Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkauAtas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta-rossa, atas nama cinta-
Tepat jam 3:42 petang pada hari yang sama, Darwan disahkan meninggal dunia kerana kegagalan paru-paru secara mengejut.
Tangisan anak-anaknya meriuhkan suasana suram dan sedih di sekitar wad itu. Tubuh kaku Darwan diselimuti perlahan oleh doktor yang telah sedaya upaya menyelamatkannya. Tubuh Darwan masih digoncang-goncang oleh Diana, yang paling tidak dapat menerima hakikat bahawa papa nya telah pergi dalam sekelip mata.
Naayla pula seakan mayat hidup. Matanya sudah kering, dia sudah banyak menangis dari tadi. Segalanya berlaku terlalu cepat. Wanita itu kehabisan suara untuk meraung. Soobin masih setia di sampingnya meskipun dia seakan tidak wujud bagi wanita itu ketika itu.
Soobin turut mengalirkan air mata. Dia ingin sekali mendakap tubuh sahabatnya. Dalam dirinya penuh makian terhadap lelaki itu.
"Kenapa kau letak aku dalam situasi ni.. Macam mana kalau aku gagal? Aku tak sehebat kau...aku benci kau yeonjun! Kenapa kau pergi?! Kenapa kau pergi awal sangat?? Aku nak hidup sampai tua dengan kau. Kenapa.."
"Mohon ahli keluarga si mati percepatkan urusan untuk si mati ya? Kami akan sediakan ambulans untuk bawanya pulang ke rumah", kata doktor yang sama tadi.
.( •̥́ ˍ •̀ू ) .( •̥́ ˍ •̀ू ) .( •̥́ ˍ •̀ू )
Ahli keluarga kerabat yeonjun yang terdekat dijemput untuk memberi penghormatan yang terakhir. Perkarangan rumahnya dipenuhi dengan kereta terutamanya rakan sekerja dan pekerja bawahannya. Mereka semua turut berasa sedih atas kepergian bos mereka.
"Tuan Yeonjun sangatlah baik hati.. Masa mak saya tengah sakit kat kampung..dia suruh saya balik untuk jaga mak saya. Tuan jugak bagi banyak sangat wang untuk bantu bayar kos perubatan mak saya.."
"Tuan yeonjun tak pernah tengking sesiapa kat pejabat. Kalau dia sedang stress pun, dia akan tenangkan diri dan takkan berurusan dengan sesiapa sampailah emosi dia stabil. Tak pernah lekang bibir dia dari senyuman.."
"Dia tu bagus betul. Aku pernah ternampak dia berhenti depan pejabat sebab nampak makcik tua yang buta. Keesokkan hari tu aku nampak lagi makcik tu merayau-rayau depan pejabat. Rupanya dia tengah tunggu tuan yeonjun untuk bagi dia kotak-kotak kosong sebab dia cari rezeki dengan jual kotak"
Begitulah cerita-cerita yang dibualkan oleh beberapa orang yang mengenali Yeonjun Darwan.
Upacara pemakaman akhirnya berjaya diselesaikan. Dani, Daniel, Dania dan Diana ketiduran di ruang tamu kerana terlalu penat. Semua tetamu kasihan melihat mereka yang masih sudahpun kehilangan bapa.
Seorang lelaki berambut blonde memerhatikan kanak-kanak itu dari satu sudut. Dia mengalihkan pandangannya apabila dia terasa sesuatu melintas di belakangnya.
"Huh?", dia melihat ke belakangnya. Tetapi tiada sesiapa.
"Hmm.. Takkanlah dia boleh merayau kut..", fikirnya.
Tiba-tiba, satu genggaman yang tidak terlalu kuat terasa di bajunya. Dia melihat kearah kirinya dan hampir terjerit.
"Hueningkai..", panggil lelaki itu.
"A-abang yeonjun??"
"Awak masih boleh lihat saya?", lelaki bunian itu bertanya.
"S-saya pun tak sangka.. Sepatutnya saya tak boleh nampak roh abang lagi. Sebab abang dah dikebumikan.."
"Habis tu? Kenapa awak masih boleh nampak saya?"
Hehehehehehehhe dia main berkeliaran laa pulak ヘ(。□°)ヘ
YOU ARE READING
Serah // book 2
FanfictionKehidupan yang bahagia pastinya ada duka datang mencelah. Janji yang ingin ditepati terkadang tidak mampu ditunaikan kerana manusia itu bukan Tuhan. Namun, kepercayaan kepada si sahabat dapat memberi sinar kepada isteri dan anak-anak kepada Yeonjun...