𝐋𝐓𝐇 26

3.5K 165 4
                                    

Harini hari perkahwinan aku dan ryan.Aku cuba membantah,tapi mama tetap cuba memujuk aku untuk kahwin dengan ryan.

Marah?ye,aku masih marah pada ryan.Aku rasa takut setelah apa yang dia buat pada aku.Benci?hmm..tak semudah itu aku mampu membenci dia.Cinta?hati aku mungkin sudah tawar sedikit.

El dengan jiha dah tahu pasal aku dengan ryan.Depe terkejut jugak.

Aku melihat ryan memegang tangan tok kadi.

"Aku nikah kan dikau dengan Tengku Aira Alisya Binti Tengku Faris dengan mas kahwin 20 Ribu Ringgit Tunai"-kata tok kadi.

Aku melihat muka ryan dah berpeluh-peluh.Hmm..

"Aku terima nikah Tengku Aira Alisya Binti Tengku Faris dengan mas kahwin 20 Ribu Ringgit Tunai"-lafas ryan.

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulilah"

Semua menadah tangan apabila tok kadi membaca doa.

"Amin.."

Selepas habis membaca doa.Ryan membaca taklik nikah.

"Saya Tengku Aryan Ezryl mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya Tengku Aira Alisya selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan,dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya,kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk"-kata ryan jelas.

Selepas membaca taklik nikah,ryan menyerahkan kertas itu kepada tok kadi.

"Kawan aku ni,dah jadi isteri orang dah"-kata el yang duduk sebelah aku.

"Hmm"

"Kau masih marah ryan?"-tanya jiha.

Aku hanya diam.

"Aku tak rasa semuanya salah ryan,yes memang betul dia rosakkan kau.Tapi aku tak rasa dia yang nak semua ni,aku rasa ada orang yang cuba perangkap ryan.Tapi sebaliknya kau yang kena"-kata jiha lagi.

"Betul tu"-kata el pula.

"Ntah la,aku sendiri tak tahu"-balas pendek aku.

Ryan datang kearah aku dengan kotak cincin.

Ryan duduk menghadap muka aku,dia mengeluarkan cincin dari kotak.

"Tangan,awak"-minta ryan.

Aku menghulurkan tangan arah ryan.Dia menyarungkan cincin pada jari manis aku.Dan aku pula menyarungkan cincin pada jari dia.

"Isya..salam la tangan ryan tu"-arah mama.

Aku mengambil tangan ryan lalu salam.Dan ryan mengucup dahi aku.Photographer menangkap gambar kami.

Selepas itu,kami melayan tetamu.Majlis ni buat secara tertutup.Cuma ahli keluar belah aku dengan ryan je yang ada dan juga kawan-kawan aku dengan ryan.

Aku pergi kearah el dengan jiha.

"Korang tak makan ke?"-tanya aku.

"Nak makan la ni,aku tunggu si rid ni"-ujar el.

"Aku tunggu el la,gatai nak tunggu rid"-kata jiha pula.

"Ooo"

"Wehh aira,aku dengan el ada hadiah untuk kau"-kata jiha.

B1:LOVE TO HATE[COMPLETED]Where stories live. Discover now