"kau okay tak?"
"dah lah, janganlah kau gatal tangan sangat nak buka plaster tu."
"tak payah, biar aku buat. kau dah lah buat kerja cuai. and then nanti jari kau yang lain luka macam mana?"
daripada tadi junkyu hanya membebel tanpa henti. aku pun tak tahu kenapa.
tadi pun aku hanya pegang kadbod sahaja, tapi dia marah. aduh, dia ni.
aku cuba untuk menolong junkyu dan perlahan-lahan menggapai gunting yang berada disebelahnya tapi gagal.
"tak payah. duduk diam, biar aku yang buatkan." dia terus sorokkan gunting tadi ke dalam poket seluarnya supaya aku tak kan cuba curi ambil.
"alah, saya nak tolong, bukannya saya nak pergi bunuh orang pun."
"i said no. jangan degil, boleh tak?"
aku hanya membalas dengan renungan yang tajam.
"kenapa sunbae nak marah-marah bila saya buat sesuatu ah? sunbae tengah risaukan hyerim ke?"
"risaukan kau? tch, kau bukannya orang yang penting pun untuk aku ambil kisah."
"habis tu, kenapa sunbae tak bagi hyerim buat semua kerja ni? ha, ha! kenapa?"
"sebab kau buat kerja lambat. biar aku je yang buat, biar cepat siap."
"hai, korang." doyoung muncul dari arah belakang junkyu.
"hai, sunbae."
"eh? doyoung? kau buat apa dekat sini? bukan kau buzy uruskan diorang ke?" junkyu kebingungan.
"aku tolong ssaem juga. by the way, korang buat kerja berdua je eh?"
"haah, aku dengan hyerim je sebab kerja kitorang senang so tak perlukan ramai orang."
"ouh i see."
"eh? hyerim? kenapa dengan tangan awak tu? awak luka ke tadi?"
doyoung risaukan keadaan tangan aku yang sudah berbalut dengan kain pembalut dan dia cuba untuk pegang tapi ditepis oleh junkyu.
"jangan pegang balutan tu, nanti terbuka balik macam mana?"
doyoung tetap dengan pendiriannya sebab dia terlalu risau dengan keadaan aku.
bila doyoung sentuh tangan aku, diorang saling berpandangan dan merenung antara satu sama lain.
o— okay.. so diorang akan bergaduh ke nanti? am i right?
"k— korang janganlah gaduh."
"kitorang tak gaduh." doyoung cepat-cepat menafikan bahawa diorang berdua sebenarnya hampir bergaduh.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐈𝐂𝐊𝐘 𝐍𝐎𝐓𝐄 || 준규
Fanfiction⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ give love letter? nah, that's too cliche. cuba bagi dia sesuatu yang jarang orang lain buat. maybe dengan cara tu, akhirnya dia dapat tahu tentang kewujudan aku? © thesky_hoon ◩ start: 3/3/2021 end: 6/4/2021