"Kau nanti nak sambung study kat mana?" tanya Aiman pada Mikael.
"kat U.S kot, tak pasti lagi lah, alih-alih aku kena pegang syarikat ayah aku juga" jawab Mikael. Mikael pandang Aiman.
"apa hal?" ujar Aiman, seram pula bila lihat Mikael pandang dia dan tersenyum.
"aku ada fikir benda ni" Mikael bangun dari duduk dan munuju ke almari biliknya. Tangannya mencapai sesuatu, kotak.
"aku nak bagi ni kat Diana" sambung Mikael. Kotak yang berada di tangan Mikael dibuka.
"rantai? bagi Diana? serious lah weh, percaya cakap aku, dia confirm accept kau kalau kau confess" kata Aiman dengan gembira. Gembira lihat kawan baiknya gembira juga.
"aku dah confess, aku bagi surat kat dia, lepas tu dia mesej aku" Mikael mengambil telefonnya lalu membuka aplikasi WhatsApps. Mikael tunjukkan perbualannya dengan Diana pada Aiman.
Diana
saya dah baca surat yang awak bagi, jawapan saya.. saya terima awak, Zarif."tahniah kawan, anda sudah berpunya" Aiman tepuk tangan dan menepuk belakang Mikael perlahan.
❀❀❀
Hani berlari anak apabila dia nampak Ayreen yang baru masuk kawasan sekolah.
"Ayreen, berita gempak Ayreen, gempak gila, kau dengar sini ehhhh"
Ayreen melihat kawan baiknya yang terlalu agresif itu dengan senyuman paksa.
"Zarif deng-" kata Hani tiba-tiba dipotong Ayreen.
"berita dah panas, satu sekolah dah tahu, termasuk aku pun dah tahu" kata Ayreen lalu menyambung langkahnya menuju ke kelas.
"kau dah tahu? bila kau tahu" Hani tertanya-tanya.
"selepas kau call aku, Mikael chat aku"
Langkah Ayreen terhenti. Matanya sudah mula berair. Ayreen memang layak digelar ciwek, mudah menangis.
Hani diam, dia faham perasaan Ayreen sekarang.
"tak apalah aku okey je, jangan risaulah, kau baliklah kelas dulu" Ayreen senyum paksa dan melambai tangan pada Hani.
Ayreen dah tunggu lama untuk dapatkan Mikael, sekali entah perempuan mana muncul, Mikael terus suka kat dia.
❀❀❀
"kau tak nak makan ke?" tanya Audy, kawan sekelas Ayreen. Audy berasal daripada Italy, tetapi dia fasih berbahasa Melayu. Dah 10 tahun dia tinggal kat Malaysia ikut daddy dia, nanti balik Italy harap-harap jangan lupa bahasa sendirilah.
"aku tengah diet, berat dah naik" jawab Ayreen dengan tawa kecil.
"okey, kalau nak apa-apa roger tau" selepas Audy keluar daripada kelas, Ayreen termenung.
Dia sendiri tidak tahu kenapa hati dia sedih sangat, mungkin sebab dia beri 100% harapan untuk Mikael cintakan dia.
'tengok apa yang ada di depan, jangan pandang apa yang kat belakang' kata-kata daripada novel yang dia gemari terlintas difikirannya.
Perut yang berbunyi dari tadi dia tidak hiraukan, lapar.
"tak sangka aku, Zarif boleh suka kat Diana budak kampung tu, masuk sekolah swasta ni pun guna biasiswa ada hati nak bercinta dengan Tengku, dasar kampung tak sedar diri" Ayreen terdengar perbualan dua pelajar perempuan yang sedang bergosip tentang kabar angin Mikael dan Diana.
Ayreen menganggukkan kepalanya perlahan, ada betul juga apa yang mereka cakapkan tu.
"Ayreen!" mereka menjerit memanggil Ayreen.
'TAK PAYAH LAH JERIT, JARAK KAU DENGAN AKU BARU 5 METER' marah Ayreen dalam hati.
