Episod 9

34 0 0
                                    

(A/N: Okay ingat tak Sis Author cakap suruh simpan sikit emosi untuk episod ni kan? Haa so sekarang korang dah boleh lepas eh. Tapi guna 50% je tau sebab jangan lupa kita masih ada balance lagi satu episod! Episod 10 final okay! Ha jom jom! Sedia tisu!)



Di rumah milik Shawn.
1.50 a.m.

Shawn pulang lewat malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shawn pulang lewat malam.

Terlihat isterinya, Kamila itu sedang memakai produk penjagaan kulitnya di meja solek.

Namun, dia menghiraukannnya.

Sejak hari dia dapat tahu isterinya menyembunyikan sesuatu, hubungan mereka menjadi regang.

Tambahan pula, jadual masing-masing kini yang semakin sibuk dengan kerja.

Waktu untuk meluangkan masa bersama juga kurang.

Shawn juga tidak lagi dapat tidur seperti biasa. Risau akan keselamatan keluarganya sepanjang masa.

Lagi-lagi adiknya yang sekali lagi hilang dan masih tidak dapat ditemui.

Kini mereka masing-masing pun sudah berumur. Shawn berumur 40 dan Kamila 39.

Anak sudah pun besar. Kate sudah berumur 12 tahun dan Sam, 8 tahun.

Sudah tiba waktu untuk mereka tidur. Kalau dahulu, Kamila akan meletakkan kepalanya di dada Shawn. Namun kini, mereka tidur tidak memandang sesama sendiri.

Sedang mereka cuba untuk tidur, mata Shawn masih lagi terang terbuka. Masih memikirkan macam-macam perkara.

Sudah puas Shawn memujuk isterinya itu untuk menceritakan hal sebenar namun dia masih lagi berkeras dan berdiam.

Namun dia masih menjalani hidupnya seperti biasa walaupun dalam kepalanya hanya dia sahaja yang tahu.

Kamila yang sudah terlelap itu menoleh ke arah suaminya dan tersedar yang dia belum tidur dari tadi.

"Sayang. Sleep." Kata Kamila dengan nada yang letih itu.

Dengan tidak bergerak, Shawn menjawab dengan tiada perasaan.

"It's weekend. Don't worry I'll be asleep in a minute." Jawab Shawn.

Kamila sudahpun berasa pelik tentang perangai Shawn yang semakin berubah sejak kejadian hari itu, namun dia tidak berani untuk menanyakan apa-apa.

Loving You Unexpectedly | (COMPLETED)Where stories live. Discover now