SEL DARAH MERAH
Yang aku berkenan sangat dekat dia ni sebab dia ni seorang manusia yang mesra tau! Aku pun senanglah jadi classmate dengan dia. Walaupun aku tak jadi kawan tak mesra dengan dia, cukuplah sekadar kawan sekelas dengan dia. Aku dah jadi kawan sekelas dengan dia dah lama jugalah. Dalam 2 tahun macam tu.Kenapa sel darah merah? Sebab nama panggilan dia sama dengan sel. Jadi, aku saja saja lah kan nak tambah sikit bagi nama gelaran yang unik sikit. Hahaha. Lagipun, tak adalah aku segan silu nak sebut nama 'sel darah merah' tu dekat kawasan terbuka, sebab dia memang tak tahu.
Okey masa tu, aku dipindahkan ke kelas 2 Alma, manakala dia pula kekal dengan kelas Alma sebab tahun lepas dia berada di kelas 1 Alma.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari tu, kita orang masa tu selalu membentuk kumpulan tau untuk membuat tugasan secara berkumpulan. Tapi, bila kumpulan dah dibentuk, dia mesti ada sahaja dalam kumpulan yang aku sertai.Bukan nak cakap semua itu "jodoh". Dah memang kebetulan kan? "Kebetulan" lah tu! Haha. Aku tahu semua ni kedengaran agak klise, tapi, bagi aku.. hm entahlah. Bila aku bertemu dengan keadaan sebegitu, pasti aku akan berfikir yang bukan bukan. Seperti 'aku ada jodoh dengan dia'. Hahaha. Tapi realitasnya, aku, dia, bagai langit dengan bumi bhaii. Serious talk!
Tapi tak salah juga kan kalau aku mereka cerita sendiri untuk membina khayalan sendiri. Bukan aku nak bina untuk orang lain pun, untuk aku sendiri je pun. Aku yang bakal merasa bahagia. Walaupun dia tidak mengetahui yang aku menaruh perasaan dekat dia, cukuplah hanya aku sendiri sahaja yang tahu. Tapi, kalau dia tahu sekalipun, pasti dia tolak aku mentah mentah. Confident 100%. Lagipun, mereka cerita sendiri juga dapat membina keyakinan dan faktor penyumbang untuk aku terus bersemangat apabila aku datang sahaja sekolah dan belajar sekelas dengan dia. Cehhh ayat dia~
You know what? Semangat ada crush yang sekelas macam tu kan, memang lain maciam! Kalau masuk bab bab membuat perbentangan depan kelas itu sahaja yang membuat aku gementar seluruh badan. Bukan apa aku kata begitu. Dia classmate aku kot! Kalau aku pergi bentang dekat depan kelas, dia termasuk satu kelas memandang aku. Korang pun tahu kan aku ni jenis macam mana kan? Malu tahap gaban! Tapi, aku kekal dengan konsentrasi aku terhadap perbentangan aku pada masa itu. Yaa, seperti ayat klise aku," aku pergi sekolah sebab nak belajar , bukan nak belajar ngegeh kat sekolah."
FYI; ngegeh adalah satu perkataan bahasa Sarawak yang membawa maksud tergedik-gedik. Kalau aku salah, tolonglah eah betulkan. Terima kasih banyak banyak atas keprihatinan awakkk. Ehekk :)
SENIOR 3 KACANG
Aaaa! This senior aaa really make me tak tentu arah tau! Tapi malang. Malang? Sebab aku dapat bertemu dengan dia sebanyak 2 kali sahaja. Selepas itu, aku macam dah tak jumpa dengan dia.Okey, nak dijadikan cerita macam mana aku boleh jadikan senior 3 Kacang ni sebagai crush aku. Pada suatu hari, aku ingat lagi, hari tu hari Rabu. Hari Rabu tu jugalah aku ada bertugas di perpustakaan. Kalau nak tahu, aku juga merupakan seorang pustakawan pada masa itu. Sebenarnya, kalau yang tingkatan 1 dan tingkatan 2, mereka sepatutnya datang ke sekolah selewat-lewatnya pukul 1 petang. Tapi, aku yang pustakawan masa itu, aku perlu menjalankan tanggungjawab dan melaksanakannya dengan sebaik yang mungkin.
Bukan buat apa apa pun, aku cuma bertugas di bahagian pemprosesan buku. Di mana aku selalu melabel buku buku dengan pelekat berwarna untuk menunjukkan buku buku yang baharu itu dalam kategori yang betul. Haa, masa tu jugalah aku kena kacau. Mula mula senior tu "shut shut" dekat aku tau. Aku pula buat endah tak endah pada mulanya. Yelah kan. Siapa je yang suka aku yang berupa kentang masa itu? Ingat nak panggil orang lain, tapi mengikut kepada logik akal dan fikiran, aku seorang je dekat bahagian pemprosesan buku tu. Ada tu memang ada, tapi dekat kaunter. Masalahnya, si senior tu tengah pandang lurus terhadap aku dalam 2 meter macam tu lah kot. Tak jauh sangat dan tak dekat sangat. Kemudian, senior tu pun panggil lagi, "shut shut", tapi kali ni aku pandang pula dia. Nasib tak berpihak kepada aku, aku tak nampak dengan jelas pula muka dia. Sebab aku rabun! Dan boleh pula masa tu juga aku tak pakai cermin mata! T~T
YOU ARE READING
Dia Yang Bergelar CRUSH
Roman pour AdolescentsTanpa CRUSH, siapalah kita dekat sekolah en en en?? Dia orang ni ibarat sumber tenaga tau dekat sekolah. Dia punya tengah tu ibarat 100% full charge sebaik melangkahnya depan pagar sekolah.