AKU memandang sekeliling kawasan 'luar sekolah'. Sekarang ni dah tamat sekolah tapi, mana pula driver 'keluarga' aku? Pakcik Samad.. oh, pakcik Samad..
Dimanakah dikau berada~
Aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket baju. Nombor pakcik Samad aku tekan.
Tut tut
''Waalaikummussalam. Pakcik kat mana? Mereput Iman tunggu pakcik kat sini.'' Omel ku. Ala.. tak boleh ke aku nak bermanja sikit dengan pakcik Samad?
Dari aku umur 5 tahun lagi pakcik Samadlah yang selalu luangkan masa bersama aku. Tidak lupa juga pembantu rumah keluarga ku makcik Kamsia, isteri pakcik Samad.
''Er.. cik Iman. Maafkan pakcik.''
Diam.
''Pakcik cuma-''
''Oh, tak mengapalah pakcik. Saya nak singgah satu tempat kejap, bye. Assalammualaikum.''
Aku memandang keadaan sekeliling sekolah. Sunyi.
Keluhan dilepaskan. Aku faham kenapa pakcik Samad tak dapat nak ambil aku. Faham sangatlah. Like always. Aku faham yang diri aku ni tak macam adik beradik aku yang lain. ' Tak normal ' pada pandangan mereka.
Sebab tu papa selalu kata yang aku ni tak berguna. Fuh. Pedas ayatnya tapi, nak buat macam mana lagi. Dah memang aku ni seseorang yang tak berguna pada mereka. Mempunyai gred yang bagus namun, semua itu tidak cukup.
Ianya tidak akan pernah cukup. Sampai bila-bila.
Never.
Aku memandang ke arah sebuah kedai barangan yang penuh dengan buku nota dan peralatan alat tulis yang lain. Sejujurnya aku suka buat koleksi. Koleksi alat tulis dan buku nota.
Aku akan beli dua atau satu disetiap kedai yang dapat menarik minat aku lepas tu simpan kat rumah buat perhiasan ataupun kegunaan.
Tapi, selain buku nota dan alat tulis aku juga suka simpan novel. Aku akan beli 4 atau lebih buku novel. Lepas dah habis baca aku akan simpan di dalam rak bilik aku.
Dan takde seorang manusia pun dalam rumah tu berani sentuh koleksi aku walaupun diorang nak. Well, se-nerd nerd aku ni pun, aku juga ada sisi jahat tersendiri. Jangan cabar aku.
Cuma buku nota yang ' dirampas ' tadi aku biarkan je. Ala.. buku nota kosong je. Lainlah kalau buku nota tu berisi. Memang aku sebelih jantan tu.
Tapi, berani kah aku?
Nak berdepan dengan orang pun aku dah malu apatah lagi nak sebelih anak orang. Masuk juvana nanti. Tak mau aku.
''Totalnya 14 ringgit 50 sen.''
Setelah selesai membayar aku meletakkan kesemua barang-barang tersebut di dalam beg.
Apa?
Takkan aku nak pegang kot? Kang, aku pusing-pusing plastik tu (like always) ada juga yang masuk longkang. Tak ke nangis aku kat tepi jalan?
Sedang leka aku meletakkan barangan itu semu kedalam beg-
''What the f-'' Jerit ku tatkala diri ku diangkat bagaikan guni yang berisi beras masuk kedalam sebuah kereta hitam.
Aku menarik rambutnya kuat.
Sangat kuat sebab aku geram sangat. Aku dah tak kesah sesakit apa yang diorang rasa saat ini. Ingat aku ni baik sangat ke? Jeritan yang sangat kuat kedengaran.
Tatkala kaki ku jejak ke tanah-
Urm.. maksud aku tatkala diriku dihempas ke tanah aku berlari mendapatkan beg aku semula. Bag first, okey. My stuff must be the first one that i will keep safe.
![](https://img.wattpad.com/cover/261834684-288-k437846.jpg)
YOU ARE READING
Give My Freedome Back!
Teen FictionMempunyai kakak, abang dan adik lelaki yang suka bersosial berbanding dengan dirinya yang digelar ulat buku memang memberi tekanan yang tinggi. Namun, Iman hanya mengharungi semua itu dengan selamba. Dikritik oleh masyarakat, tidak diterima dari kal...