+22

514 101 11
                                    

"Jeno. Ini saya." aku mengetuk pintu berkali-kali namun tiada balasan. Takut Jeno melakukan sesuatu diluar jangkaan. Itu sudah cukup membuatkan aku risau. Selama ini dia terjebak dalam kegiatan haram.

"Jeno—" pintu dibuka. Wajah aku dipandang tajam. Entah mengapa, mahu sahaja memeluk figura lelaki yang amat dirindui itu.

"Jeno.."

"Baru balik?! Bagus! Baru balik! Kenapa tak tunggu aku mati je baru balik!" jerit Jeno. Aku menampar wajah Jeno dengan kasar.

"Saya nak ambil hak saya semula! Awak hak saya. Saya mahu ambil semula." kata aku. Jeno berdecit lalu berura-ura mahu menutup pintu.

"Jeno. Awak ada anak yang perlu dijaga. Takkan mahu lihat anak dalam keadaan seperti—"

"Siapa anak aku! Kita berdua tiada apa-apa! Kau hidup dengan cara kau, aku ikut hidup cara aku! Kau takkan tiada lelaki lain?" Jeno masuk ke dalam rumah mengambil sesuatu. Aku membuntuti nya daripada belakang.

"Jeno, cukup! Jangan makan ubat lagi! Jeno!" aku merampas ubat ditangan nya. Lelaki itu menunduk memandang lantai.

"Tolong, balik. Saya jaga anak seorang diri. Dicaci oleh ibu sendiri. Sebab awak!"

"Memang aku beban! Daripada dulu lagi kau kata aku hanyalah beban kau! Kalau begitu, jangan jumpa aku lagi!" Jeno menolak aku menjauhi nya.

"Awak, sekarang saya nak betulkan semua bende. Apa yang jadi masih belum disusun lagi."

bad boy. jn✔Where stories live. Discover now