Teaser 2

179 20 0
                                    

Hello sayanggg!
Ready baca Teaser 2, Baby JR?

Ada goooood news hari ni, make sure baca sampai habis tauu!

Happy Readinggg!

• • •

Anggun menyusun barang di bahagian but kereta bersama Kasyaf manakala Nabila awal-awal lagi sudah masuk ke dalam kereta kerana panas. Menjengkelkan. Ingat dia tu puteri lilin ke?

Kemudian, Anggun membuka pintu penumpang. "Kau buat apa duduk sini?" Sakit pula hati melihat Nabila sudah duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu.

"Duduk belakang tak rasa aircond la, Anggun. Panas tahu tak? Kau duduk jelah kat belakang." Selamba Nabila berkata sedemikian. Walhal sebenarnya dia mahu duduk berdua dengan Kasyaf.

Sinaran matahari yang panas bersama tekaknya yang sudah haus tambah pula peluh merenik, Anggun genggam buku limanya. "Ni kereta kau ke kereta aku? Baik kau keluar sekarang sebelum aku tarik kau keluar, Bella!" Dia tak ada masa nak berlembut dengan sepupunya sekarang ini. Tiada.

"Alaa apa masalahnya? Kau duduk jelah belakang." Nabila masih tidak mahu mengalah. Kasyaf yang duduk di tempat pemandu mula memandang wajah Anggun yang sudah kemerahan.

"Bella, awak duduk jelah belakang."

"No. I'm so hot right now, Kasyaf. Kereta capuk dia ni bukannya rasa sangat aircond."

Mata Anggun menikam figura Nabila. Berani betul mulut Nabila menghina kereta Myvi miliknya? Kereta capuk? Anggun menarik nafas beberapa kali dan menyinsing lengan bajunya. Kasyaf yang sedar akan hal itu, tidak sempat menghalang tindakan Anggun seterusnya.

"Kau keluar!" Lengan Nabila ditarik, kuat. Terus tubuh kecil Nabila ditolak kasar dan hampir mahu jatuh terduduk. Nasib Nabila sempat mengimbangi badannya.

"Kalau rasa kereta aku ni capuk sangat, tak payah naik. Aku tak suruh pun dan aku tak ingin pun. Jijik sebab kuman kau dah merata dalam kereta aku ni. Geli tahu tak? Capuk macam mana kereta aku ni sekalipun, aku beli guna duit titik peluh aku, bukan macam kau... kereta je kereta hutang. Puih!" Puas hati Anggun.

Anggun menerobos masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup rapat. "Lock," arah Anggun.

"Hah?"

"Kunci kereta cepat." Dengar saja suara keras Anggun, Kasyaf terus lock pintu kereta.

Nabila yang ingin cuba membuka pintu bahagian belakang terus mengetuk beberapa kali. "Buka pintu ni! Anggun!"

Any comment? Drop it down!
I would love to read it 💜

Pre-Order ebook telah dibuka. Scroll down untuk info lebih lanjut 😆🤪

#BabyJR

Jodoh RayaWhere stories live. Discover now