"kenapa?" tanya Ayreen.
"asal kau tak rampas Zarif balik, padahal satu sekolah tahu kau suka dia, takkan kau nak mengalah pastu biarkan si Diana kampung tu rembat barang kau" ujar salah seorang yang tengah bergosip tadi, Maya. Garang minah ni, dengar cerita boyfriend dia gangster tu pun takut dengan dia.
"kau rasa aku kena buat apa lagi, semua benda aku dah try, Mikael tak pandang aku juga" kata Ayreen.
"nanti ada rombongan pergi Indonesia, aku nampak ada nama Zarif dalam list tu, nama Diana pun ada tapi aku potong, kau tak nak join ke? aku boleh masukkan nama kau, maklumlah ada orang dalam" kata Ella.
"gila Ayreen tak, masa depan dia ada kat dalam list tu kut" Maya menepuk tangan Ella.
Ayreen tergelak kecil, kelakar pula dua orang ni.
"wait kau kata ada si kampung tu, mana dia nak cekau duit nak pergi sana" sambung Maya dengan riak muka geli. Maya dan Ella ni geng gedik tapi pandai dalam kelas Sains Komputer ni. Even dia orang ni kaya, tapi sikap berlagak tu mesti ada, dia orang nak kawan dengan orang kaya je.
❀❀❀
Kelas dah tamat, Ayreen kemas begnya untuk pulang.
Kepalanya sampai pening sebab tak makan apa-apa, cuma makan sarapan sebelum pergi sekolah saja. Perutnya berbunyi macam drama horror dah.
Ayreen mesej Hani yang dia tak dapat balik bersama-sama hari ni.
"woi kau pehal pucat macam hantu dah ni!" ujar Aiman pada Ayreen. Ayreen pandang sekeliling Aiman, Aiman seorang saja.
"Zarif dengan Diana" Aiman tahu Ayreen cari Mikael.
"tak tanya pun" kata Ayreen lalu jalan meninggalkan Aiman.
"eh kau ni, muka dah pucat macam orang mati pun nak berlagak lagi" Aiman kejar langkah kecil Ayreen.
"kau tak makan ke?" tanya Aiman.
"sibuk la kau" langkah makin laju.
"aku ada roti, kau ambik lah, nanti pengsan siapa yang nak angkat kau" Aiman menghulurkan plastik roti untuk Ayreen.
Ayreen pandang Aiman.
"asal kau nak baik dengan aku?" tanya Ayreen. Kenapa bukan Mikael yang baik dengan dia, haish cincah!
"nak tak nak ni roti, tak nak aku bagi makcik cleaner"
"nak" Ayreen mengambil roti yang berada di tangan Aiman tadi.
Ayreen duduk di atas bangku yang terdapat di area situ.
"aku perasan, kau balik naik grab hari-hari, asal bukan driver ayah kau yang ambil" tanya Aiman sambil duduk di sebelah Ayreen.
"aku bukan princess nak ambik hantar orang ayah aku, ada duit ada telefon dunia dah canggih boleh berdikari" Ayreen gigit roti yang diberi Aiman tadi.
"makan slow-slow lah, macam orang kebulur aku tengok kau makan" ujar Aiman pada Ayreen.
Ayreen pandang sinis Aiman. AKU LAPAR.
❀❀❀
BAB 2
C𝚒𝚗𝚝𝚊 𝙱𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚄𝚗𝚝𝚞𝚔 𝙺𝚒𝚝𝚊
thank you reading! dripd hasil karya orang baru. maaf kalau ada kesalahan tatabahasa atau ejaan.. sekian

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Bukan Untuk Kita
Roman d'amour'𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊 𝙱𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚄𝚗𝚝𝚞𝚔 𝙺𝚒𝚝𝚊' Kisah antara dua hati.. yang perempuan disakiti, yang lelaki menyakiti. Kerana hati sudah berpaling, dia pergi dan memilih bekas kekasihnya yang dulu. "aku tak pernah suka kau Ayreen!" - Tengku Zarif Mikae...