SR | DUA

33 4 24
                                    

BUNYI tapak kaki kedengaran sedang bergegas memasuki sebuah bilik yang kelihatan luas dan muat untuk puluhan manusia. Salah seorang pemilik tapak kaki yang berlari itu segera membawa keluar satu kertas sejenis bulky lalu dibentangkan di atas meja bulat yang sudah tersedia ada di dalam bilik itu.

"Pemilik jantung mawar merah sudah menunjukkan diri!" kata salah seorang gadis yang mengelilingi meja bulat. Tangannya menghala ke atas kertas yang sedang memancarkan cahaya bulat berwarna merah.

"Kau yakin ke, Hwiso? Dia pemilik sebenar jantung mawar merah? Sebelum ini sudah banyak penyamar yang kita jumpa. Bagaimana jika kali ini juga serupa?" Seorang gadis kurus dan berambut pendek seperti lelaki bertanya. Benar apa yang dia kata, sudah banyak penyamaran pemilik jantung merah mereka berlima tangkap. Jika kali ini juga sama, sia-sia saja mereka pergi untuk mendapatkannya!

"Hati aku benar-benar yakin. Kali ini bukan si penyamar lagi, Jieun." Na Hwiso sebagai ketua menanda noktah terhadap firasat yang sedang dirasai ketika itu. Sudah namanya ketua, empat orang lain terpaksa akur dan ikut saja.

Jung Jieun hanya mengangguk tanda mengerti sebelum seorang lagi rakan mereka membuka bicara.

"Akhirnya! Pemilik sebenar jantung mawar merah sudah kembali! Tidak perlu kita bersusah payah melindungi jantung itu lagi jika tuannya ada bersama. Kota ini hampir hancur disebabkan jantung mawar tak guna ini!" Kang Rihyo menayang mimik muka menyampah. Sunguh dia berharap firasat Hwiso adalah benar! Dia sudah tidak sabar mahu menyerahkan jantung mawar merah itu kepada tuannya! Disebabkan jantung itu, mereka berlima terpaksa berkorban nyawa.

"Itu sudah tugas kita, Rihyo. Tinggal kita saja pahlawan yang ada di kota Scarlet Tower! Kau juga sudah lupakah taat setia yang pernah kau ikrarkan dahulu?" tanya Hwiso dan meninggikan sedikit nada suaranya. Renungan matanya menajam ke anak mata Rihyo. Gadis berbadan sedikit gempal itu memang tiada perasaan bertanggungjawab atas setiap butir bicara yang dikeluarkan daripada mulutnya! Dia sudah lupakah? Dia juga mendapat gelaran pari-pari sihir yang berkuasa disebabkan kesanggupan dia untuk menjadi pelindung kepada jantung mawar merah itu!

"Sudahlah, kau berdua mahu bergaduh lagikah? Kita sudah tiada masa mahu berbalah seperti anak kecil! Kota kita semakin galak dimusnahkan begitu saja. Daripada kau berdua bergaduh lebih baik jika..." Gadis berbadan genit cuba menghalang pergaduhan di antara Hwiso dan Rihyo. Tetapi, kata-katanya dipotong Rihyo.

"Jangan kau cuba memberi nasihat. Kau juga apa kurangnya!"

Rihyo menjeling Qin Minjung, si gadis genit itu. Selang beberapa minit dia menjeling Hwiso pula. Sikap tegas Hwiso dan sentiasa memegang prinsip tanggungjawab adalah keutamaan setiap pari-pari sihir membuatkan Rihyo tidak sebulu dengan ketua mereka itu. Rihyo dikenali dengan sikap keras kepala dan tidak suka diarah-arah. Sungguh jauh beza, bagai langit dan bumi saja!

"Kalian!" Tiba-tiba halwa telinga mereka menangkap bunyi suara jeritan di bangunan Scarlet Tower itu.

"Api! Api! Musuh sedang menyerang Scarlet Tower! Kita akan mati!"

Kelima-lima gadis itu mula berpandangan sesama sendiri dalam keadaan cemas.

"Scarlet Tower akan musnah pada bila-bila masa! Kita harus berpecah dan bawa jantung mawar merah bersama," Hwiso yang sudah sedia berpakaian pahlawan hanfu berwarna merah berserta pedang di belitan pinggang bersuara nyaring memberi arahan.

"Kau sudah gilakah? Jantung mawar merah cuma ada satu! Kita ini berlima." sampuk Rihyo berbanding tiga orang yang lain. Rambutnya pendek separas telinga cuba diselitkan ke belakang telinga sebelum berpeluk tubuh. Wajah angkuhnya ditayang.

