Cerita disebalik cerita

17 0 0
                                    

Arghh!!! Terdengar jeritan yang kuat menyentak Hazrein dari tidurnya. Matanya menjadi segar setar-metar. Dia menyelak selimutnya lalu berlari keluar dari biliknya. Rambutnya ikal mayang itu terbuai mengikut rentak lariannya.

"Puas kau cerita dekat semua adik-beradik kau?".

Datin Aini memandang wajah suaminya dengan penuh amarah yang tersimpan.

" Ye memang aku puas...puas aku.. semua orang tahu perangai kau..biar semua tahu kau lelaki jenis macam mana! ".

Datin Aini kelihat sudah meroyan. Tidak lagi terpancar sinar sayangnya pada suaminya di dalam anak matanya. Malah rasa benci yang meluap-luap.

Merah muka Datuk Isa yang cuba menahan rasa sakit hatinya dengan kata-kata isterinya itu. Dadanya pula sudah turun naik.

" Kenapa kau buat aku macam ni Isa? Kenapa Isa...orang lain susah senang sama-sama tapi kau... apa yang kau buat?"

Datin Aini separuh merayu. Namun yang peliknya tiada air mata yang jatuh. Dia kecewa dan sangat sedih. Dia kelihatan seperti berperang dengan dirinya. Tidak ada perempuan yang tidak akan sedih apabila suaminya curang dan kaki perempuan. Melakukan perkara terkutuk sini-sana Suka berfoya-foya sehingga lupa tanggungjawab diri.

Datuk Isa memandang isterinya itu dengan padangan yang bongkak.

" Apalagi kau nak ni....hah? Kau bising-bising dekat telinga aku pagi-pagi buta ni. Tak cukup ke apa yang aku bagi dekat kau selama ni? Kau nak apa?".

"Apa? Kau tanya apa yang aku nak? Apa yang aku nak? Sampai hati kau buat aku macam ni Isa...Apa salah aku dekat kau Isa sampai kau sanggup buat aku macam ni?". Tiada lagi kudrat yang dikandung oleh wanita itu untuk gagah berdiri.

Dia merangkak dan melutut di hadapan suaminya itu.

"Ye..memang aku ada perempuan lain!. Tengkingnya mengejutkan Hazrein.

Kata-kata itu diungkap tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Aku banyaklah perempun lain. Bukan dia je....kau ada apa je? Kau boleh bagi apa dekat aku?".

Dia menghela nafas kasar.

"Kau boleh bagi apa dekat aku? Duit boleh ke? Tak ada semua ni aku punya aku bagi dekat kau...jadi ikut akulah apa aku nak buat". Katanya membabi-buta tidak berfikir dahulu sebelum berkata-kata.

Datuk Isa pantas bereda dari ruang tamu itu. Datin Aini mula terdiam hanya air matanya mula menitis.

Hazrein menekup bibirnya dengan tangan kanannya. Air matanya mula menitis satu-persatu jatuh mengena baju tidurnya. Tidak dapat digambarkan betapa pilunya hatinya yang perlu mendengar kata-kata yang cukup menghiris hati sesiapa yang mendengarnya. Perlu menyaksikan kelakuan bapanya yang lansung tidak lagi menghormati ibunya.

Dia menahan suara tangisannya dari didengari. Dia terduduk menangis dalam diam di sebalik dinding tangga yang memisahkan mereka diruang tamu itu. Tangan kirinya meramas kuat seluar tidurnya. Hatinya sakit dan pedih.

Dia hanya pelajar tingkatan dua. Berumur 14 tahun. Masih remaja. Masih ingin membesar. Segala yang terjadi seperti samar-samar di ingatanya. Dia tidak tahu ingin melakukan apa-apa.

Pada berumur begini dia perlu melihat perbuatan jijik bapanya. Hatinya sakit, pedih dan takut untuk melakukan sebarang tindakan melulu. Takut dia pula akan di apa-apakan oleh bapanya. Lagi menyakitkan dia tidak mampu melalukan apa-apa untuk membela ibunya. Adakah dia salah sekiranya tidak menolong ibunya? Adakah dia berdosa tidak menolong ibunya?.

Hazrein bingkas bangun. Perlahan-lahan dia menuruni tangga itu dengan langkah yang longlai. Hidungnya merah. Dia seperti tidak terasa lagi kaki dan tanganya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 14, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ada apa dengan kitaWhere stories live. Discover now