Harga

7 0 0
                                    

pernah tak kau rasa tersia ?
bila kau menanti dengan penuh sabar
kau menahan tidur menunggu panggilan
sehingga kau terlena hingga ke pagi
tanpa panggilan yang dinantikan

harapan kau tinggi
menantinya pulang untuk meluang masa bersama
tapi dicantas begitu saja
pergi bersama teman sehingga larut malam
yang mana dia tahu kau sedang menunggu
dan hanya memberikan sepotong ayat bahawa dia sudah pulang
setelah jam sudah 3 pagi
sedarlah ianya sia sia sahaja
kerana hatinya telah tawar 

kau cuba untuk faham keadaannya
namun adakah dia cuba untuk faham keadaan kau
dia kata tak sanggup menolak rakan baik sendiri
tapi sedarkah dia telah menolak kasih sayang kau terlebih dahulu
walau sekali dia melakukan kau seperti itu
percayalah dengan sekali itu mampu berkekalan selamanya
rasa tawar itu tetap tersimpan
akan ada suatu masa kau tidak akan pernah suka
jika dia berkata akan pulang lewat
disitu kau seharusnya sedar kau telah diabaikan
sesungguhnya masa itu benda yang paling berharga

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TerakhirWhere stories live. Discover now