+01

1.1K 151 29
                                    

Langkah Hyunjoo tidak berhenti sejak pagi tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah Hyunjoo tidak berhenti sejak pagi tadi. Banyak perkara perlu dia lakukan. Sejak menjadi ketua pelajar di fakultinya, banyak perkara yang perlu diambil alih. Gadis tinggi lampai itu melangkah ke bahagian loker.

"Ah, aku lupa mahu lihat kelas pagi ini." getus Hyunjoo. Kepala yang tidak gatal digaru akibat buntu. Patut kah dia ke papan kenyataan sekolah untuk melihat senarai kelas pada waktu pagi atau ke bilik pensyarah terlebih dahulu untuk menghantar buku?

"Aku perlu lihat kelas aku ada pagi ini." Hyunjoo dengan pantas mengambil buku-buku di dalam loker lalu berlari ke ruang lobi universiti. Semua pelajar mula memasuki perkarangan lobi universiti.

"Ah, kelas Sir William. Sempat tak agak nya aku mahu sarapan dulu nanti?" bibir Hyunjoo terherot. Kalau lambat, boleh meroyan pensyarah keturunan british itu. Hyunjoo mengeluh lemah lalu memusingkan badan nya.

"Maafkan saya, saya tak perasan." Hyunjoo terundur kebelakang apabila kepala nya mendarat di dada sasa seorang lelaki yang agak tinggi. Malu dibuatnya.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja." Hyunjoo menunduk beberapa kali lalu berlari pecut meninggalkan lelaki itu terkebil-kebil seorang diri.

"Cha Hyunjoo langgar kau ke? Perempuan kelam kabut tu memang tak sedar diri." seorang lelaki berdiri tepat disebelah lelaki yang berbadan sasa itu. Mata nya ligat mencari nama nya di senarai kelas pada pagi itu.

"Pagi ni kau kelas woi. Jangan ponteng ye, Lee Haechan." Haechan ketawa sinis. Lelaki terpaksa mengulang semula beajar kerana dia gagal dalam peperiksaan yang lepas.

"Lee Jeno pula bakal jadikan Cha Hyunjoo ka sebagai korban mangsa? Ini nampak lebih menarik." Jeno berdecit kecil apabila mendengar bait-bait ayat daripada Haechan.

"Sudahlah. Semalam kau buli Jisung tu. Kau jirus budak tu dengan air jamban. Kau mahu buat begitu pada seorang wanita pula?" tanya Haechan. Jeno hanya diam sambil menyisip susu yogurt yang baru sahaja dibeli.

"Entahlah. Tengok lah macam mana."










bad boy. jn✔Where stories live. Discover now