Sweater ✓
Airpod ✓
Tudung segera ✓
Botol air pakai buang ✓
Seluar track ✓
Kasut sukan ✓Lengkap bagi seorang perempuan untuk melakukan aktiviti 'jogging'. Tanpa secalit senyuman, Lisahani meneruskan jogingnya.
Nak dijadikan cerita, aktiviti jogingnya dihalang oleh seorang lelaki dan kawan kawannya duduk dibangku berdekatan."Excuse me." Dengan keterpaksaan Lisahani menghentikan langkahnya. "Can I have your number?" Tanpa segan silu lelaki itu meminta nombor telefon Lisahani. Lisahani hanya mendiamkan diri.
"Nggak bisa bahasa Inggeris?" Salah seorang kawannya berkata membuatkan mereka ketawa serentak.
"Sorry I just don't talk to bullshit." Bersahaja Lisahani bersuara. "Kau nak cari gaduh ke?" Sahut seorang kawan lelaki itu yang lain. "Ingat cantik sangat." Biasalah bila berkumpulan. Mesti ada sesi membela member.
"Sorry. Aku tengah on call dengan 'sampah masyarakat'. Mmm... Boleh aku gerak? Mood aku tak berapa nak ok ni." Alasan Lisahani selalunya akan membuatkan orang yang dikutuknya menjadi serba salah.
"Sure." Selepas mendapat keizinan, Lisahani melangkah meninggalkan sekumpulan lelaki itu. Tanpa sedar senyuman sinis singgah di bibir Lisahani setelah melepasi sekumpulan lelaki tadi.
"Tu lah kau. Nak tackle awek biarlah yang nampak macam takde masalah. Kan dah kena." Faizul bangun daripada kerusi dan terus joging diikuti dengan yang lain.
SETELAH penat menguasai diri, Lisahani berhenti di hadapan sebuah bangku. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Selepas lima minit melepaskan lelah sambil berdiri, Lisahani duduk. Air diminum sebelum matanya memandang dada langit. Tanpa sedar, matanya terpejam.
Tiba-tiba fikirannya sempat melalut. 'Kalau aku buka mata, ada someone yakni lelaki. Maknanya dia jodoh aku.' senyuman pelik dengan diri sendiri menghiasi bibirnya. Setelah matanya dibuka. Figura lelaki betul betul wujud dihadapannya. Duduk seberang jalan sambil memandang tasik. Jantung Lisahani telah memainkan latar muzik yang rancak.
"Better aku bla before aku tengok muka dia." Lisahani bangun dan melangkah dengan lagak biasa. Tidak mahu disyakki oleh orang sekitar.
"Panas betul lah aku. Lain kali minum air pandai pandai lah buang. Ni asyik buat sampah je. Macam mana nak maju!" Laju je mulut Syukri membebel.
Lisahani langsung tidak menyedari bahawa botol airnya yang dimaksudkan. Kelantangan bunyi lagu di telinganya menghalang pendengaran Lisahani.
"Woi perempuan. Botol air kau?" Langkah Lisahani terhenti apabila Syukri tiba tiba muncul dihadapannya. Kelantangan dikurangkan. "Ha'ah. Thanks." Lisahani cuba mencapai botol air ditangan Syukri.
"Lain kali jangan tinggalkan botol air ni merata tempat. Muda lagi kan? Takkan dah nyanyuk kot." Lisahani terkebil-kebil apabila dimarahi Syukri tanpa asal usul yang kukuh. Lisahani paling pantang apabila ada orang yang meninggikan suara kepadanya.
"Perlu ke tengking aku? Tempat ni kau punya ke? Ya aku tahu, kita kena jaga kebersihan. Aku terlupa. Tak sengaja." Lisahani menarik nafas dan menghembus perlahan. 'tak guna Hani kalau api dengan api.'
"Sape kata aku muda. Aku awek muda. Umur aku dah 49 tahun. Kau tu. Muda lagi kan? Tak tahu nak respect orang tua? Ni lah, remaja zaman sekarang. Takde harmoni langsung dengan orang tua." Lisahani terus melangkah meninggalkan Syukri tanpa berniat untuk mendengar butir bicara Syukri yang selanjutnya.
