Bab 5

102 2 0
                                    

Bab 5

Kamilia mengatur langkah perlahan ke sebuah kedai makan menjual nasi ayam dan makan panas yang lain. Kedai itu nampaknya tidak ramai pelanggan ketika ini. Kaki Kamilia terhenti di hadapan pintu seperti kelihatan teragak-agak.

“Kamilia...” tegur satu suara yang menyedari kehadirannya.

Kamilia terus menanggalkan kaca mata hitamnya lalu di simpan di dalam beg tangan Hermes Birkin yang tersangkut di lengan kiri. Dia memandang wajah wanita separuh abad di hadapannya.

“Kay...Kay apa khabar? Lamanya tak nampak...” Wanita itu tersenyum melihat kehadiran Kamilia.

“Kay sihat, mak.” Kay menelan liur yang pahit. Dia terus menyalami tangan Puan Aminah.

“Kay!” terjengul wajah Pak Wahab pula di pintu kedai.

“Ya Allah...lama tak nampak. Masuk Kay, abah akan sediakan laksa kegemaran Kay. Masuk, masuk.” panggil Pak Wahab yang kelihatan sangat gembira.

“Abah sihat ke?” soal Kay sambil tersenyum.

“Sihat, alhamdulillah...duduk dulu Kay. Abah nak siapkan laksa.”

Kamilia tidak menghalang kerana dia juga rindukan makanan di kedai ini. Segalanya masih tidak berubah. Hatinya sedikit tersentuh melihat wajah-wajah yang pernah wujud dalam hidupnya itu.

Puan Aminah mengambil tempat di hadapan Kamilia. Dia menyentuh tangan Kamilia yang berada di atas meja.

“Kay sihat ke? Kenapa nampak kurus?”

Kay mengangguk perlahan. “Kay rindukan masakan mak...”

Ketika itu air mata Puan Aminah terus bergenang. Cepat-cepat dia menyeka dengan hujung lengan baju.

“Jangan cakap macam tu, Kay. Sampai hari ni...mak masih anggap Kay menantu mak... Kalau Kay rindu masakan mak, datang je bila-bila pun...”

“Mak...ambil ni.” Kamilia mengeluarkan sampul berwarna putih lalu dihulurkan kepada Puan Aminah.

“Apa ni, Kay. Yang 3 bulan lepas pun Mak tak pakai lagi...janganlah bazirkan duit Kay.”

“Mak...ni semua tak seberapa. Jika nak dibandingkan kasih sayang yang mak pernah bagi kepada Kay...” air mata Kay jatuh satu persatu. Dia tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan insan-insan yang disayanginya ini.

“Kay...” Puan Aminah menggenggam erat tangan wanita yang pernah menjadi menantunya itu.

“Mak dengar...Kay tolong bayarkan kos pembedahan anak Farhan. Mak nak ucapkan terima kasih banyak kepada Kay.”

“Farhan...tak tahu hal ni. Kay cuma berurusan dengan isterinya...jangan sampai dia tahu. Kay tak nak dia fikir bukan-bukan kepada Kay...”

Pak Wahab datang membawa semangkuk laksa kepada Kamilia dan air kosong.

“Kay makan dulu. Abah ada kerja lagi di dapur. Nanti kita sembang ye.” kata Pak Wahab apabila melihat beberapa pelanggan mula masuk ke dalam kedai.

Kamilia hanya mengangguk dan tersenyum.

Kamilia terus makan dengan berselera. Sangat berselera sehingga dia terlupa Puan Aminah sedang tersenyum melihatnya di hadapan.

“Kay masih seperti dulu. Bila makan cukup berselera. Macam mana boleh jadi kurus ni?”

Kamilia tersenyum walaupun mulutnya penuh.

Kamilia hanya berselera makan makanan dari orang yang ikhlas dan tersenyum kepada orang yang ikhlas kepadanya...

Tiba-tiba senyuman Puan Aminah mengendur apabila melihat ke arah pintu.

“Syahida...”

Kamilia terus memandang ke arah pintu. Dia turut tekejut melihat kedatangan isteri bekas suaminya itu.

“Madam...” tegur Syahida sambil tersenyum.

*****


Syahida menghulurkan air mineral sejuk kepada Kamilia lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah wanita itu. Mereka memandang kanak-kanak sedang bermain di taman permainan berdekatan kawasan itu.

“Saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi...kalau bukan kerana madam, mungkin anak saya masih menderita dengan penyakitnya.” ujar Syahida sambil tersenyum.

Kamilia memakai cermin mata hitam ketika ini. Dia tiada keyakinan tetapi cuba bertabah.

“Saya cuma bantu apa yang patut...saya pernah merasai sakitnya kehilangan. Saya tidak mahu orang lain merasainya...” luah Kamilia.

Syahida mengangguk. “Abang Farhan pernah cerita hal itu...madam orang yang kuat. Saya doakan, Allah beri kebaikkan dan kebahagiaan untuk madam...”

“Syida...” panggil Kamilia perlahan.

“Kenapa?”

“Awak tidak marah saya mengunjungi mak dan ayah mertua awak?

Syahida tersenyum panjang. “Ya...saya cemburu kan awak. Mereka sayangkan awak...mereka tidak lupakan awak. Malah abang Farhan juga masih mencintai madam...”

“Syida...saya tak bermaksud.”

“Saya bergurau aje.” Syahida kemudiannya ketawa. Walaupun apa yang cuba disampaikannya adalah hakikat.

