BAB 3

73 51 2
                                    

  "Papa, Ayreen minta maaf, jangan pukul Ayreen, sakit!" Ayreen merayu.

Dato Reza tidak pedulikan kata-kata rayu Ayreen, dan masih pukul Ayreen dengan tali pinggang.

Ayreen menangis tanpa henti, berbekas dan berbalar dah badannya akibat dipukul Dato Reza.

"papa dah kata! jangan malukan papa!" marah Dato Reza pada anak gadisnya, Ayreen.

"Ayreen minta maaf, Ayreen tak buat lagi, Ayreen janji tak buat lagiii" ujarnya dengan tangisan.

Dato Reza keluar dan menghempas dengan kuat pintu bilik Ayreen.

Ayreen menghapus air mata dengan tangan nya, masih menangis dengan teresak-esak.

"kenalkan, ni Ayreen anak perempuan saya" kata Dato Reza kepada seorang wanita di depan mereka.

"cantiknya Ayreen, duduklah minum dengan aunty" kata wanita itu, umur dalam 30 tahun.

Ayreen diam seperti orang bisu sahaja.

"Ayreen, ni aunty Lera, bakal isteri papa dan bakal ibu kamu" kata Dato Reza buat Ayreen terkaku da terkejut.

Ayreen pandang mata papanya, ibu tiri? habis tu mama macam mana?

"Ayreen boleh biasakan panggil aunty dengan panggilan mama dari sekarang" senyum aunty Lera pada Ayreen, tak selera aku.

"tapi Ayreen ada mama, mama Ayreen masih hidup, Ayreen tak perlukan mama" ujar Ayreen membuatkan Dato Reza menampar wajah bersih Ayreen.

"Reza" Lera terkejut dengan tindakan Dato Reza.

"Ayreen nak papa rujuk dengan mama, bukan kahwin dengan wanita lain!"

Cinta Bukan Untuk KitaWhere stories live. Discover now