BAB 2

7.7K 48 11
                                    

Trauma kerja malam masih ada namun buat masa sekarang, ini saja punca rezekinya. Resume dan surat permohonan sudah beribu keping dia hantarkan ke pelbagai syarikat di Kuala Lumpur dan Selangor. Sudah berpuluh sesi temuduga dia lalui namun hampa. Betul agaknya kata Iza, kalau kau bukan sesiapa, sebelah mata pun orang tak pandang. Sebut tentang Iza, petang tadi rakan serumahnya itu terus pulang ke kampung. Mak dikejarkan ke hospital lagi katanya. Allah, berat dugaan untuk Iza kali ini. Loceng automatik berbunyi di pintu, automatik juga dia tegakkan badan dan berikan sapaan paling mesra. Senyumannya hilang bila melihat siapa yang datang.

"Hai, sorang je malam ni? Mana partner?" soal Mimi sambil tangannya membelek kuku. Dibelakang tercegat Nina dengan muka ketat, Fuad dan Ajis yang tersengih-sengih sambil garu-garu pipi. Apahal semua ni datang buat rombongan ke sini?

"Nak beli apa?" soal Aisha malas. Malas mahu melayan Entah apa karenah yang bakal disuakan.

"For you info, kami dah bawakan semua baju pakai, barang kau kat dalam rumah kat sini."

"Your."

Mimi toleh. "Apa?"

"Your. For your information. Baru betul."

Dia nampak wajah Mimi memerah. Padan muka, berlagak je lebih. Tangannya yang terketar-ketar menahan marah disembunyikan di bawah kaunter. Ya, dia dengar apa yang si Mimi itu katakan, loud and clear. Dia juga nampak dua beg pakaiannya dan satu plastik hitam dibawa masuk Ajis dan Fuad lalu dilambak di hadapan kaunter. Allah, tenangkan hatinya ya Allah.

"Kau pandai-pandai cakap jantan yang kau bawak malam tu anak tuan rumah ya, kurang ajar betullah kau ni, Aish. Muka baik, perangai kalah aku. Entah-entah balik tudung tu penuh dengan benchmark kat tengkuk, berlagak je lebih."

"Lovebites. Bukan benchmark ya," balasnya selamba walaupun hati mula bergundah bimbang. Ya Allah, haraplah semua barang-barangnya ada semua di sini.

Terdengar ketawa Ajis dan Fuad di belakang. "Kau kalau tak pandai nak cakap mat saleh, tak payahlah, Mimi. Buat malu je..."

Lagi merah padam wajah gadis itu.

"Ahh lantaklah apapun! Aku cuma nak cakap, kau boleh berambus dari rumah tu. Kami dah ada dua orang baru nak gantikan kau dengan Iza. Ni semua sampah sarap kau, ambik! Jangan datang lagi kat rumah tu, faham?!"

"Aku bayar sewa sampai akhir bulan, ni belum akhir bulan lagi. Aku ada hak nak datang ke, nak duduk kat situ ke sampai bila-bila selagi aku bayar sewa. Faham?!" Mendidih darahnya jangan cakap tapi dia masih boleh bersabar. Dalam hati, dia istighfar tanpa henti.

"Dah Mimi cakap jangan datang, jangan degil lah pompuan. Nanti mendapat kau!" sampuk Fuad berang.

"Awak nak report polis? CCTV pun ada. Kalau nak saya boleh jadi saksi."

Semua mata pandang suara itu yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Ashrafi kan?

"Mengikut klausa undang-undang sewaan rumah dalam bab si penyewa dengan tuan rumah, ada mengatakan tentang tanggungjawab dan peraturan hasil sewaan yang perlu dipatuhi sama ada penyewa-penyewa dan juga yang memberi sewa. Dalam klausa 3 ada menyebut tentang penindasan dalam penyewaan. Sama ada siapa tindas siapa, orang yang ditindas boleh buat laporan polis dan boleh saman, juga penjarakan yang menindas. Korang semua nak booking penjara mana?"

Mimi telan liur. Nina pandang Ajis dan Fuad yang tiba-tiba kecut telur, buat malu saja ada pakwe macam ni.

"So, macam mana? Nak saya call polis sekarang? Kalau tengok dari keadaan macam ni pun dah nampak macam ugutan."

Okay, mulut dia yang tadi nganga Aisha katupkan perlahan-lahan. Wow, just wow. Her own knight in shining armour. Tapi tak ada shining kat mana-mana pun, asyik pakai hoodie kelabu dengan hitam ni je.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ash dan AishWhere stories live. Discover now