa dan diri Gempa sendiri.
🍹🍝🍰❤📓📚📏
"Halilintar? Ada apa? "
Gempa bertanya sebaik sahaja mereka berada beberapa langkah lagi dari lokasi bilik hotel mereka. Sejujurnya situasi tadi agak mengejutkan dirinya kerana tangannya tiba-tiba sahaja dipegang erat oleh Halilintar sebelum seterusnya suaminya itu menariknya keluar dari lif dengan langkah kaki yang boleh tahan cepat. Nyaris-nyaris sahaja Gempa tersadung sekiranya dia tidak menjaga langkahnya sewaktu berjalan tadi.
Berbanding menjawab pertanyaan Gempa, Halilintar sebaliknya hanya diam dan meneruskan sahaja perjalanan mereka menuju ke bilik hotel mereka. Pegangannya masih setia memegang erat tangan Gempa dan dia tahu bahawa mereka berdua sedar akan hal itu. Akan tetapi masing-masing malu untuk bersuara tentangnya. Jadi ada baiknya biarkan sahaja, bukan?
Setelah lebih kurang 3 minit berjalan, akhirnya Halilintar dan Gempa tiba di hadapan pintu bilik hotel mereka. Tidak menunggu lama, Halilintar pun melepaskan pegangan tangan tadi dan pada masa yang sama menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kad istimewa yang menjadi kunci masuk untuk bilik hotel mereka. Sembari menunggu, Gempa hanya mampu menatap sahaja suaminya dengan perasaan ingin tahu akan perkara tadi.
Gempa sedar yang dia masih belum kenal Halilintar dengan cukup lama. Tetapi sedikit sebanyak dia tahu yang sekiranya Halilintar kesal akan sesuatu, dia tidak akan segan silu menunjukkan ataupun meluahkannya. Baik dari segi percakapan mahupun perbuatan. Namun, kali ini hanya saja Gempa tidak tahu akan punca kenapa lelaki itu tiba-tiba kesal dan seolah-olah marah akan sesuatu.
YOU ARE READING
Love After Married
FanfictionPernah dengar tak macam mana sebuah cinta boleh timbul selepas berkahwin dengan orang yang kita tak kenal? Welcome! Sama-sama alami kisah hidup kami yang ditakdirkan untuk menjadi pasangan suami isteri di atas perjodohan daripada ibubapa kami. Ma...