Teaser 1

266 24 8
                                    


Hai, Si Cantikkk! Ya saya lah tuuu! Ahaksss!

Okay, Teaser 1 di bawah.

Happy Reading!

• • •


SELESAI solat tarawih Anggun pulang sendirian memandangkan dia sakit perut dan adiknya sudah balik ke rumah terlebih awal. Yang lain masih di masjid. “Aduh, masa ni la jalan sunyi bagai. Aku dah la sakit perut. Muncul jembalang mana, mahu terberak kat sini.” Perutnya diusap.

Jalan yang menuju ke rumah Tok Wan sungguh sunyi hanya bertemankan lampu tepi jalan. “Bulan puasa ni mana muncul jembalang semua tu,” sampuk satu suara garau.

“Argh!” Anggun yang masih bertelekung sudah mengangkat kain telekungnya menutupi wajahnya.

“Awak yang macam hantu sekarang ni.”

Anggun mengintai pemilik suara itu. Kasyaf.

“Awak ni tak reti bagi salam ke? Kalau saya pengsan tadi macam mana?”

“Pengsan ke? Bukan tadi awak cakap akan terberak ke?”

Anggun jeling lelaki itu sekilas.

“Apa-apa jelah.” Anggun meneruskan langkahnya. Manakala, Kasyaf mengekorinya dari belakang.

“Yang awak ikut saya ni kenapa? Takde kerja ke?” Anggun mencekak pinggang.

“Laa... saya nak balik rumah Tok Wan la. Yang awak perasan saya ikut awak kenapa?”

Anggun berdeham. “Huh! Jalan jauh-jauh sikit. Nanti orang kita ni dating pula. Kenal awak pun tak.”

“Kenapa? Awak nak kita dating senyap-senyap ke?”

“Gila eh?”

“Mungkin.”

Anggun menherotkan senyumannya lalu membuka langkah seluas yang boleh. “Hati-hati, nanti terkoyak kain tu, habis saya dapat free show.”

“Eiiii! Pervert!”

Kasyaf hanya menjongketkan bahunya. Anggun pula semakin jauh ke hadapan kerana seriau dengan lelaki itu. “Awak cantik la.”

“Pervert!”

“Aik? Puji cantik pun dicop pervert?”

“Ha’ah.”



Feel free drop your comment!
Teaser 2 sooon!






Jodoh RayaWhere stories live. Discover now