Jun Jie
Dia crush pertama aku. Sebaik sahaja selama dua minggu bersekolah dan merupakan murid tingkatan 1 Delima. Sebenarnya, kelas 1 Delima adalah kelas keempat dari hadapan. Yaa, aku mengaku aku low class. Sebab semua tu ditentukan berdasarkan keputusan UPSR tahun yang lepas. Dan aku boleh agak yang kau orang semua mesti dapat tahu berapa A yang aku dapat kan?Jun Jie, dia classmate merangkap my crush at the same time. Dia berbangsa Cina. Aku juga buat pertama kalinya pada tahun sulung tersebut bersekolah di situ dengan pelajar-pelajar Cina, India , dan kaum-kaum yang lain seperti yang ada di tanah Sarawak. Memang banyak beb!! Jadi, pada waktu itu, aku sedikit terpesona dengan jejaka itu. For your information, masa aku di tingkatan 1, aku tak ada kawan, jadi yang berani menyapa aku pada mula aku melangkah kelas itu ialah Cherry. Cherry juga berbangsa Cina. Dia juga table mate aku. Secara tak langsung, indirectly aku juga dapat bergaul dengan kaum-kaum seperti dia. Tapi, aku cakap melayu lah, paling tidak pun berbicara Melayu Sarawak.
Buka itu sahaja, aku juga rapat dengan semua classmate cina aku. Termasuk Jun Jie. Kadang-kadang, apabila kami disatukan dalam kumpulan yang sama, aku switch on my professional mode, dan melakukan tugasan yang disuruh guru. Aww rindulah waktu tu !!! Betapa cepatnya masa berlalu. Uwaaa!! T~T
Kadang-kadang juga kalau ada masa, aku selalu ajak dia bersembang dengan aku. Entah apa apa lah topik yang disembangkan pada waktu itu. Hahaha. Asalkan hubungan aku dengan dia terjaga dan tidak renggang. Bukan setakat hubungan crush je, hubungan sesama kawan juga. Yaa, itu paling penting. Kalau tak dapat jadi crush pun tidak apa, janji boleh berkawan.
Perasaan aku terhadap dia aku lama pendam selama satu tahun. Semuanya berubah lalu hilang selepas aku dipindahkan ke kelas paling hadapan, kelas 2 Alma untuk tahun hadapan dan mereka semua dimajukan ke kelas 2 Ciku, di mana kelas tersebuterupakan kelas ketiga dari hadapan. Baguslah begitu. Tidaklah aku merasa serba salah di saat aku meninggalkan kamu semua. Kita telah menunjukkan potensi yang bagus dan membuktikan pelajar 1 Delima boleh berjaya !
Terima kasih, Jun Jie di atas semua pertolongan kamu semasa menunjuk ajar kepada saya tentang Matematik, Sains dan lain-lain subjek yang kamu pernah ajar saya. The most was Mathematics subject laaa. Hehe. Aku memang saja pilih Jun Jie untuk ajar aku masa tu sebab dia pun boleh tahan pandai juga dalam bab bab kira kira seperti itu. Thanks, Jun Jie for everything. (2016)
K.Henry
Seriously, I have do not know idea how I have the feeling towards this guy! Kenapa ek? Sebab dia bad boy? Spesies-spesies buaya pada masa itu belum wujud lagi. Wujud memang wujud tetapi tidak menggunakan frasa tersebut malah menggunakan frasa 'Playboy'. Itu yang paling terkenal dekat muka bumi ni. Especially, Malaysia lah. Hehe.Meh aku describe dia sikit. Kita orang panggil dia Henry dekat sekolah, sebab apabila dipanggil Kristal. K dekat hadapan nama dia itulah Kristal. Tapi kedengaran agak seperti perempuan. Haha! Perempuan ke?! Haha! Okay apa nama tu!
