Bibir Natasha disapu dengan lipstik, kemudian wajah isteri kesayangannya itu dimekap."Cantik." Natasha senyum memandang cermin.
Anatoly membalas senyuman Natasha.
"Kasut." Natasha memandang ke arah but berwarna merah.
Anatoly menepuk dahi. Terlupa memakaikan kasut buat Natasha. Kasut kesukaan Natasha.
Anatoly menyarung but di kaki Natasha.
Natasha senyum lebar. Anatoly bangun.Tubuh Natasha didukung. Diletakkan di atas sofa di hadapan TV, kemudian Anatoly duduk di sebelah Natasha. Mereka menonton filem bersama-sama.
Hanya seketika Natasha menonton rancangan kegemaran mereka. Kedengaran suara Natasha mengeluh.
Anatoly memandang wajah Natasha. Muram. Matanya bergenang dengan air mata.
"Kenapa Natasha?"
"Sunyi..."
Anatoly mengeluh. Dia juga berasa sangat sunyi. Hidup bersama Natasha selama 9 tahun, pasti Natasha juga terasa sunyi.
Tambahan lagi, sudah banyak kali Natasha mengadu kepadanya, dia sangat kecewa apabila ibu bapa Anatoly tidak melayannya, malah mereka berlagak seolah-olah Natasha tidak wujud.
Anatoly sedih mendengar keluhan Natasha. Dia tahu Natasha bukan mereka cerita untuk meraih simpati. Semua yang diceritakan Natasha benar belaka. Berlaku di depan matanya sendiri.
Kedua-dua ibu bapanya memang tidak mempedulikan Natasha. Sewaktu makan, Natasha langsung tidak dijemput, sudah 9 tahun begitu, Anatoly tidak mampu menegur ibu bapanya.
Tetapi dia bersyukur, walaupun dilayan begitu, Natasha masih setia disisinya.
Anatoly sedar dia bukan kaya, dia tinggal bersama ibu bapanya di sebuah unit pangsapuri yang kecil.Mereka sebenarnya mahu mempunyai keluarga lebih besar. Walau bagaimanapun, pihak kebajikan Rusia menolak permohonan untuk mengambil anak angkat kerana faktor kewangan yang tidak kukuh.
"Jangan risau sayang. Nanti aku usahakan..."
Mata Natasha ditatap lama. Lega dia melihat senyuman Natasha.Dia harus berbuat sesuatu. Dia mahu Natasha mempunyai rakan untuk bergelak tawa saat dia bekerja.
Seminggu kemudian, Anatoly pulang membawa beg.
YOU ARE READING
My Special Bride
HorrorDemi cinta pada Natasha, Anatoly membawa pulang mayat kanak-kanak yang diawet sebagai peneman Natasha yang sunyi kerana tiada zuriat. Hari berganti hari, teman buat Natasha semakin bertambah. Natasha juga semakin gembira. Adakah kebahagiaan mereka...