three

106 41 4
                                    

" Hansol! "

Aku mendengar suara Haneul memanggil aku daripada arah belakang. Aku lantas memberhentikan pergerakan ku lalu memusingkan tubuhku menghadap Haneul.

" Iya Haneul? Ada apa - apa nak Hansol bantu? " balas aku sambil memandang wajah Haneul yang suci. Mata perang.. rambut juga lurus.. cantik!

" Hmm.. Hansol.. Haneul nak rehat dengan Hansol boleh? " soal Haneul sambil mengangkat satu plastik yang berisi makanan mungkin? Tak akanlah benda lain kan?

Aku tersentak sedikit disebabkan soalan yang dilontarkan oleh Haneul. Tetapi dalam masa yang sama, aku gembira.

Haish Hansol! Jangan senyumlah, kau senyum dalam hati sahaja sudahlah!

" Boleh - boleh.. Haneul duduklah sini. " balasku lalu Haneul dengan semangatnya melabuhkan punggung disebelah aku.

Mesti ini kali pertama dia dapat rasa bagaimana makan dengan seseorang di sekolah kan?

" Terima kasih Hansol. " ucap Haneul sambil tersenyum manis. Bukan selalu aku dapat melihat Haneul senyum sebegitu.

Comel.

Aku membalas senyuman Haneul.

Namun aku mengerutkan kedua - dua keningku selepas itu. Kenapa tiba - tiba hati aku rasa lain.. Senyuman itu...

- TBC -

wish . vernon svt ✔︎Where stories live. Discover now