Pertemuan yang indah

17 0 0
                                    

Dhamin melihat jam tangannya menunjukkan telah pukul 6.00 petang. Lama juga mereka makan di taman sbelah pasar malam itu. Dia merenung Hazrein yang sedang menikmati makanannya sambil meyedut air badung itu. Dhamin tersenyum. Apa yang dilalui ini tidak pernah terfikir tambahan pula mereka hanyalah stranger dan baru sahaja kenal.

" Jom saya hantar awak balik ". Dhamin bingkas bangun dari duduknya.

Hazrein kelihatan gelabah lalu dia juga bangun.

" Tak apa.....saya boleh balik sendiri".  

" Eh...dah nak malam saya hantar awak je"

" Tak apa...kan saya kata saya boleh balik sendiri. Lagi pun bukannya pukul 12.00 malam pun".

Hazrein pantas mengorak langkah seperti tidak ada apa-apa. Dhamin hanya memandang sahaja. Perlahan-lahan kakinya mengejar Hazrein.

" Saya tahu jalan sini ke cafe awak agak gelap and tak ada orang. Tapi awak tetap nak jalan sorang. Kenapa?". Mata Hazrein kelihatan kuyu apabila kata-kata Dhamin didengari. 

" Mana ada....gelap sikit je. Saya dah biasalah tempat ni. Tak ada apa-apa pun". 

" Saya tahu beza orang menolak sebab takut dengan lelaki yang stranger atau dia tolak sebab dia boleh buat sendiri".

Hazrein terdiam.

" Saya tahu awak tak takut dengan saya". Dhamin mendekati Hazrein lalu berdiri di hadapan wanita itu.

Mata Hazrein terus- menerus memandang wajah Dhamin dengan pandangan ingin tahu. Perasaan dia kuat ingin tahu apa yang lelaki itu tahu. 

" When someone give respect in care don't refuse...let yourself in need ".

Hazrein mula menunjukkan reaksi muka yang tidak senang dengan Dhamin.

" Apa yang awak tahu?". 

" Saya mungkin tak tahu apa-apa.....tapi saya tahu awak bukan macam perempuan lain ".

Kata Dhamin lembut. Hazrein masih memandang wajah lelaki itu dan terus berjalan meninggalkan Dhamin di belakang. 

" Awak naik Grab kan tengah hari tadi?". 

Sejurus mendengar kata-kata itu dia pantas pusing kebelakang memandang Dhamin. Seolah-olah tidak percaya apa yang didengari.

" Saya tahu sebab saya rasa macam ternampak awak keluar dari Grab dekat dengan Cafe. Saya pulak ada kerja dengan area situ".

Dhamin pantas memicit kunci keretanya lalu membuka pintu kereta Audi RS Q8. Menghantar satu pandangan yang lembut ke arah anak mata Hazrein. Hazrein perlahan-lahan melangkah ke arah kereta itu dan memasuki ke dalamnya. Dhamin pun menutup pintu kereta itu lalu menghidupkan enjin. Mengaum bunyi enjin kereta sporty itu keluar dari kawasan taman itu. 

Dhamin perlahan-lahan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah agam. 

" Terima kasih sebab hantar saya". Hazrein membuka tali pinggang keledar itu.

" Sama-sama". Lembut Dhamin membalas.

Dhamin melihat Hazrein berlalu ke arah rumahnya.

" Eh bagilah aku air tu! Bak sini". Rampasnya air itu dari seorang wanita.

Mata Hazrein memandang wajah lelaki berumur itu disebalik pagar rumahnya dengan pandangan amarah yang di tahan-tahan. 

" Aku ada semua...aku ada bini, anak. Kereta semua ada....apa je aku tak ada". Kata lelaki itu dalam keadaan mabuk. 

Terdapat lebih kurang wanita berpakaian seksi disebelahnya sambil menuang arak ke dalam cawan lelaki tua itu. 

" Tapi....kenapa tu perempuan tu dia tak boleh terima semua hah? Aku bagi dia semua tapi dia tetap keja marah aku je". Matanya menjadi kuyu lalu menunjukkan ke arah biliknya bersama isterinya. 

Lalu dia terpandang Hazrein yang berdiri tegak di sebalik panggar rumahnya. Dia ternyum bodo.

" Eh...anak aku! Balik pun kau aku ingat kau tak tahu balik rumah....ingat kau dekat aku hah?". Katanya sambil terhuyung-hayang badannya sambil ketawa besar.

" Kau ni...dasar anak tak guna! Anak derhaka....mungkin anak sial sama macam mak kau dekat atas tu!". Katanya sambil menunjuk-nunjuk dengan cari telunjukkanya. Sudah gaya seperi orang gila. 

Hazrein pantas bereda dari situ. Dia hampir terlanggar Dhamin. Entah bila lelaki tiu turut dari keretanya. Dia mengelak pandangan lelaki itu kereta matanya kelihatan berkaca-kaca. Dia pantas berjalan laju meninggalkan lelaki itu. 

Dhamin menarik tangan Hazrein.

" Lepas! Awak tak tahu haram ke?". Kata Hazrein dengan sedikit bongkak. Matanya semakin merah. 

Tanpa berkata apa Dhamin menghulurkan sapu tangan kepada Hazrein. Hazrein menjeling ke arah Dhamin. Dia kelihatan marah dan sakit hati.

" I hate receiving love. It's make me weak!". Tempelak Hazrein kasar. Air mata mula mengalir membasahi pipinya yang putih mulus itu. Berjuraian air matanya.

Dia merampas sapu tangan itu lalu dilempar sembarangan. Dhamin hanya menunduk diam dan menghelas nafas berat.   

" Kenapa awak menyibuk datang sini? Awak nak apa? Awak ingat awak siapa". Soal Hazrein kasar sambil memandang anak mata Hazrein. 

" Siapa awak untuk tengok semua ni? Kenapa awak?". Tutur Hazrein dengan suaranya yang begetar. Perlahan-lahan mula terdengar suaranya menangis teresak-esak. 

Dia perlahan-lahan tersandar di dinding batu di sebalik panggar rumah. Terduduk di bawah menutup wajah yang begiru banyak mengalir air mata.

Dhamin perlahan-lahan duduk di sebelah Hazrein. Biarlah malam ini menjadi saksi pertemuan indah ini bagi segala pertemuan hidup mereka. 

Ada apa dengan kitaWhere stories live. Discover now