"what are you doing here?" Tanya Lisahani menajamkan pandangannya. Syukri tergelak kecil.
"Sepatutnya soalan tu, aku yang tanya tau." Syukri memandang Lisahani dari atas ke bawah dan memandang Wajah Lisahani kembali. "Kau yang 49 tahun tu kan?" Syukri meminta kepastian. Dalam keyakinan ada juga kecurigaan. Lisahani yang dikenalinya bukan jenis yang 'hora hore' macam tadi.
"Jap, persoalan sekarang ni. Macam mana kau boleh ada dalam rumah ni? Aku dah kunci pintu." Dahi Lisahani berkerut seribu. 'takkanlah sampai ke sini Syukri ikut aku? Nak bunuh aku ke?' liur ditelan kesat.
Dengan senyuman misteri, Syukri mendekati Lisahani. Badan Lisahani mengeras. 'nak bunuh sekarang ke?'
"Stop. Ok. Kau tahu tak? Membunuh tu salah satu dosa besar. Kau tak takut ke?" Sempat lagi Lisahani melengahkan masa. Syukri mahu menghaburkan tawa namun sempat ditahan.
"Haih... Agak-agaklah nak fikir pun. Ni, pergi pakai tudung cepat. Jap lagi ramai yang datang." Tidak jadi untuk menyakat Lisahani memandangkan tujuan kedatangannya ke sini adalah untuk menyambut hari lahir Syafira.
Lisahani pantas berlari menuju ke tempat tudungnya diletakkan. Baru Lisahani teringat, Syukri pernah dilihatnya di dinding rumah Syafira. Mungkin suami Syafira.
LISAHANI terkebil-kebil memandang orang yang lalu lalang membuat persiapan untuk majlis sambutan hari lahir. Nak ditolong takut salah masuk ruang. Jam ditangan dipandang. 10 minit lagi nak pukul 7.
"Tahan Hani tahan. Ten minutes left." Tidak sempat satu minit, Lisahani berlalu keluar. 'tunggu kat luar je lah.' Lisahani dapat rasakan banyak mata memandangnya yang langsung tidak melakukan sebarang tugas.
Nak buat macam mana, bukan skop kerjanya."Hani wait." Lisahani berhenti apabila ada suaranya memanggil namanya. 'wait, macam mana dia tahu nama aku?' Syukri berlari mendekati Lisahani.
"Nak pergi mana?" Soalan yang terlalu sopan bagi Lisahani untuk ditanya oleh insan yang bernama Syukri.
"Nak balik lah." Riak wajah yang masih dikekalkan.
"Eh, stay je lah kat sini. Kak Syaf mesti nak kau ada sekali." Lisahani tersenyum kecil apabila alasan yang diberikan Syukri langsung tidak muhasabah. Syukri terkedu. Kali kedua senyuman Lisahani menjadi tatapan.
"Aku maid je. Jumpa pun tak mesra sangat. Takkan lah dia nak aku ada sekali." Alasan rendah diri memang jawapan terbaik dikala ini. Memang tak lah aku nak stay. Banyak benda lagi aku nak buat.
"Dah lah. Aku gerak dulu." Lisahani melangkah meninggalkan Syukri.
SELEPAS majlis sambutan ulang tahun Syafira berlalu, Syukri duduk semeja dengan Syafira. Berniat untuk tidur malam di situ.
"Kaklong." Syukri memanggil Syafira.
"Hmm..." Jawab Syafira. Penat. Baru balik daripada kerja, sambung pulak dengan majlis ulang tahunnya.
"Kaklong tak cakap pun maid kaklong tu student." Syukri tidak memandang Syafira untuk mengelakkan kakaknya itu mengesyaki perkara yang tidak sepatutnya.
"Kau tak tanya." Mata Syafira hampir layu. Disebabkan majlis itu, waktu tidurnya ditarik dua jam.
"Masa dia start kerja, kaklong ada mintak resume dia tak?" Soalan ini memang patut disyaki. Mata Syafira meluas secara mendadak. Hilang rasa mengantuknya.
"Kau suka dia?" Soalan Syafira menyentak jiwa Syukri.
"Kaklong ni. Adik tanya je." Syukri sendiri pun pelik dengan perasaannya dikala ini. Rasa lain macam.
