Bab 1

6 1 0
                                    

Aku mengetuk pintu kelas sebelum melangkah masuk apabila mendapat kebenaran dari guru yang sedang mengajar. Hari pertama masuk kedalam sebuah sekolah memang menyenangkan.

Seisi kelas memandang ke arah ku.

Ya allah! Perasaan malu terus bertindak menyerbu naik kewajah membuatkan wajah ku terasa sedikit berbahang. Inilah penyakit aku.

Ya, penyakit yang tak dapat diobati. Never.

Wajah ditundukkan memandang lantai. Takut untuk bertembung mata dengan rakan sekelas ku yang baru termasuklah perempuan.

Ya, aku ianya sedikit pelik. Hanya seorang manusia yang mempunyai perasan malu yang tak terkawal sahaja faham akan perasaan ini.

''Nuriman Syuhada, right?'' Soal guru muda tersebut kepada ku. Aku hanya mengangguk. Nak keluarkan suara terlalu er..

Malu?

Sebab tu aku takde kawan. Agaknya lah.

''Kalau tak silap kamu ada kakak dan abang, right? Amanda and haikal.''

Dan sekali lagi aku hanya menganggukkan kepala ku keatas dan kebawah.

Nak keluarkan suara? Never.

Sehingga perasaan malu itu reda, may be?

''What?! Kak Amanda dan abang Haikal tu kakak dan abang kau?'' Jerit seorang pelajar dengan anak mata yang membesar memandang ku.

Apa?

Salah kah untuk kak Amanda dan abang Haikal jadi kakak dan abang aku? By the why, Amanda dan Haikal adalah kembar dan mereka boleh aku kata..

Sosial? Atau aku lebih suka memanggilnya dengan so-sial. Tak tahu kenapa tapi, yeah.. why not?

Eh, tak. Amanda je yang suka benda benda aplikasi instagram, twitter, tik tok dan selebihnya. Abang Haikal dia tak suka benda benda macam tu tapi, dia ada ramai kawan.

Player lah katakan.

Bukan playboy eh. Tapi, player game. Dia berkawan dengan seluruh pelusuk negara. Friendly lah katakan. Kalah kak Amanda.

Tapi, bukan diorang je ' popular ' malah adik aku yang baru berusia 10 tahun tu pun popular juga. Popular dari segi sukan. Semua sukan dia main. Bola sepak? Bola takraw? Bola jaring? Bola baling? Lumba lari? Lompat tinggi? Lompat jauh? Fuh.. semua budak tu main.

Tapi.

Ada tapi.

Tapi, badminton atau tenis dan permainan yang mirip dengan itu dia tak main. Aku tak tahu kenapa tapi, dia tak suka kan permainan yang menggunakan raket?

But, aku suka. Ceh.

Ingat se-nerd nerd aku ni tak pandai sukan ke?

Berbalik kepada kelas dimana semua orang sudah pun memulakan sesi membawang mereka aku hanya berdiam diri sambil menundukkan wajah bagaikan tunggul.

Sesuai sangatlah tu. Iman dan tunggul. Wow.. sungguh sesuai bagaikan pinang dibelah dua. Sampai diri sendiri tak dapat bezakan mana satu tunggul atau mana satu 'Iman'.

''What the fu-''

''No swear please, Lia.''

''Sorry but, budak ni dengan kak Amanda dan abang Haikal bagaikan langit dan bumi tau! ''

Ya allah. Biadapnya dia ni duk panggil aku budak! Dia ingat dia siapa hu? Nak kritik kritik anak orang.

Kes-kes tak cermin diri sendiri lah ni. Tch.

Give My Freedome Back!Where stories live. Discover now