Henry ni berambut kemas pada awal dia pindah ke kelas 1 Delima. Melangkah sahaja dia melepasi pintu, mata aku terus tidak berkedip memandang dia. Haha! Cliche laa pulak! Tak adalah sampai begitu sekali. Setakat suka je lah. Habis Jun Jie masa tu aku nak campak mana?! Eh takpe, crush boleh dikumpul berapa ramai yang kita nak asalkan kita sendiri tak rasa sakit hati dengan apa yang kita buat. Haha! Macam gitu pun ada?! Haha!Hari pertama, okeylah macam budak baik. Ikut cakap cikgu. Banyak beri konsentrasi semasa pembelajaran dan pengajaran diadakan. Mungkin sebab dia masih tiada kawan pada masa itu? Tapi lama-kelamaan, sikap Henry mula berubah. Selepas ada seorang ni pergi berkawan dengan dia dan menjadi sahabat baik. Baik ke buruk? Entahlah. Henry sepertinya banyak terpengaruh dengan rakannya yang diberi nama Khairi.
Paling teruk Henry pernah buat kesalahan di mana dia pernah merokok di tandas sekolah. Ponteng itu cuma Khairi sahaja. Dia tidak. Maklumlah, waktu akhir kan? Boleh pula Khairi ajak geng-geng dia pergi ponteng lalu balik sekolah. Aku pun ingin sahaja bagitahu cikgu Bahasa Melayu pada masa itu. Tapi, aku tak mampu. Aku takut, kalau aku diapa-apakan oleh mereka semua.
Tapi, aku percaya yang mereka semua baik. Mempunyai hati yang telus. Cuma mereka terlalu terdedah dengan dunia. Lalu alpa, mengejar kepuasan diri sendiri. Tanpa mengira baik dan buruk sesuatu perkara. Aku faham, kita semua pada masa itu berdarah muda. Berdarah panas! Remaja yang sentiasa ingin mencuba sesuatu perkara yang baharu. Tapi, takpelah. Kau orang semua boleh jaga diri sendiri kan? Aku yakin kau orang juga boleh berjaya. "Senakal nakal pun seseorang itu, tetapi akhlaknya terjaga, pasti dapat beroleh kejayaan, mesti BERAKAL!"- kata MK Kclique dalam sebuah webinar yang dianjurkan oleh PTTI, 2020.
JEKFER
Okay! Jekfer? Why Jekfer? Jekfer Kampung People ke tu? Eh tak!! Mana adalah. Yang tu cuma gelaran dia je, Jekfer. Sebab nama dia dekat dekat dengan Jekfer and why not kita orang semua cuba panggil dia Jekfer. Tak sangka pula watak Hun Haqeem dalam cerita Kampung People (2019) adalah Jaafar atau lebih terkenal dengan panggilan Jekfer.Jekfer, berpindah ke kelas 1 Delima pada bulan Februari. Dan paling tak tersangka, Jekfer merupakan sepupu kepada Henry. Kalau tidak silap aku lah. Kalau ada salah, hm anggap sahajalah mereka berdua memang ada pertalian darah. Tapi, Jekfer ni berbeza sedikit dengan Henry. Dari segi warna kulit, Henry putih, Jekfer hitam manis. Saiz mereka pun ada perbezaan di mana Henry kurus, Jekfer chubby gitu. Tapi kuruslah juga pada pandangan aku pada masa itu. Haha!
Jekfer ni kan kadang-kadang ada hari fokus dengan cikgu yang mengajar di hadapan, ada hari dia malas. Kalau hari dia malas ni lah aku malas juga. Tapi aku berbesar hati sebab dapat tolong dia buat kerja rumah. Haha. Aku masih ingat lagi, masa tu matapelajaran Bahasa Inggeris. Madam Adeline ada check satu per satu kita orang punya kerja rumah yang diberi olehnya. Aku tengok lah sebelah aku, Jekfer, dia punya nervous masa tu memang serabut gila! Bersepah atas meja dia. Oh ye, lupa nak bagitahu yang dia masa tu jiran aku juga. Sebelah kanan aku, duduk tepi dinding dengan geng Khairi.
