" Hansol!!! "
Aku berpaling memandang Haneul kerana aku tahu itu suara Haneul.
Buku yang tengah aku baca, aku tutup perlahan. " Haaa iya Haneul? "
" Hansol teman Haneul pergi library sekejap boleh? Ataupun Hansol tengah sibuk sekarang? "
" Buat apa? "
" Nak pinjam satu buku ni. Hansol nak ikut? "
" Hmm boleh lah. Jom. "
Aku mengangguk kecil lalu meletakkan buku aku di bawah meja.
Selepas itu, aku berjalan disamping Haneul ke library.
Di library,
" Hansol! Dekat sini! "
Aku yang tengah melihat buku di rak buku terus memandang Haneul kerana mendengar suaranya.
Aku mengangguk kecil lalu berjalan menghampiri Haneul.
" Buku mana yang Haneul nak? "
soalku memandang Haneul sekilas lalu memandang rak buku yang dia tunjuk." Hmm mana eh... Oh sini! " Aku hanya memerhati dia mengambil buku itu dan tiba - tiba aku ternampak satu tanda di tangan dia. Aku tekun memerhati tanda tersebut.
" Ahh! " Kepala aku sakit tiba - tiba.
" Eh Hansol. Kenapa ni? " Haneul yang pada mulanya tengah berusaha mengambil buku, menghampiri aku.
Aku mengawal riak mukaku.
" Tak ada apa - apa. Hansol okay. Mari Hansol tolong ambil. Nampak macam Haneul tak sampai je. " ujarku lalu tergelak kecil. Haneul mencebik kecil.
" Ala.. tahulah Haneul ni pendek! " protes Haneul.
Aku mengelus rambut Haneul perlahan.
" Hansol gurau je lah Haneul. Hansol suka apa dengan orang yang pendek, comel. " ujarku selamba lalu mengambil buku yang dia mahukan." Apa Hansol cakap tadi? "
Aku memandang kau dengan senyuman kecil dengan gelengan kecil.
" Tak ada apalah Haneul. Kita masuk kelas balik ya lepas ni? "
Aku hulurkan buku yang Haneul mahu. Haneul mengambil buku yang berada di tangan aku dengan anggukan kecil.
" Hurm tapi Haneul balik sorang - sorang boleh? Hansol nak pergi tandas dahulu. "
" Boleh boleh. Nanti kita jumpa lagi Hansol.. "
Kami pun berpisah dengan kepala aku yang masih berdenyut.
- TBC -

YOU ARE READING
wish . vernon svt ✔︎
Фанфикsebuah permintaan vernon yang mengarut . ⌕ vernon chwe shortstory fanfiction completed :: 20Apr 2021 @kmmtysh- , 2nd fanfiction