illness

64 6 9
                                    

"Order bang", soobin mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan kedai.

Pelayan itu membawa dua set menu kepada dua pelanggan yang duduk di meja itu. Yeonjun dan Soobin membelek menu itu satu per satu.

"Spaghetti carbonara satu, dengan iced lemon tea", yeonjun order untuknya.

"Saya pulak nak lamb steak cheese dengan iced americano", giliran soobin memesan miliknya.

Pelayan itu siap mencatit pesanan mereka lalu segera masuk kedalam dapur. Yeonjun membuka telefon pintarnya untuk memeriksa apa-apa berita pada hari itu. Soobin hanya memerhatikannya dari tadi.

"Bang", si tinggi itu memanggil.

Yeonjun berdehem pelan memberi reaksi balas.

"Anak-anak abang apa khabar?"

"Baik. Tiga orang tu baru siap exam minggu lepas. Cikgu mereka kata minggu ni keluar result. Diana pulak nak homeschool je. Dia asyik nak berkepit dengan mama dia. Nasib baik Naayla pernah jadi bekas cikgu sekolah rendah dulu. Tahulah dia nak ajar apa", balas yeonjun. Mata masih melihat pada skrin telefonnya.

"Anak-anak abang tentu bijak kan? Umur 4 tahun dah petah berkata-kata. Terkejut aku tengok Dani dah boleh speaking macam american masa aku jumpa dia hari tu", ujar soobin kagum.

"Ikut genetik mama mereka semua tu", puji yeonjun akan kebijaksanaan anak-anaknya kerana turun daripada isterinya.

"Eleh, kau pun bijak yeonjun. Cuma masa sekolah dengan kolej kau banyak masalah. Mana cikgu nak pandang kau sebab perangai kau memang haram HAHAHAH", terbahak soobin alex ketawakan sahabatnya itu.

Bagaimana mereka boleh bertemu dan berkawan kembali?  Yeonjun pernah terserempak dengan soobin sedang basah kesejukan di tepi jalan. Rupanya dia dirompak ketika itu dan hilang arah tuju. Yeonjun membantunya dengan membawanya pulang ke rumah yeonjun buat sementara sebelum menghubungi kedua orang tua soobin untuk memaklumkan keberadaannya dan apa yang berlaku.

Soobin masih terhutang budi sehingga sekarang. Dia juga ditawarkan bekerja di syarikat yeonjun. Yeonjun pernah menawarkan untuk menjadi assistant nya tapi soobin menolak untuk menjadi kerani biasa sahaja.

Begitulah kisahnya bagaimana mereka bertemu buat kali ketiga. Kali kedua adalah ketika di kedai baju sewaktu Naayla masih sarat hamil kandungan pertamanya.

Perbualan mereka tamat disitu apabila sedulang makanan disajikan oleh pelayan kedai. Mereka mula menjamah hidangan pilihan mereka.

"EH KEJAP!!!", tersedak soobin apabila yeonjun tiba-tiba memeranjatkan dia.

"Weh, asal?"

"Bekal isteri aku buat.. Aku terlupa nak makan..", dia jadi serba salah ingin menjamah spaghetti carbonara tersebut memikirkan nasi goreng kimchi bersama samgyeopsal isterinya masakkan masih tidak bersentuh.

Soobin tergelak melihat gelagat lelaki itu. Dia kagum dengan kesetiaan dan tahap cintanya kepada isterinya.

"Takpe, kau jamah spaghetti ni sikit. Pastu bungkus. Haa balik office nanti kau jamah la isteri kau punya air tangan. Kalau bimbang kenyang terlebih sangat..", cadang soobin.

"Hm betul jugak. Aduhh cmnelah aku boleh terlupa..", monyok muka yeonjun sambil menyuapkan spaghetti kedalam mulutnya.

Sedang enak dia menjamu selera, tiba tiba dia terbatuk.

"Woa woa lek lek brader minum air tu", kata soobin.

Yeonjun mencapai iced lemon tea nya lalu menyedut beberapa tegukan. Tiba tiba dia terbatuk dan kali ini ia agak kuat.

Kedua lelaki itu terkejut. Soobin membeliakkan mata melihat kedalam pinggannya.

Yeonjun pula menadah tangannya, penuh darah.

Tidak sempat berkata apa-apa, Darwan pengsan tidak sedarkan diri.

Serah // book 2Where stories live. Discover now