Setahun kemudian...
Nellysa POV
Tit tit tit tit
Bunyi alarm yang kuat itu membuatkan aku terjaga dari tidur. Aku menutup alarm tersebut dan menggeliat kecil. Dan aku masih berselimut sebab pagi ini hujan so korang pun mestilah buat benda sama dengan aku. Aku menarik selimut dan menyambung tidur semula. Family aku kalau hujan-hujan ni dorang bangun pukul 9 atau 9.30 macam tu. Memandangkan sekarang baru pukul 7 aku pun tidur la balik. Nak mandi macam sejuk sangat. Bukannya tak ada heater cuma aku suka mandi air sejuk kalau pagi-pagi.
Skip
Aku dah siap mandi dan pakai baju apa semua. Sebelum aku turun bawah , handphone aku berbunyi menandakan ada notification masuk. Aku ambil handphone dan duduk bersila di atas katil. 3 messages from 1 chat. Aku tengok lagi siapa rupanya Harraz. Aku membuka chat darinya.
Aku menukar dari t-shirt putih kosong kepada t-shirt lengan panjang belang dengan palazo warna grey.
Selepas siap , aku turun ke bawah. Sampai dekat bawah aku nampak Harraz tengah sembang dengan Nazeef dan angah.
"Siap dah tuan puteri kita. Lama pakwe kau ni tunggu. " Kata angah.
"Acah la angah ni. Dia baru sampai kan? " Balas aku dan menuju ke dapur.
"Ibu. Pagi . " Sapa aku kepada ibu. Ibu memandang aku dengan senyuman.
"Pagi juga anak ibu. " Balas Ibu.
"Abah dengan along mana? " Tanya aku dan duduk di sebelah ibu.
"Dah pergi kerja. " Jawab Ibu. Aku mengangguk.
"Harraz ajak keluar ye? " Tanya Ibu. Aku menggeleng.
"Tak la ibu. Cik Zah ajak sarapan rumah dia. " Jawab aku. Ibu mengangguk.
"Mama kata rindu Nelly katanya cik. " Kata Harraz yang baru masuk ke dapur.
"Ye la. Dah lama Icha tak pergi rumah Harraz kan. " Kata Ibu.
"Makcik kami gerak dulu. " Kata Harraz. Ibu mengangguk.
"Ha ye la. " Balas Ibu dengan senyuman.
"Makcik boleh tak lepas sarapan nanti nak ajak Nelly keluar? " Tanya Harraz.
"Boleh apa masalahnya. Dah lama kan korang tak spend time sama-sama. " Jawab Ibu. Harraz mengangguk dan senyum.
"Terima kasih makcik. Kami pergi dulu ye? Assalamualaikum. " Kata Harraz. Ibu senyum.
"Sama-sama. Drive elok-elok. " Balas Ibu. Aku menyalam tangan Ibu.Skip
Aku sekarang berada di hadapan rumah Harraz.
"Jom masuk. " Kata Harraz. Aku mengangguk dan keluar dari kereta.
"Assalamualaikum. " Kata Harraz sebelum masuk ke dalam rumah. Kami membuka kasut dan letakkan di atas rak kasut.
"Waalaikumussalam. " Sahut Cik Zah dari dalam. Kami masuk ke dalam rumah.
"Mama. Kesayangan mama dah sampai. " Kata Harraz. Cik Zah keluar dari dapur sambil mendukung Haziq.
"Ha sampai dah. " Kata Cik Zah dengan senyuman.
"Apa khabar makcik? " Tanya aku.
"Alhamdulillah sihat. Kamu? " Jawab Cik Zah. Aku mengangguk.
"Sihat alhamdulillah. Hai Haziq. " Kata aku dan menyapa Haziq. Haziq terus mendekatkan badannya kepada aku untuk minta dukung. Aku mengambil Haziq dari Cik Zah.
"Manja betul Haziq dengan kamu Lysa. " Balas Cik Zah dengan senyuman.
"Saya mana ada adik lelaki Cik Zah. Saya la adik. " Kata aku. Aku mendukung Haziq yang sedang bermain-main dengan rambut aku.
"Korang tunggu la sini. Kejap lagi Cik Zah panggil makan. " Balas Cik Zah.
"Nak saya tolong tak Cik Zah? " Tanya aku. Cik Zah menggeleng.
"Tak apa. Duduk depan dengan Harraz jaga Haziq kejap. " Jawab Cik Zah. Aku mengangguk.
"Okay la kalau Cik Zah cakap macam tu. " Kata aku dengan senyuman.
"Tunggu kejap. " Balas Cik Zah. Aku duduk di bawah dengan Harraz dan Haziq.
"Dah lama tak tengok dia , makin comel eh? Geram je tengok. " Kata aku sambil mencubit perlahan pipi Haziq.
"Makin besar makin banyak ragamnya. " Balas Harraz. Aku ketawa kecil.
"Biasa lah budak kan. " Kata aku. Harraz sedang berbaring mengiring dan Haziq meniru gayanya. Comel permandangan depan aku
ni. Aku mengambil gambar mereka senyap-senyap dan post di InstagramTBC
First chapter for today ✨ Don't forget to vote and comment okay? Love ! 🦋❤️
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Kuinginkan
RomanceBOOK 2 OF CRUSHKU PENGAWAS HANDSOME Baca S1 dulu baru baca S2 senang faham Seperti di S1 , Harraz dan Nellysa sudah bercinta. Di dalam S2 ni akan menceritakan perjalanan kisah cinta Nellysa dan Harraz You have a place in my heart no one can could...