"Kita tiada waktu untuk merugut! Kita berlima penjaga jantung mawar merah. Kedudukan Scarlet Tower sudah diketahui pihak musuh! Kemungkinan besar pemilik jantung mawar merah berada dalam keadaan bahaya!" Minjung pula menyuarakan kebimbangannya kepada mereka yang lain. Renungan Rihyo dibalas dengan tajam.

"Jadi kalian tunggu apa lagi? Kita semua harus berpecah dan kita akan berkumpul semula nanti!" Hwiso sekali lagi memberi arahan.

"Baiklah kalau begitu, bersurai semua!" Jieun bersuara.

Oh Jenny yang daripada tadi hanya mendiamkan diri turut mengangguk setuju.

Laju langkah mereka berlima menyelinap keluar dari bangunan Scarlet Tower sebelum sempat pihak musuh mengejar mereka.

Mereka berlima adalah pari-pari sihir yang ditugaskan untuk melindungi jantung mawar merah dengan nyawa mereka sendiri. Jika jantung mawar merah itu terjatuh kepada pihak musuh, alamatnya musnahlah keturunan Scarlet Rose!

Hud jubah hanfu masing-masing ditarik sehingga menutupi seluruh kepala setelah itu mulut mereka menyebut mantera untuk menghilangkan diri daripada situ. Di saat mereka semua tiba-tiba menghilang. Salah seorang daripada mereka tidak membaca mantera yang sama. Dia berdiri di belakang mereka, tetapi hanya empat orang saja yang berjaya menghilangkan diri.

Gadis itu mengibas hanfunya dan segera bergerak meninggalkan kawasan itu. Sebaik saja gadis itu bertukar pakaian menggunakan kuasa pari-parinya. Kedengaran para pengawal pihak musuh berlari mendekati tempat mereka berkumpul tadi.

Seorang wanita ditemani pembantunya mendekati meja bulat yang menjadi tempat perbincangan para gadis penjaga jantung mawar merah itu.

"Nampaknya mereka sudah melarikan diri dengan membawa jantung mawar merah bersama," kata si pembantu wanita itu dengan pandangan sinis memerhati segenap ruangan bilik itu.

"Tak guna! Sejauh ini aku menjejaki Scarlet Tower, tetapi jantung mawar merah masih belum ditemui jua! Tak guna!" Meja bulat itu dihentak sekuat hati sehingga terbelah dua. Wanita itu membuka hud di kepala lalu terpancar cahaya merah kehitaman di matanya.

"Princess... biarkan aku kerah tenaga pengawal kita untuk mengejar mereka semua." Pembantu kepada wanita itu bersuara seraya duduk melutut satu kaki.

"Mereka pari-pari sihir! Mustahil kita dapat jejaki mereka. Hendak mencari Scarlet Tower saja sudah bertahun-tahun baru kita temuinya!" Wanita itu seperti pasrah dengan apa yang baru saja menimpa mereka.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki seseorang kedengaran berlari laju memasuki bilik itu.

"Princess Loriel! Sudah kita tawan Scarlet Tower, tetapi tiada seorang pun pari-pari sihir yang menjaga jantung mawar merah ditemui." Seorang lelaki berpangkat janeral dalam angkatan tentera Princess Loriel memberi maklumat itu.

"Ergh..." Kedengaran jelas di halwa telinga mereka, Princess Loriel sedang mengeru sendirian. Dia sedang mengawal perasaan marah. Buku lima digenggam erat.

"Aku tahu!" Tiba-tiba pembantunya bersuara.

Pantas Princess Loriel menoleh. Pembantunya bangun lalu membisikkan sesuatu di telinga. Wajah yang tadinya berkerut mulai berubah riak apabila pembantunya selesai memberi tahu sesuatu.

"Bawa tawanan Scarlet Tower bersama!" arahan Princess Loriel segera dituruti. Berpusu-pusu para pengawal yang mengepung Scarlet Tower mengumpul pari-pari sihir muda yang tersisa.

Princess Loriel bersama pembantu dan janeral pengawal mendekati pari-pari sihir muda. Rancangan pembantu itu akan dilaksanakan dengan begitu sempurna.

Setelah kesemua pari-pari sihir dikumpulkan. Princess Loriel mula bersuara.

"Bergerak!"

Maka dengan itu, mereka semua bergerak menuju ke tempat yang diarahkan Princess Loriel. Tanpa mereka sedari, salah seorang penjaga jantung mawar merah itu ada bersama mereka di kalangan pari-pari sihir muda yang menjadi tawanan.

.........

BERSAMBUNG

.........

AUTHOR NOTE : Jemputlah sedekahkan vote untuk cerita sis ni. Jangan jadi silent reader please 🥺. Sis baru lepas cucuk booster. Bagilah semangat sikit dekat sis 😫.

Scarlet Rose - Siri Kedua Fantasi | TerbitWhere stories live. Discover now