"Bukan adab ke?" Dahi Syukri berkerut. Keliru dengan umur Lisahani dan 'harmoni' yang disebutkan Lisahani sebentar tadi.
SELEPAS kelas, tempat wajib dikunjungi adalah cafe. Perut sudah melagukan lagu Ziana Zain. Sudu hampir mencapai mulut, tempat duduk dihadapannya diisi. Walaupun lelaki, Lisahani tetap meneruskan suapannya. Kehadiran lelaki itu langsung tidak dihiraukan.
"49 tahun masih belajar ke?" Perli Syukri. Tidak puas hati mungkin dengan ayat Lisahani tempoh hari.
"Tak salah adik oi kalau umur 70 pun masih belajar." Syukri gelak kecil mendengar ayat Lisahani. 'aku tak buat lawak.'
"Serious lah kau 49? Kena panggil kakak ke?" Sengaja dipoloskan pertanyaannya membuatkan Lisahani berfikir, 'tua sangat ke muka aku ni?'
Lisahani tidak menjawab soalan Syukri. Air diteguk sehingga habis dan terus bangun. "Up to you." Lisahani meninggalkan Syukri yang masih dalam keadaan terkejut.
"Dia ni kunyah ke tak masa makan tu?" Baru sepatah dua kata diborakkan, makanan Lisahani sudah habis dimakan.
Orang sekitar memandang pelik dengan tindakan Syukri. Pertama kali mereka melihat Syukri menghampiri perempuan dan ditinggalkan perempuan di meja makan.
"Who's that girl?" Tanya Eisha kepada Damia. "I don't know. Tapi hebat jugak minah tu kan? You pun tak pernah buat macam tu kat Syukri kan?" Ujar Damia. Wajarlah Eisha cemburu kerana Syukri merupakan bekas kekasihnya. Namun masih berkawan tapi tidak begitu rapat sehingga makan semeja. Masa bersama dulu pun, Eisha dengan Syukri tidak pernah keluarga bersama melainkan berkumpulan.
"Shut up. You tak tahu apa-apa." Sentap. Itulah yang dirasakan Eisha ketika ini. Damia hanya mengunci mulut.
TIGA jam adalah masa untuk Damia mengemas rumah Syafira iaitu majikannya. Bila bila masa sahaja boleh datang bekerja asalkan cukup tiga jam. Nasib baik Syafira tidak memerlukan tukang masak. Cukup lah sekadar tukang bersihkan rumah. Gaji pun lumayan. Biasalah, orang kaya.
Syafira akan pulang ke rumah tepat pukul 10 malam. Sekali sekala sahaja mereka bertemu muka. Seperti biasa, kelantangan muzik dikuatkan. Telefon diletakkan dalam poket. Lagu itu hanya didengari olehnya. Mustahil untuk mendengar orang memanggilnya. Siapa lagi nak panggil kalau bukan Syafira. Syafira berada di tempat kerja.
Segala jenis tarian dilagukan oleh badan Lisahani. Tarian yang tidak pernah wujud pun ada. Personalitinya yang sukar untuk menghasilkan senyuman walaupun secalit tidak lagi berada dalam dirinya.
Syukri membuka pintu rumah Syafira, kakaknya. Suara yang tenggelam timbul menarik perhatiannya.
'Even when the sky's come fall in...
Even when the sun don't shine...'Syukri tergamam dengan keadaan yang dilihat ketika ini. Lisahani memusingkan badannya untuk beralih ke tempat lain pula. Pergerakannya seakan terkunci apabila figura lelaki berdiri di pintu.
Sekuat mungkin Lisahani menjerit. Dengan tudung entah ke mana membuatkan Lisahani tidak tentu arah. Nasib baik sweater tidak dilepaskan. Syukri terkejut dengan jeritan Lisahani.
Lisahani terus mengangkat kepala sweater dan zip terus ditarik ke atas. Mereka berpandangan seketika.
Vote and comment. Please don't be a silent reader...
YOU ARE READING
Mr Syukri My Lover
RomanceSlow update✓ 🌹Jangan cuba membuat aku jatuh cinta... Sekiranya cintamu hanya sementara... Jujur aku mengakui... Cinta lama mampu berputik kembali... Jadi jangan dekati dia... Dia adalah sukma pernah membuatmu bahagia... Sekiranya dia lebih baik... ...