AKU YANG MERINDU

34 0 0
                                    

Oh bintang
Masih disana kau menemani bulan
Menghiasi segenap langit malam
Bisa bersama bersinar terang
Sedangku disini bersendirian
Separuh hati dibawa terbang

Jutaan purnama tetap ku nanti
Dia yang kini bertakhta di hati
Entah bila akan kembali
Detik berlari menukar hari
Senja berganti pagi

Pergelangan tangan kini ku belai
Hadiah darinya masih kemas ku pakai
Walau jelas ombak merubah pantai

Ku rindu setiap sentuhan
Belaian indah menguntum senyuman
Memori indah terang bergemerlapan
Wajahnya sering mengganggu lena
Apakah khabarnya disana?

Masih samakah rasa dia seperti dulu?
Sewaktu terakhir kali bertemu?
Disaat tangan bertaut kaku
Dikala setiap bait kata terdengar merdu
Kami berharap agar berhentinya waktu
Tidak mahu kalau esok mengganggu
Tiada sanggup rasanya mengenal rindu

Kini beribu batu jauh terpisah
Kadang hati gagal mengawal gundah
Apakah dia juga menahan resah
Berharap tiada satupun dari dia yang berubah
Agar tiada hati yang beralih arah

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 23, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang