STK 3

96 12 0
                                    

      Seperti biasa  sebelum adam pergi kerja dia akan bangun  awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk ibunya.

"ibu adam pergi kerja dulu ye. Sarapan adam dah siapkan dekat atas meja"

"baiklah adam. Kerja elok-elok tengok kiri kanan," nasihat ibu adam.

"okey ibu. Assalamualaikum"

"waalaikumsalam"

Adam keluar daripada rumah dengan membaca bismillah. Dia hanya menunggang basikal ke bandar. Adam tidak pernah sekali mengeluh dengan kehidupan yang dia ada kerana dia berasa bersyukur diberikan anggota badan yang sempurna serta sedikit kesenangan. Dia memahami bahawa ada lebih susah daripada kehidupannya sekarang. Oleh itu, dia patut bersyukur dengan apa yang ada di depan matanya.

Setelah sampai di tempat adam bekerja. Adam menyusun semua kasut-kasut di atas  satu bongkah yang lebar. Kasut-kasut tersebut merupakan satu contoh yang boleh adam jahit atau sebagainya.

Adam akan duduk sambil menunggu pelanggan sekiranya ada. Adam melihat manusia yang lalu lalang di jalan raya. Sementara menunggu pelanggan datang Adam mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka media sosial. Adam juga bukan seorang yang aktif di media sosial. Meskipun dia ada facebook, Instagram dan whatsapp dia jarang mengupload gambarnya sendiri. Dia tidak berminat dengan semua itu.

Dia lebih suka mendiam diri sambil melihat berjuta-juta manusia yang sibuk mengupload status mereka sendiri.

Adam yang sedang scroll status instagram, dia di tegur oleh seseorang.

"Assalamulaikum," kata orang tersebut.

"Waalaikumsalam.. Kenapa ye boleh saya bantu," kata adam lagi.

"saya nak minta tolong kilat kan kasut saya ni sebab sebentar lagi saya ada mesyuarat penting bersama orang luar negara"

Adam memandang orang tersebut atas bawah. Dia berpakaian kemas serta minyak wangi yang begitu kuat sehingga boleh menyebabkan wanita di luar sana terpukau dengan penampilannya.

"Boleh, boleh mari sini kasut encik saya kilatkan! "

"saya harap adik cepat sikit ye. Saya tengah kejar masa ni"

"baik encik"

Adam memandang seketika lelaki tersebut. Matanya tidak lepas memandang jam tangannya.

"penting sangat ke kerja dia tu, nampak sangat dia ni seorang yang pentingkan kerjaya," getus hati adam

"dik lambat lagi ke?" soal lelaki itu.

"dah siap ni dia"

Adam menghulurkan kasut itu ke arah lelaki tersebut.

"berapa ya?"

"8 ringgit"

"ambil ni 20 ringgit. Lebih tu adik simpan sahajalah. Saya nak cepat ni nanti prestasi saya sebagai ceo tercalar pula"

" terima kasih ya bang. semoga abang berjaya," adam memberi kata-kata semangat.

"Sama-sama"

Lelaki tersebut berjalan dengan pantas. Mungkin mengejar masa agaknya. Adam teringat sesuatu.

Indah

Iya indah teringin pula dia ingin berjumpa dengan gadis itu untuk mengucapkan terima kasih tentang hal semalam. Nampaknya hari ini bukan rezeki adam untuk berjumpa dengan indah. Hari esok ada lagikan mana tahu dia ada.


Nampaknya adam mula rindu dekat indah😘mcm mne tu guys? 😂

Don't forget to vote and comment👇

Happy reading❤️

BUKAN TAKDIRNYA[C] Where stories live. Discover now