STK 9

82 9 0
                                    

             GENAP setahun indah dan adam berkawan baik. Indah sekarang berada di rumah kerana merupakan hari minggu. So, butik indah tutup sehari. Indah yang sedang baring dikatil tangan menekan kenalan lalu mendail nombor adam.

Sejak beberapa harini khabar berita adam langsung tidak didengar. Adam juga sudah jarang berbual bersamanya di whatsapp. Kadang-kadang indah mesej adam malah dua tiga hari baru adam membalas. Tidak pun seminggu baru dia balas.

Adakah adam mempunyai perempuan lain di belakangnya. Tapi mustahil! Adam tidak pernah keluar dengan mana-mana perempuan kecuali indah sendiri sahaja.

Semenjak dia berkawan dengan adam tidak pula adam pernah mengatakan kata-kata cinta atau sayang pada dirinya. Adakah selama ni indah hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Sungguh perit dan sakit jika perkara ini berlaku.

"awak pergi mana adam saya rindu..."bisik hatinya

Adamlah tempat indah meluah. Adam juga tempat indah bahagia. Tapi semuanya sekejap adam menghilang tanpa memberi khabar berita. Indah sungguh kecewa dengan adam. Selama ini dia seorang sahaja yang beria-ria dengan adam. Dia seorang sahaja tunjukkan effort pada adam yang dia betul-betul ikhlas berkawan tapi adam tiada langsung tanda-tanda itu.

"Esok saya pergi tempat awak..."









      Keesokan harinya seperti biasa indah akan ke tempat kerja adam. Sampai sahaja di tempat kerjanya tiada langsung peralatan kasut adam. Kosong. Kemanakah adam. Takkan dia pindah tempat. Indah lantas  berlari ke keretanya mencari adam keliling kedai.

Masih tetap sama tiada. Kemanakah adam pergi. Indah ternampak seorang uncle cina dimana adam selalu duduk disitu menunggu pelanggan.

"hye uncle saya nak tanya. Uncle tahu tak lelaki tinggi-tinggi sikit lepastu dia pakai baju pun lusuh duduk dekat tepi kedai uncle ni..." indah memberikan gambaran kepada uncle tersebut.

Uncle itu mengangguk faham. "dia sudah pergi. Last dia datang sini minggu lepas. Tapi dia nampak segak oh" kata uncle tersebut.

Dahi indah mengerut pelik. Segak!

"macam mana uncle tahu dia pakai segak?!"

"Iya dia mari sini bagi saya duit. Lepas itu, dia naik kereta mewah. Dia dengan seorang amoi comel, cantik. Dia kata dia pergi jauh. Dia tak duduk sini lagi..."

Hampir tercabut jantung indah mendengar berita itu. Siapa sebenarnya adam kenapa dia sanggup tipu dirinya. Apa motif adam menipu indah. Sungguh sakit hati ni bila dipermainkan. Indah sungguh kecewa. Dengar perkataan perempuan dari mulut uncle itu hatinya begitu luluh,memang adam tidak pernah mencintai diri nya. Adam hanya mempergunakan dia semata-mata untuk menghilangkan bosan.

"Amoi kamu okay ke?" pakcik cina itu memandang indah.

"saya okay saja pakcik, kalau macam tu saya balik dulu. Terima kasih sebab bagitahu saya..." indah menghadiahkan senyuman buat uncle tersebut lalu beredar.

BUKAN TAKDIRNYA[C] Where stories live. Discover now