Bab 4
“Adrian! Awak nak bawa saya pergi mana ni?” soal Ayu Imani yang cuak melihat Adrian kelihatan tertekan dan melepaskan emosi itu dengan memandu laju membelah lebuh raya.
Adrian diam. Dia hanya fokus kepada jalan di hadapan.
“Adrian, saya tak pernah tengok awak macam ni. Ada masalah ke? Ayu kena balik ni. Dah lewat...” Ayu Imani terpaksa menguatkan suaranya kerana kereta sport itu benar-benar laju dengan bumbung yang dibuka.
Selang beberapa minit kereta itu membelok ke kanan dan memasuki hentian rehat. Akhirnya Adrian memberhentikan kereta di kotak parkir.
“Awak...” Ayu Imani menyentuh tangan Adrian yang masih di gear.
“Jom kahwin...” luah Adrian tiba-tiba.
Ayu Imani terpempan lalu menarik tangannya dari menyentuh Adrian. Dia melihat lelaki itu hanya memandang ke hadapan tanpa berkelip.
“Awak...Kenapa tiba-tiba ni?”
Adrian mengeluh halus. Dia mengetap bibir merahnya.
“Ayu...I tak boleh hidup tanpa you.”
“Me too...Adrian. Saya memang nak sangat kahwin dengan awak. Tapi, saya sedar diri saya...saya tak layak untuk awak.”
Adrian terus menoleh melihat Ayu Imani. Dia memegang kedua belah pipi gadis itu.
“I akan bawa you jumpa mama... Lagi cepat lagi bagus. Are you ready?”
Ayu Imani terpaksa mengangguk walaupun dalam hatinya tiada lansung keyakinan.
“Ayu kena kuat. Ayu kena yakinkan mama tentang cinta kita.”
“Kalau...Dia tak terima Ayu?”
“Kita lari ke luar negara! I mean it.”
Ayu Imani menggeleng perlahan.
“Ayu tak boleh tinggalkan keluarga Ayu...”
“Jadi Ayu sanggup kehilangan I?”
Ketika itu air mata Ayu Imani mengalir perlahan-lahan. Semangatnya seakan diterbangkan angin. Dia lansung tiada keyakinan walaupun dia sangat mencintai lelaki dihadapannya ini. Terlalu mencintai.
*****
Puan Jasmin duduk di kerusi meja kerjanya dalam bilik bacaan pada malam itu. Sebagai pengerusi banyak bebanan berada di pundaknya. Anak sulungnya Azalea menguruskan hotel mereka Singapura, manakala Alissa merupakan pengarah HR di Hotel Sri Andaman. Puan Jasmin hanya bimbangkan anak bongsunya iaitu Adrian. Anak lelakinya itu seorang yang bijak dalam pelajaran, satu-satunya anaknya yang berjaya menjejakkan kaki ke Oxford University. Sepertinya Adrian minat belajar tetapi tidak minat bekerja. Mungkin kerana umurnya masih muda dan terlalu dimanjakan dengan wang ringgit. Ataupun... Kerana boikot kepadanya.
Puan Jasmin tersentak apabila melihat pintu bilik bacaan dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Terjengul wajah Adrian yang kelihatan sugul dan tidak kemas. Berkerut dahi Puan Jasmin ketika itu.
Pap! Dia menutup buku yang tebal itu lalu diletakkan atas meja, sedang matanya merenung tepat ke arah Adrian.
“Adrian... Adrian minum ke?” tebak Puan Jasmin. Dia bangun berdiri lalu berjalan ke hadapan anaknya itu.
Dia dapat menghidu bau alkohol yang kuat di badan Adrian. Merah padam wajah Puan Jasmin ketika itu.
“Adrian!!” jerit wanita itu.
“Kenapa mama tunangkan Adrian tanpa pengetahuan Adrian?!” soal Adrian dengan keras.
Puan Jasmin terpempan sebelum tersenyum.
“Adrian... Mama dah beritahu, kan? Mama akan buat pilihan.”
