INFORMATION EDIT STORY

504 9 2
                                    

Hai, semua. Lama dah tak bersua.. hehe.. okay, bella nak bagitahu. Cerita BAHAGIA YANG TERTUNDA atau dikenali sebagai DIA ISTERI AKU akan dihold. Bella dalam proses menulis semula dan perbaiki jalan cerita , bermula semula dari cerita GIRL ANNOYING AKU atau dikenali LOVE TO HATE. For your information, Bella minta maaf sangat² sebab 💯 jalan cerita berubah tak sama. Setelah bella tengok dan hadam sendiri, banyak kesilapan yang berlaku dalam jalan cerita dan membuatkan kekeliruan. Insyaallah lepasni, tidak akan ada kekeliruan. Harap awak² semua masih setia dan sudi menunggu. Buat masa sekarang baru 5 chapter yang terhasil, banyak lagi idea baru yang perlu dipikirkan. Insyallah Bella janji takkan hampakan korang lain :) thanks yang selalu support bella dari mula. Bila jalan cerita baru hampir siap sepenuhnya, bella akan unpublish kedua-dua cerita ini. Bella sajikan sedikit sinopsis baru yang dah siap.

SINOPSIS LOVE TO HATE aka GIRL ANNOYING AKU

Selalu orang kata kalau si puteri berjumpa dengan si putera mesti akan terjadi hal romantik tetapi bukan hal romantik untuk Puteri Aira Alisya. Baginya pertemuan antara dia dengan Tengku Rayyan Haydar hanyalah membawa masalah dalam hidupnya.

"Kau fikir aku tak penat ke? Asyik kena serang dengan peminat kau yang serupa psycopath tu!"kata Puteri Aira lalu mendengus kuat.

Siapa je tak penatkan, disebabkan keakraban mereka TERSANGAT yang terlihat oleh orang lain dianggap mereka memiliki hubungan special. Haha... Rapat? Special? memang spe'SIAL' sangat.

Tapi orang kata jangan benci sangat nanti cinta, yeke? And then kalau benci so cinta, gitu? Lawak. Namun, disebabkan tanggapan yang dianggap remeh oleh Puteri Aira Alisya akhirnya membuatkan dirinya kelu apabila sesuatu terjadi keatas dirinya.

"Aku benci kau! Jangan pernah kau muncul depan aku lagi, sebab Aku tak teragak-agak untuk bunuh kau!"amaran keras oleh Puteri Aira Alisya.

"Aku tak mintak pun semua ni jadi Aira. Sumpah! Demi Allah! Bukan aku yang sengaja buat semua ni, aku kena perangkap. Tolong percaya aku..."pinta Tengku Rayyan Hayder.

Apabila sesuatu yang diharap tak berjalan mengikut kehendak hati si DIA hanya akan menambah bara api kebencian yang makin membakar diri. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan sasaran terkena umpan walaupun hanya sebuah kesia-siaan.

"Dia milik aku dan selamanya milik aku. Kau cuma kambing hitam malang yang terjatuh dalam perangkap aku, bodoh! Salah kau sendiri sebab masuk campur hal aku"kata sinis si DIA.

Bisikan syaitan yang memenuhi ruang hati hanya menimbulkan keraguan yang mendalam dalam diri si putera sehinggakan rasa percaya kepada si puteri makin hilang. Disebabkan keraguannya akhirnya memakan dirinya sendiri. Pedih. Sakit.

Apa yang terjadi sehingga membuatkan si puteri terlalu membenci si putera? Apa yang membuatkan si putera meragui si puteri? Bahagia atau derita di penghujung? Saksikan...

B1:LOVE TO HATE[COMPLETED]Where stories live. Discover now