Yeonjun menapak masuk ke dalam pejabat miliknya sambil disapa oleh beberapa pekerja bawahannya. Dia turut menunduk hormat kepada mereka sambil berbalas ucapan 'selamat pagi'.
Yeonjun terus meluru hingga ke biliknya. Dia meletakkan suitcase ke atas meja dan membuka laptop nya yang tersedia di atas meja. Matanya sekilas pandang ke arah bingkai gambar yang tersergam indah gambar keluarganya di sisi meja. Senyuman anak-anak kembar, Diana dan Naayla menghiasi suasana meja kerja miliknya.
Tiba tiba ketukan pintu beberapa kali kedengaran. Ketukan itu diberi 5 kali. Yeonjun sudahpun tahu siapa yang mengetuk pintu itu.
"Masuk"
Pintu dibuka. Seorang lelaki yang juga di lingkungan umur 30 an tapi masih terserlah awet mudanya. Kulitnya putih bersih, rambutnya hitam rapi. Matanya bersinar dan bibirnya seperti bibir bayi. Soobin Alex menunduk hormat sebelum mara ke meja Yeonjun, yang merupakan sahabat karibnya.
"Ketuk 5 kali takde orang lain dah, confirm kau", ujar yeonjun sambil menaip sesuatu di laptop nya.
"Itu kan code aku", soobin membalas lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di hadapan meja itu.
"Dan aku tahu kau datang serbu bilik aku pagi pagi ni takde mende lain dah, ade bende la tu nak ngadu", usiknya pada rakannya yang setahun muda darinya.
Soobin Alex menepuk meja. "Benar, tepat dan jitu sekali bang".
Yeonjun tersengih kecil. "Ha apa dia kali ni?"
Soobin mengerutkan wajahnya. Kelihatan dia sangat resah akan masalahnya kali ini.
"Mak aku suruh aku kahwinnnnnnnnnn aahhhhhh aku taknak!!!", lelaki itu meramas rambutnya, serabut.
"Aku taknak yeonjun. Aku tak interested pasal ni. Aku tak pandai bercinta. Aku memang tak fikir langsung masa depan aku tu ada isteri, ada anak, ada cucu, ajjfkdjfskdkks geli", soobin melepaskan segala ketidak puasan hatinya.
Yeonjun setia mendengarkan masalah sahabatnya itu. Dia teringat dulu dia berkahwin bukan atas dasar cinta, suka sama suka. Bagi dia ia sudah tertakdir. Sudah begitu caranya dia menemui cinta hatinya. Dia tersenyum teringatkan kisah yang berlaku 10 tahun lalu.
"Yeonjun, dengar tak aku membebel ni?", soobin menepuk meja lagi sekali untuk memanggil boss nya itu.
"Ya ya.. Aku dengar. Sekarang ni kau nak nasihat dari aku ke apa? Ke sekadar nak luah sahaja?", tanyanya.
"Mana mana je. Asalkan sejuk sikit hati aku. Takde mood nak buat kerja harini. Mak aku tu pagi pagi dah spoil mood cakap pasal tu".
"Apa yang aku boleh cakap.. Kau serahkan sahaja pada takdir. Semua dah disusun cantik. Masa ni mungkin kau tak berminat untuk cari pasangan. Satu hari, mana tahu kau jumpa, dan kau sayang dia lebih dari kau sayang diri kau".
Soobin menjungkilkan keningnya. "Sekarang ni kau berpihak macam mak aku ke?"
"Eh tak.. Aku cuma nyatakan pendapat dari aku. Kita tak tahu apa jadi akan datang. Sekarang ni, apa kata kau tak payah fikir pasal tu lagi. Kalau perkara tu meresahkan diri kau, lupakan. Macam aku kata, tiba masa dia, kau sendiri akan suka akan benda tu, percayalah cakap aku".
Soobin hanya mendiamkan diri mendengarkan kata-kata boss nya. Ada betulnya juga kata sahabatnya.
"Oklah.. Kalau camtu aku sambung kerja akulah. Thanks tau, dengarkan masalah aku. Nanti lunch aku belanja, chau luh"
Author : soobin is me. Me is soobin
YOU ARE READING
Serah // book 2
FanfictionKehidupan yang bahagia pastinya ada duka datang mencelah. Janji yang ingin ditepati terkadang tidak mampu ditunaikan kerana manusia itu bukan Tuhan. Namun, kepercayaan kepada si sahabat dapat memberi sinar kepada isteri dan anak-anak kepada Yeonjun...