“Ma...please, jangan atur hidup Adrian. Adrian akan serius bekerja mulai hari ini. Adrian akan lupakan kesakitan yang mama beri selama ini...Adrian akan lupakan semuanya...” kata Adrian perlahan.
Matanya tidak memandang mamanya. Dia tenung ke lantai sahaja. Hatinya bagai dirobek apabila mengetahui diam-diam dia ditunangkan dengan sesorang wanita yang tidak dikenalinya.
“You're drunk, Adrian!”
“No... Adrian masih waras. Manusia yang paling sayangkan Adrian dalam rumah ni adalah papa...tapi, mama telah halau papa pergi kerana sikap angkuh mama. Mama fikir mama boleh hidup sendirian tanpa lelaki...kenapa mama nak Adrian warisi mama? Kenapa tak berikan kepada kakak?”
Puan Jasmin memeluk tubuh di hadapan Adrian. Dia tersengih sedikit.
“Pertama, papa kamu adalah lelaki tak guna. Kedua, mama tak angkuh tetapi memberi pengajaran kepada lelaki tak guna. Ketiga, mama nak kamu warisi mama sebab Adrian satu-satunya anak lelaki mama...”
“Tetapi mama juga warisi dari arwah datuk. Bukan bapa saudara Adrian...kakak juga boleh melakukan hal yang sama.”
“Sebab bapa-bapa saudara Adrian tidak berkemampuan seperti mama. Sebab itulah mama tidak mahu Adrian jadi seperti itu. Kakak-kakak Adrian juga mahu Adrian yang menggantikan mama...sebab mereka tak mampu nak pegang jawatan yang paling tinggi. Mereka selesa bekerja di bawa mama sahaja. Adakah Adrian juga tak ada keyakinan?”
Adrian ketawa secara tiba-tiba. “Untuk menjadi pewaris perlu undian dari semua lembaga pengarah. Setakat ini...tak ada seorang pun lembaga pengarah yang menyokong Adrian yang mereka anggap tidak guna ni. Adrian akan buat company bankrupt dalam sekelip mata sahaja.”
Puan Jasmin mengetap gigi geram.
“Itu adalah kerana Adrian hanya tahu main-main. Adrian kena buktikan kepada lembaga pengarah yang Adrian layak!”
“Boleh...Adrian boleh lakukannya. Itu bukan perkara yang susah.” Adrian tersengih pula kali ini.
“Beri Adrian peluang untuk buat pilhan sendiri tentang teman hidup. Lepas itu Adrian akan kembali ke company bersama cita-cita mama. Adrian akan buat mama bangga dengan Adrian, dan buat lembaga pengarah percaya dengan kebolehan Adrian. I'm promise...”
Puan Jasmin menggeleng perlahan. “Kenapa pemikiran Adrian begitu sempit? Adrian perlu memandang jauh ke hadapan. Mama telah aturkan sesuatu yang baik untuk Adrian. Lembaga Pengarah telah tahu tentang perancangan perkahwinan Adrian dengan pewaris AZANI Group. Mereka sangat teruja dan akan sebulat suara menyokong Adrian menjadi pewaris mama. Bukan ke itu sangat mudah? Hanya melalui sebuah perkahwinan Adrian sekelip mata menjadi pilihan mereka. Ingat... Adrian sedang bersaing dengan sepupu-sepupu Adrian iaitu anak-anak bapa saudara Adrian. Jika tersilap langkah...Sri Andaman akan jatuh di tangan mereka...sebab tiada pewaris yang layak dari keluarga kita. Mama tak akan biarkan perkara itu berlaku...” jelas Puan Jasmin dengan panjang lebar.
“20 tahun mama membangunkan Sri Andaman bukan untuk diberikan kepada orang lain. Mama akan pastikan lembaga pengarah dan pemegang saham sebulat suara memilih Adrian. Seperti mana mereka telah memilih mama 20 tahun lepas... Mama berjaya menepis adik beradik mama yang lain. Kerana kebolehan mama...”
