27 Februari 2021. Jam 1500.
TANGAN gadis manis berselendang kuning itu digenggam lembut. Mata Naina tepat menentang anak mata Raihanah. Tersimpan segunung harapan dalam matanya yang berwarna perang madu itu.
Raihanah melarikan pandangannya ke arah lain. Serba salah rasanya. Permintaan dari wanita di hadapannya begitu berat untuk ditunaikan. Dia tahu, dia terhutang budi dengan Naina, tapi itu bukanlah alasan untuk mempertaruhkan masa depannya.
Tetapi genggaman lembut dan hangat tangan Naina yang mengusik kulit tangannya, buat dia tak sampai hati. Mata yang seakan-akan ingin jatuh air matanya, buat Raihanah rasa sakit untuk menolak.
Meskipun perkenalan mereka belum cukup pun setahun, tetapi hubungan Naina dengan Raihanah sudah boleh dianggap ibu dan anak. Saling menyayangi. Apa-apa saja masalah Naina hadapi, pasti diluah kepada Raihanah. Raihanah juga begitu.
Raihanah agak pemalu dan pendiam. Sejak keluarganya berantakan, dia langsung tak membuka ruang dan peluang untuk orang lain masuk dalam hidupnya. Tapi wanita yang bergelar Puan Sri ini, sebaliknya pula.
Bukannya Raihanah pandang pada harta. Tapi kerana jiwa keibuan wanita itu. Betapa dia rindukan seseorang bernama ibu. Dah tiga tahun maknya terlantar di katil hospital. Naina semestinya bukan pengganti ibunya, tapi pengubat rindu.
Malah, personaliti kedua-dua wanita itu sangat berbeza. Seorang agak tegas dan garang. Tapi seorang lagi penuh kelembutan. Persamaan mereka ialah jiwa mereka yang sangat penyayang. Cinta mereka pada keluarga yang terlalu hebat.
Raihanah sentiasa melihat bayangan maknya dalam diri Naina meskipun sikap mereka bagai langit dan bumi.
"Tapi kenapa, mama? Haries tak pernah kenal Hana pun. Mungkinlah dia tahu Hana rapat dengan mama, tapi tak cukup nak buat Haries kahwin dengan Hana kan?" Gadis itu meminta alasan kukuh untuk aturan yang dirancang ini.
Raihanah tahu, meskipun Naina seorang ibu yang tegas, dia takkan sesekali memaksa anaknya dalam hal-hal sebegini. Dia tahu.
Tapi sekarang?
Pasti ada sebab yang jitu. Gadis itu yakin dengan kata hatinya.
"Mama... mama." Naina tergagap-gagap. Anak matinya meliar ke sana sini. Gugup. Genggamannya pada tangan Raihanah melonggar.
Air mata Naina semakin jelas di tubir mata wanita bekerjaya itu.
Raihanah makin pelik. Tak pernah dia melihat Naina nampak takut sebegini. Pantas saja gadis itu membawa tubuh tua itu ke dalam dakapannya, ingin memujuk.
"Mama, kenapa ni? Kalau mama tak bersedia nak beritahu, tak apa. Tapi Hana masih perlukan alasan yang munasabah untuk Hana kahwin dengan Haries."
Naina membalas pelukan hangat anak angkatnya itu. Wanita itu memejam rapat-rapat matanya sebelum menghembus nafas berat.
YOU ARE READING
Lelaki Bertopeng Putih
ActionREWRITE VERSION | SEQUEL H426 ×××× LELAKI BERTOPENG PUTIH. Seorang lelaki yang bekerja sebagai orang dalam polis. Namanya disanjung kawan dan digeruni lawan. Identitinya terus kekal rahsia dengan topeng putih di mukanya. Tapi, di kehidupan biasanya...