BAB 1

6.1K 52 3
                                    


Amboi, bukan main si Solah ni membuta. Kalau diikutkan hatinya, nak saja dia tunjal-tunjal dahi lelaki itu. Aisha senyum sendiri. Dia pernah lalui perkara yang sama. Letih belajar sambil buat kerja ni, penat badan, penat otak. Bila dia jeling jam, dan hampir tengah malam. Shiftnya baru bermula jam sebelas tadi. Dia jenguk keluar. Janganlah hujan lama sangat. Sungguh dia lupa mahu bawa bersama payung petang tadi. Baju hujan pun lupa dia masukkan dalam raga basikal. Aduhhh, bingai. Bunyi loceng buat dia kembali sedar.

"Selamat datang."

Tiga pemuda itu hanya menoleh tanpa balasan. Sibuk mencari itu dan ini agaknya.

"Do I know you?"

Sekilas jantungnya terhenti. Aisha angkat muka, mencari sang pemilik suara. Terpacak dihadapannya lelaki itu yang ralit merenungnya tajam.

"Excuse me, sir?" soalnya berbahasa. Nak speaking sangat, dia layan sajalah.

"Ahhh...I know you from somewhere, right? Bukan you ke yang I jumpa malam semalam? Ni, Barbosa Night Club, betul?"

Buta ke?! Dia yang pakai tudung macam ni masuk kelab? Barbosa apa, berdosa adalah. Mendidih juga darah dia tapi Aisha buat bodoh. Kelab malam ya. Meh sini dia hantuk dengan scanner, biar bermalam terus kat sini. Tengok tudunglah cap apa wei...siut!

"Berdosa Night Club? Tak pernah dengar pun. Kelab ahli neraka eh?" soalnya sambil terkebil-kebil buat muka toya.

Berdekah-dekah lelaki itu ketawa. "Funny la you ni..."

Funny atuk kau. Aduhhhh, cepatlah bayar, cepatlah berambus.

Tanpa malu lelaki itu campak dua kotak Durex pada kaunter. "Malboro, soft pack satu."

Laju saja dia capai kotak rokok itu. "Ada lagi, encik?"

Lelaki itu kenyit mata. "Kalau you, berapa?"

Allah, kalau dia gelak nanti cakap dia kurang ajar kan. Sabar, sabar. Syaitonnirojim memang tak tahu malu.

"Tak jual, encik. Maaf ya. Ada apa lagi?" Geram jangan cakaplah. Kalau dia ada kuasa api macam Si Park Chanyeol tu, dia bakar mamat kat depan-depan ni hidup-hidup. Biar rentung siap-siap.

"Kau mengayat adik ni ke, bro? Janganlah weiii...kesian adik ni mencari rezeki yang halal," sampuk kawan si mamat ni. Aisha senyum-senyum.

"Jual mahal, Joe. Kalau on, aku bagi je seribu macam ni je ha."

Nak termuntah dia mendengarnya. Yang bercakap depan dia ni Melayu kan? Ke dia silap bangsa. Kalau Melayu, biasanya Islamlah kan, kan?

Yang bernama Joe tadi tenung dia atas dan bawah. Mencacang bulu romanya. Buatlah yang pelik-pelik, dia tekan alarm kecemasan ni nanti. Si Solah pun satu, tidur baik punya bawah kaunter. Bukan nak bangun tolong dia.

"Virgin lagi ni, dua ribu dia on kot, Shah."

Ya Allah, ya Allah...lindungi dia dari manusia bertopengkan syaitan.

"Bro, kalau tak nak bayar, ke tepi." Tiba-tiba saja lelaki berhud kelabu itu datang. Sebatang lollipop dan satu pek makanan kucing.

"Bro, kalau ya pun tengok oranglah. Main potong line macam ni memang nak cari gaduh ke, bro?!"

Lelaki itu senyum tawar. "Ni, kira sekali dengan abang-abang hensem kat belakang ni, saya bayarkan."

Aisha angguk, menurut. Janganlah jadi apa-apa, susah dia nanti.

"Weh Shah, bro ni belanja kitalah. Ini baru betul, potong line tapi tolong bayarkan. That's the waylah...good job, bro."

"RM61.60, encik."

Ash dan AishWhere stories live. Discover now