Min Yuk pulang ke rumah. Maknya sedang menangis teresak-esak.
"Kenapa mak menangis?" Tanya Min Yuk.
"Gangster datang mahu kutip hutang bapak kamu. Mak kata tak ada duit, jadi mereka ambil adik kamu." Mak sambung menangis.
"Tak guna! Tak apa mak, saya akan selamatkan adik." Kata Min Yuk.
Bapak Min Yuk telah meninggalkan mereka sejak Min Yuk keci lagi. Oleh itu, mak Min Yuk terpaksa melakukan banyak kerja untuk mendapatkan wang.
"Sebelum saya cari adik, boleh tak kalau saya masuk rumah dan makan dahulu?" Pinta Min Yuk. Padahal baru tadi dia makan ramen di kedai mak Jang Jook.
Sebenarnya Min Yuk masih lapar tapi malu hendak menambah makan.__________________________________
YOU ARE READING
사랑해~I love You [COMPLETED]
RandomStory tentang Jang Jook, Min Yuk dan Kim Hyun❤ #사랑해 #난 당신이 그리워요 Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Sekadar cerita khayalan yang entah apa-apa.