“Adrian juga boleh buktikan tanpa perlu melalui perkhawinan politik! Adrian boleh lakukannya...”
“Tidak... Semua itu ambil masa sebab Adrian masih muda. Dengan bantuan pengaruh AZANI Group sahaja Adrian akan dapat jalan pintas ke atas. Faham tak mama cakap ni? Nak kena ulang berapa kali ni?” Kali ini suara Puan Jasmin semakin meninggi.
“Adrian akan bawa Ayu Imani berjumpa dengan mama.” kata Adrian sambil memusingkan badannya lalu melangkah ke arah pintu.
“Jangan bermimpi Adrian!” jerit Puan Jasmin sebelum pintu bilik itu ditutup rapat.
*****
Kamilia tersenyum sambil melihat cincin berlian di jari manisnya. Nampaknya dia tidak perlu memikirkan hal perkahwinan lagi. Tan Sri Mokhtar hanya memberi tempoh setahun untuknya mencari calon sendiri yang berkelayakan. Jika tidak, dia harus mengikut pilihan atuknya sendiri. Pasti itu bukan sesuatu yang dia mahukan. Tidak sama sekali!
Kenapa dia perlu berkahwin? Sudah pastilah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pewaris nombor satu AZANI Group. Perkahwinan politik dalam dunia korporat itu sangat biasa. Tetapi, seseorang itu haruslah bijak untuk mengaturkannya sendiri. Jika tidak mahu terjerat begitu sahaja.
Kamilia dikejutkan dengan bunyi interkom. Setiusahanya memberitahu ada seseorang ingin bertemunya. Kamilia tersengih apabila nama lelaki itu disebut oleh Lidya. Nampaknya ini adalah pertemuan pertama mereka setelah bertunang.
Kamilia bangun berdiri lalu melangkah ke hadapan mejanya. Dia bertenggek di bucu meja untuk menyambut lelaki itu yang sememangnya ditunggu.
Adrian melangkah masuk dengan wajah kusut. Kamilia menangangkat sedikit kening melihat wajah itu. Adrian berhenti jarak dua langkah dari Kamilia.
Adrian tiba-tiba ketawa. Kamilia hanya membalas dengan wajah selamba.
“Jadi you adalah pilihan Puan Jasmin?” Adrian mengamati wajah bongkak di hadapannya itu. Persis mamanya. Sempat Adrian melihat sekeliling pejabat wanita itu yang sangat luas dan mewah.
“Ya... Kita pernah bertemu, kan?” Kamilia tersengih.
“Sepatutnya...I biarkan je muka you pecah malam tu.”
Kamilia menggeleng perlahan. “Bertenang anak muda...benda boleh dibawa berbincang...”
Adrian melangkah setapak lagi ke hadapan.
Kamilia terus menyilang tangan ke dada. Dia turut bangun dari bucu meja dan berdiri menegakkan badan.
“Mak cik...sedarkan diri tu. I datang sini untuk beritahu yang perkhawinan kita tak akan berlaku...”
Kamilia tersenyum. “Adakah sebab your cinderella?”
Wajah Adrian berubah serius. “Dia adalah perempuan yang aku cintai. Ya... Dia adalah cinderella, dan you adalah nenek sihir dalam cerita dongeng. Jadi, jangan bermimpi untuk mendapat cinta atau diri aku.”
Kamilia mengetap bibir. “I see...”
Langkah Kamilia maju selangkah kehadapan sehingga tubuh mereka sangat rapat.
“Pandangan mata you...kepanasan darah muda you yang membara, penuh dengan cinta dan keghairahan...” Kamilia mendekatkan bibirnya ke telinga Adrian.
“Saya dah lalui semua tu...” bisik Kamilia.
Adrian terdiam. Dia cuba bergerak tetapi lengannya dipegang erat oleh Kamilia. Dia dapat merasai nafas yang dikeluarkan bibir wanita itu di telinganya.
