Buat yang bertanya ini cerita waktu bila? Sekuel Serunai maut ke?Ya, ini sekuel Serunai Maut. Ceritanya bersambung dua tahun selepas tragedi serunai maut tu. Kalau korang tengok balik novel Serunai Maut, dekat bab 56 tu kan dua tahun lepas tragedi serunai maut. So saya sambung situlah.
Kiranya saya nak ceritakan lebih detail macam mana Falah akhirnya pinang Linda sebagai isterinya.
Buat 'bini-bini' Falah, bertabahlah ya menelusuri perjalanan ini. Sesungguhnya ni hanyalah ujian bulan romadon.
.
.
.Pagi ini dia terjaga tanpa suami di sisi lagi. Dia sudah biasa. Rasanya dalam seminggu hanya tiga kali Henry dapat pulang ke rumah untuk tidur dan luangkan masa bersama dia dan Hasya. Henry sangat sukar pulang apabila ada kes berat yang harus diselesaikan. Iman tidak merungut kerana dia juga pernah berada di tempat suaminya, malah dahulu dia lebih sibuk kerana jawatannya lebih rendah bermakna dia lebih mudah dibuli.
Iman membancuh susu untuk anak kecilnya itu. Hari-harinya diceriakan oleh Hasya. Dia tak rasa sunyi langsung. Dahulu dia bekerja sebagai polis sepanjang siang dan malam, sekarang dia menjaga anak pula sepanjang siang dan malam.
Deringan telefon mengganggu Iman yang sedang menyusukan Hasya. Iman bangun biarkan Hasya memegang sendiri botol susu. Dia pergi ambil telefonnya yang sedang dicas. Nama Henry naik di skrin. Panggilan diangkat.
"Morning." Iman menyapa dulu.
"Morning. Breakfast dah masak belum? I on the way balik ni. Nak I belikan breakfast?"
Bersinar terang Iman dengar dua berita gembira itu. Satu Henry on the way balik, satu lagi Henry pelawa nak beli breakfast.
"Boleh jugak. I tak masak lagi." Iman tahan rasa teruja. Kalaulah suami di dunia ini tahu betapa gembiranya perasaan isteri bila suami pelawa nak belikan sarapan.
Henry senyum di sana. "Okey. Nak I beli apa?"
Lagilah teruja bila suami itu bertanya mahu belikan apa.
"Lama tak makan nasi lemak Cik Atikah. You beli situ boleh ke?" Iman sangat meminati nasi lemak air tangan wanita itu.
"Sure, boleh."
"Hehe. Thank youu." Iman tak dapat sorok dah rasa gembira. Tersengih-sengih.
"Your welcome, dear."
Makin lebar sengihan mama Hasya di sini. Tutup panggilan pun masih sengih. Dia kemudian geleng kepala sendiri. Menggosok pipinya. Macam tak betul aje sengih-sengih sendiri.
"Yeayy.. Hasya. Papa balik pagi ni." Iman mendepa tangan untuk anaknya yang terbaring di katil. Bersorak dengan Hasya.
Hasya seperti faham, turut mengangkat tangannya. Seronoklah papa balik.
.
.
.Seperti biasa, di meja makan menjadi tempat mereka bertukar cerita. Paling banyak cerita pastinya Henry. Tak lokek bercerita tentang kes-kes yang sedang dipegangnya sekarang. Dia suka berkongsi kes yang dipegangnya kepada Iman, memandangkan Iman juga bekas polis pastinya sedikit sebanyak Iman dapat membantu kes ini.
"Seramnya." Iman memberi komen selepas mendengar cerita tentang flat murah di Taman Merak itu. Dah lama dia tak dengar kes-kes mistik begitu.
"You boleh dengarlah budak tu menangis?" Soal Iman kemudiannya.
Henry mengangguk sambil menghirup kopi. "Boleh dengar dengan clear. You nak dengar?" Henry tunjuk telefonnya. Dia sudah dapat rakaman itu sebentar tadi.
YOU ARE READING
FALAH | Cinta Agung
قصص عامةPembunuhan misteri kanak-kanak di flat murah Taman Merak membawa kepada siasatan berantai yang khurafat. Dan akhirnya membawa kepada pulau terpencil yang mereka pernah berjuang satu ketika dahulu, Pulau Jengka.