Andai kita dijodohkan untuk bertemu pada waktu lepas
Aku perempuan yang tidak bahagia
Aku akan dilayan seperti sampah
Kau teruna berdarah muda
Aku perempuan mentah naif
Menurut segala perintah jahat
Kerana ianya jalan cerita yang buruk
kita telah ditakdirkan untuk bertemu pada waktu ini
Kita berdua telah mengenal erti hidup
Telah melihat realiti kehidupan
Kenal apa itu cinta dan sayang
Kita tidak dijodohkan pada waktu lalu
Kerana kau masih seorang gangster
Aku masih dilandasan yang salah
Masih melakukan kesalahan yang besar
Kita masih digoda dengan duniawi
Aku bersyukur mengenali diri kau yang sekarang
Sudah merasai suka duka sakit perit
Sudah dikecewakan oleh seorang yang kau sayang
Supaya kau tidak melakukan kesalahan yang sama
Kalau dulu kau hanya mengarah
Sekarang kau bersusah payah
Kalau dulu kau terbang tinggi jatuh sakit
Sekarang perlahan kayuh naik bukit
Semoga kau lah jodoh ku
Aku yakin kenapa kita tidak dipertemukan dahulu
Sedangkan kita berhimpun di padang yang sama
Kita diajar oleh cikgu yang sama
Malah kita saling berselisihan bahu di koridor kelas
Adalah kerana ketika itu kita masih syaitan