“Saya dah pernah lalui perkara yang begitu pahit kerana mengikut gerak hati dan darah muda. Jadi dengar nasihat ini... Kenangan manis lebih mudah dilupakan dari kenangan pahit. Oleh itu, sebelum awak melalui kenangan pahit...lepaskan kenangan manis awak. Percayalah ia lebih mudah untuk dilupakan. Tidak guna melawan mereka...kita harus follow tetapi kita berjalan mengikut rentak kita sendiri...”
Adrian pantas menolak tubuh Kamilia agar menjauh darinya. Meremang bulu romanya apabila mendengar bisikan itu.
“Tak perlu nak bersajak. I bukan budak sastera. Straight to the point! You ajak I kahwin kontrak?”
Kamilia terus melepaskan tawa psikonya. Adrian memejam mata kerana sakit hati.
“Awak anggap ia perkahwinan seperti itu? Betullah pemikiran BBNU...”
“Kalau you asyik nak ejek I... Pergi cari orang lain. You ingat I semudah tu?” Adrian bengang. Dia melonggarkan tali leher kerana mula terasa panas.
“Kalau bukan dengan saya...awak tetap akan berkahwin dengan seseorang berkedudukan seperti saya. Bezanya...mungkin mereka akan manja dan menagih cinta awak. Mual kan? Saya sebut ni pun dah rasa nak termuntah. Kalau awak berkahwin dengan saya...awak boleh anggap saya mak cik atau apa sahaja. Saya tak peduli dan tak berbekas di hati saya. Awak nak buat apa buatlah...saya tak peduli. Kerana saya bukan mencari cinta, tetapi hanya seorang suami.”
Kali ini giliran Adrian pula ketawa. Gila... Perempuan gila mana yang mamanya cari untuk jadi calon menantu ni?
“Seorang suami?” Adrian masih ketawa. Sakit hati sebenarnya.
“You ingat I boneka?!” tanpa sedar Adrian meninggikan suara.
“Bawak bertenang...nak mengamuk pergi mana? Jangan risau...awak tak akan rasa apa-apa perubahan selepas berkahwin. Lantak awak lah nak buat apa pun. Cuma jangan cemarkan nama saya je. Dengar nasihat saya ni...jangan cuba berlawan dengan seseorang seperti mama awak. Kesannya nanti bukan pada awak, tapi kepada orang yang awak sayang...saya bercakap di atas pengalaman hidup yang lebih lama dari awak...”
Adrian menelan liur. Hatinya sakit. Benar-benar sakit melihat senyuman sinis di bibir Kamilia. Tidak semudah itu. Tidak semudah itu dia mahu mengalah. Dia pasti akan menutup senyuman sinis di bibir itu. Dia tidak akan benarkan sesiapapun memanipulasi hidupnya!
“You...” Adrian menunjukkan hujung jarinya tepat ke dahi Kamilia. Matanya mencerlung tajam memandang Kamilia. Tahap kesabarannya sudah kemuncak.
“Perlu dapatkan rawatan psikiatri. I boleh kenalkan doktor terbaik. Semoga sakit jiwa you akan sembuh. Siapa lelaki bodoh yang mahu berkahwin dengan perempuan psycho melainkan dia juga gila!”
Usai mengeluarkan kata-kata itu Adrian terus memusingkan badan dan melangkah pergi. Wajah, mata dan telinganya semuanya merah menyala!
“Dan lelaki gila tu adalah awak...” ucap Kamilia perlahan sambil ketawa kecil lalu menggelengkan kepala. Menarik...lelaki ini menarik.
Kamilia hanya memandang belakang lelaki yang berdarah muda itu pergi. Dia seolah melihat dirinya 9 tahun lalu. Kamilia kemudiannya tersenyum pahit.
![](https://img.wattpad.com/cover/263530273-288-k649061.jpg)
YOU ARE READING
Noona Romance
RomansaConglomerate Marriage, adalah perkahwinan yg melambangkan status dan kuasa. Bagi Kamilia, dia hanya ingin mencari suami, bukannya cinta! jiwanya telah lama mati, bersama kisah lalu yang pahit. Adrian terpaksa melepaskan kekasih hatinya Ayu Imani ke...