"Baik kau mengaku. Kalau tak kaklong bagitahu semua orang yang kau anak manja." Ugut Syafira. Senjata anak sulung.
"Ishh, ya la. Janji kaklong jangan bagitahu orang lain. Especially, mami and daddy." Syafira hanya mengangguk tanda janji.
"Adik dah lama usha dia. Tapi tu lah, gaya dia tu macam anti dengan lelaki." Akhirnya Syukri berterus terang.
"Sebab tu kau suka dia kan?" Syafira kembali menyandarkan badannya. Bagi Syafira, Eisha lebih diterima sebagai adik ipar. Tapi tuan punya badan tidak suka. Terpaksa dipendam sahaja.
"I don't know the reason why I like her. L just like her." Syukri tersenyum tanpa disedari.
"Ya lah. Dah lah. Kaklong nak tidur. Mengantuk." Syafira melangkah menaiki tangga.
Syukri tersenyum lagi. Gambar Lisahani yang dicurinya setiap kali ada peluang dilihat. Sudah sekian lama hatinya tertutup. Namun kedatangan wanita itu sedikit sebanyak telah membuka pintu hatinya untuk mencintai kembali.
DISEBABKAN kelas dibatalkan, disaat akhir. Lisahani melangkah menuju ke studio tempat untuk berlari. Perlahan-lahan langkahnya menghampiri medan larian. Lisahani duduk mencangkung. Laluan untuk berlari disentuh.
Lisahani bangun semula. Persekitaran di pandang. Tiada orang. Tanpa berfikir panjang. Lisahani meletakkan beg di tepi dan berdiri di permulaan. Dengan kiraan 1,2,3 Lisahani memulakan larian.
Setelah merasa penat, Lisahani menghentikan lariannya. "Aduh, air pun tak bawak."
Seorang lelaki menghulurkan air yang baru dikeluarkan dari peti sejuk kepada Lisahani. "Its okay." Lisahani terus mengambil beg untuk beredar dari situ.
"Tak baik tolak rezeki." Pujuk Faizul supaya air itu diterima Lisahani. "I said it's okay." Lisahani terus meninggalkan Faizul yang masih memandangnya.
"Interesting." Senyuman terus menghiasi bibir Faizul.
Dalam perjalanan Lisahani membebel. "Kenapa aku rasa setiap kali aku nak jauhkan diri daripada lelaki, diorang semakin dekat eh? Ke nak aku jadi gatal baru ramai yang takut nak dekat. Dunia dunia."
"AND send." Senyuman sinis terukir di bibir Eisha. Damia tidak segembira Eisha buat masa ini.
"Tak baik tau. Kesian kat Lisa. Dia tak layan pun sir Faizul tu." Protes Damia. Semakin hari semakin pelik dengan tindakan Eisha. Kawan baik sendiri.
"Kau kawan aku ke kawan si Lisa tu? Don't worry lah. Lisa takkan kena apa apa pun. Aku just nak Kak Syaf tahu yang Faizul tu curang lepas tu dia bagitahu Syukri yang Lisa tu perampas. And Syukri akan datang balik kat aku." Eisha tersenyum puas. Kau tunggu lah Lisa. Kau takkan dapat Syukri. Kalau aku tak dapat, orang lain pun sama.
"How about kak Syaf datang serang Lisa. Kau macam tak tahu yang Kak Syaf tu sayang gila kat sir Faizul. Kalau jadi isu?" Tebak Damia. Eisha hanya mengangkat bahu.
"Its not problem."
"Jahat lah kau ni. Dah ex tu lupakan je lah. Kau yakin ke Syukri akan datang balik kat kau kalau dia tahu Lisa tu perampas? Yang kak Syaf pun satu. Biar je lah, Syukri suka kat Lisa. Bukan jadi masalah pun." Ujar Damia langsung tidak bersetuju dengan tindakan Eisha dan Syafira.
Vote and comment. Please don't be a silent reader...
YOU ARE READING
Mr Syukri My Lover
RomanceSlow update✓ 🌹Jangan cuba membuat aku jatuh cinta... Sekiranya cintamu hanya sementara... Jujur aku mengakui... Cinta lama mampu berputik kembali... Jadi jangan dekati dia... Dia adalah sukma pernah membuatmu bahagia... Sekiranya dia lebih baik... ...