Aku tengok dia. Tak sangka pula, dia minta aku punya buku sebab nak tengok jawapan untuk kerja rumah Inggeris tu. Lepastu, aku bagi je lah. Tak silap, kerja rumah tu aku ingat lagi tentang short story King Arthur. Uwaa, rinduuu! Bukan tu je, latihan matematik pun ada! Tapi, dia tak minta buku aku, sebaliknya dia minta aku ajar dia entah pasal apa tapi yang penting dia pegang jangka lukis masa tu. Haha! Kuat betul ingatan aku. Hopefully laa~ Di saat dia meminta pertolongan aku, aku rasa macam "wow, ada orang selesa dengan aku malah minta untuk diajar pula tu" aku pun rasa appreciated macam tu lah. Bukan selalu rasa diri ni rasa dihargai :)
Apa yang aku berkenan sangat dengan dia ni adalah, dia ni rajin sikit berbanding rakan-rakan sebaya dia. Khairi dan Henry. Lepas beberapa bulan, geng mereka bertambah ahli baru dengan seorang yang aku kenal. Ex classmate aku since sekolah rendah, Fazil. Momen lawak yang aku pernah tengok tentang Jekfer ni kan, ada hari tu, mungkin hujung tahun macam bulan September. Geng Khairi berani bawa telefon ke sekolah. Malang sekali, mereka semua dapat tahu oleh guru disiplin pada masa itu. Aku dah lupa nama cikgu disiplin tu. Hehe~
Cikgu tiba-tiba masuk kelas. Sebelum tu memang dah kecoh dah satu kelas cakap cakap pasal cikgu disiplin nak datang kelas. Lepastu, aku tengok Khairi pergi sorok dia punya telefon dalam tong sampah. Henry pula letak dalam poket seluarnya. Sempoi ! Lastly, Jekfer pergi sorok telefon dia bawah laci meja orang lain. Aku tengok orang punya meja tu tercengang-cengang kenapa Jekfer letak telefon dia bawah laci dia. Fazil pula nasib baik masa tu tidak membawa telefon. Kemudian, cikgu disiplin pun datang. Satu per satu geng Khairi kena spot check satu badan. Malangnya juga cikgu dapat tahu yang Jekfer ada sorokkan sesuatu dekat laci meja bahagian depan.
Cikgu tanya, "Kamu sorok apa tu?"
Jekfer, "Eh takdelah. Saya cuma nak ambil kotak pensil ni je."
Cikgu pun, "Kamu jangan nak menipu!"
Jekfer, "Betul saya tak tipu!"
Cikgu tak percaya, lepastu menuju ke meja tersebut. Lepas diselok tangannya bawah laci itu, haa jumpa telefon.Bayangkan eh aku duduk dekat situ dekat pula dengan cikgu disiplin masa tu. Yelah sebab aku pindah duduk depan tambahan pula sebelah meja mangsa teraniaya tadi tu, aku tahan gelak je tau dengar Jekfer mempertahankan diri dia sendiri. Hahahaha! Tapi aku tahankan je lah. Dah lah sebelah aku cikgu disiplin tu tercegat berdiri. Dengan rotannya lagi. Memang gabra lah aku dibuatnya. Lawak tho! Tapi aku kasihan juga dengan mereka berempat tu. Dia orang yang salah, aku yang nak kasihan buat apa? Dia orang yang salah bawa phone gi sekolah dah kenapa? En?
YOU ARE READING
Dia Yang Bergelar CRUSH
Teen FictionTanpa CRUSH, siapalah kita dekat sekolah en en en?? Dia orang ni ibarat sumber tenaga tau dekat sekolah. Dia punya tengah tu ibarat 100% full charge sebaik melangkahnya depan pagar sekolah.