Kasut tumit tinggi berbunyi memecah kebisingan di dalam kafe. Dia menutup pintu rapat. Tentera nama Shadrina Hazrein Room. Bilik yang dia banyak meluangkan masa hal kafenya mencurahkan segala idea dan kasih sayangnya pada kerjaya dia. Kafe itu dibina dengan bentuk kontemporari. Hiasan dalamanya sungguh mendamaikan dengan konsep perpustakaan di penuhi sepanjang dinding. Rak-rak buku hanya dijarakkan dengan tingkap. Di tambah pula dengan hiasan pokok-pokok kecil dan besar. Seperti di dalam rumah Hobbit.
Perlahan-lahan dia menuruni tangga lalu tangannya menari-nari di pemegang tangga itu. Bag tangan Charles & Keith Canvas Metallic Turn- Lock berwarna coklat terhayun lembut mengikut langkahnya. Istimewanya kafe perpustakaan ini akan memainkan lagu-lagu yang terkenal pada tahun 90-an dan lagu-lagu lama. Lagu Peterpan Menghapus Jejakmu dimainkan di dalam kafe tersebut.
Terdapat sekumpulan pelajar perempuan yang berborak sambil ketawa riang. Mereka gembira. Terdapat juga pasangan kekasih yang meluahkan masa bersama dan yang berseorangan juga ramai. Sesuai kepada pencinta buku, keindahan alam dan pengemar minuman kafein dan bukan peminat kopi.
Kakinya terus melangkah menuruni tangga tersebut. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada pelanggan yang baru memasuki kafe. Beralih kepada barista yang cekap menyediakan latte. Siap sahaja dia terus menuang susu bagi melakukan corak pada bahagian atas. Berbentuk daun. Aksi kedua barista seterusnya meletakkan strawberi yang dihancurkanmenjadi puri manis dan menuang susu penuh krim ke dalam bekas air setelah diletak ais ke dalamnya. Bunyi ais yang diletak menaikkan lagi suasana cafe tersebut. Lagi dua Barista sedang sibuk menyediakan banana fresh milk dan meletakkan croissant serta vanila slice with raspberries di atas pinggan. Kafe ini juga menyediakan makanan sarapan, makanan tengah hari dan malam. Makanan berkonsepkan westen dan juga masakan melayu. Kafe ini di namakan Write on Book & Coffee.
"Ok...Ruzain nanti apa-apa inform dekat saya ok. Saya nak keluar sekejap..make sure semua ok ye". Pesan Hazrein kepada salah seorang Barista di situ. Ruzain senyum dan mengangguk faham.
Terik panas pada pukul 11.00 pagi mengaburi wajah lelaki yang ingin memasuki kafe itu. Loost blazer berwarna kelabu dan seluarnya wide loost juga berwarna sama serta t-shirt putih dan kasutnya yang dipakai ialah white adidas Original Superstar. Begitulah penampilannya. Kelihatan kemas dan kacak.
Lonceng pintu berbunyi lalu dia menolak untuk masuk ke dalam. Pandangan mereka bertemu. Hazrein terpana dan telinganya seolah-olah tergiang-giang sesuatu nama.
" Saya Dhamin".....
Hazrein perlahan-lahan keluar dari cafe. Dia cuba untuk mengingati semula namun hatinya menidakkan apa yang dirasa. Fikirannya bercelaru sehingga dia sampai di depan jalan raya untuk melintas. Lampu isyarat masih berwarna hijau untuk kereta. Hala tujunya juga untuk bersiar-siar di jualan pasar malam.
Tanpa sedar kakinya melangkah walaupun belum masa pejalan kaki dibenarkan berjalan. Bag tangan yang dipegang kemas di tarik kuat. Jantungnya laju berdegup. Seolah-olah baru tersedar dari khalayan.
" Kalau awak tak sayang nyawa awak....ada orang sayang nyawa awak".
Wajah Dhamin memenuhi segenap ruang anak mata Hazrein. Hazrein tergamam dan baru tersedar.
" Saya ingat dah lampu hijau". Balas Hazrein gagap.
" Merah dengan hijau tu tak sama". Kata Dhamin agak serius.
" Owh okay... terima kasih lepas ni saya berhati-hati".
"Saya tahu awak ingat saya". Kata-kata Dhamin membuat Hazrein memandang ke belakang dengan pantas setelah berniat untuk meninggalkan lelaki itu.
Tak mungkinlah. Seriuslah dia?. Kata Hazrein dalam hatinya.
"Eh hijau jalanlah". Pantas Dhamin melintas jalan raya itu. Di memandang semula ke arah wanita itu yang masih tidak bergerak.
YOU ARE READING
Ada apa dengan kita
RomanceShadrina Hazrien seorang pemilik cafe terkenal disahkan menghidapi Post-Traumatic Stress Disorder disebabkan tinggal dalam broken family dan konflik bapanya yang curang terhadap ibunya dan sikap bapanya tidak melambangkan sifat kelakian. Menyebabkan...