“Saya tidak akan datang lagi kalau awak tak selesa...”

“Tak, jangan macam tu. Saya tidak pernah anggap madam sebagi ancaman kepada kebahagiaan saya. Kerana madam...Abang Farhan sudi berkahwin dengan saya. Sedangkan dulu saya cuma pembantu kedai makan mak dan abah Abang Farhan. Mak dan abah dia ingin jodohkan kami...tapi, Abang Farhan tidak mahu. Sehinggalah madam yang pujuk dia. Saya tahu...walaupun madam dah berpisah dengan dia, madam masih mahu dia bahagia, kan...”

Kamilia perlahan bangun dari tempat duduknya.

“Terima kasih... Kerana menjadi isteri yang baik untuk dia, dan menantu yang baik untuk ibu bapanya. Saya pernah duduk di tempat awak...dan saya sangat bahagia walaupun tidak lama. Saya dah lewat. Saya kena balik dulu. Tolong kirim salam kepada mak dan abah...saya nak terus balik.” kata Kamilia sambil membetulkan cermin mata hitamnya. Sedangkan dia sedang berperang dengan perasaan.

Syahida terus mengangguk dan tersenyum

“Terima kasih madam, kerana telah menjenguk mak dan abah...”

*****

Adrian termenung jauh walaupun di dalam kelab itu bingit dengan bunyi muzik yang kuat. Rakan-rakannya sedang bergembira bersama pasangan masing-masing dan minum sehingga hampir mabuk.

“Ad...kenapa termenung aje ni?” soal Danish.

“Minumlah!”

“Sejak bila aku minum? Sebab kau muntah atas aku hari tu, orang fikir aku minum! Blah la dari aku.” Adrian menolak tubuh Danish menjauh darinya.

“Kau frust ke, Ad? Minumlah...kau akan lupakan semua nanti.”

“Macamlah boleh lupa selama-lamanya!“ balas Adrian.

Tiba-tiba dalam situasi itu ada seorang gadis menghampiri Adrian.

“Ehh...bakal abang ipar sepupu lah...” kata gadis itu sambil ketawa mabuk.

Adrian mengerutkan dahi. Dia melihat gadis itu hampir tumbang.Kemudian ada seorang lelaki menyambut gadis itu.

“Hi dear...jom ikut I...”

Adrian pantas bangun dan menahan lelaki tersebut.

“She's with me!” kata Adrian walaupun dia tidak mengenali gadis itu. Tetapi, ayat abang ipar sepupu itu agak memberi kesan kepadanya.

“Opss...sorry.” Lelaki tadi terus melepaskan tubuh gadis itu.

Adrian terus memapah gadis itu keluar dari kelab malam itu. Dia membawa gadis itu ke tempat duduk di luar lalu memberi air mineral kepadanya.

“You datang dengan siapa? Bahaya kan tempat macam ni!”

“Ad...Adrian kan...” gadis itu menunjukkan jari telunjuk tepat ke muka Adrian. Dia semakin segar walaupun masih mabuk.

“You ni siapa?” soal Adrian.

“Fazlina...sepupu bakal isteri awak...”

Adrian hampir ketawa.

“Cepat betul berita tersebar...”

“Mestilah...my mom paling bencikan Madam Kay...apatah lagi bila dia akan berkahwin dengan lelaki dari keluarga berpengaruh macam awak...” Fazlina ketawa.

“Kenapa your mom bencikan dia?” soal Adrian. Inilah masa dia mahu mengorek rahsia tentang wanita psiko itu.

“Walaupun dia pernah buat atuk marah...dia tetap dapat warisi tempat atuk. Sebab dia anak perempuan kepada anak lelaki atuk. My mom...sedangkan my mom ada anak lelaki yang berbakat, iaitu abang saya...” Fazlina sentiasa jujur ketika dia mabuk.

“Perkara itu biasa dalam keluarga conglomerate...” ujar Adrian.

“Kenapa dia pernah buat atuk awak marah?” soal Adrian lagi.

“Dia pernah kahwin dengan lelaki miskin.” Fazlina ketawa.

“Kahwin senyap-senyap pulak tu...selama tiga tahun dia sembunyikan...setiap hujung minggu dia akan menghilang rupanya pergi rumah suami dia. Berani kan dia? Saya betul-betul kagum dengan keberanian dia. Dia cinta mati kepada lelaki tu sampai sanggup ketepikan keluarga.”

“Macam mana...atuk awak boleh tahu?” soal Adrian lagi. Cerita semakin menarik.

“Dia pregnant...”

Adrian mengangkat kening. Fazlina semakin mengantuk. Badannya hampir tumbang. Pantas Adrian menyambut tubuh itu lalu menepuk pipi Fazlina.

“Apa jadi lepas tu?!”

Fazlina membuka mata sedikit.

“Atuk pisahkan mereka dengan tragis...dia tertekan sehingga dia lahirkan anak tidak cukup bulan...”

“Then?” Adrian cuba menegakkan badan Fazlina.

“Selepas seminggu...anak dia meninggal dunia...”

Berkelip-kelip mata Adrian ketika itu. Dia menelan liur. Fazlina pula terus tidak sedarkan diri dalam pelukan Adrian. Adrian mengeluh berat.

“Hey...di mana rumah you?!” kata Adrian sambil menggoncang badan gadis itu.

*****

Noona RomanceWhere stories live. Discover now