STILL SEL DARAH MERAH
OMG! Yawllss ingat lagi tak dengan sel darah merah ni? Weyh! Aku tak berjaya lah nak melupakan dia! Sebab aku masih jadi kawan sekelas dengan dia. Susah lah macam niiiiii! Tapi, tahun hadapannya, aku dah tak suka dia. Jujur, perasaan tu memudar sendiri. Selepas itu, boleh tak kita pergi ke orang seterusnya? Hahaha.For your information, sel darah merah ialah orang yang aku suka selama 2 tahun berturut turut. Berapa bulan berapa hari, jangan tanya ! Aku tak ingat. Hehe~
L.M
Satu je aku hairan dengan diri aku sendiri. Kenapa aku boleh tersuka dengan bekas rakan sekelas aku sejak sekolah rendah dan bertemu kembali setelah setahun kemudian. Meh aku terangkan bagi kamu orang faham. [BATUK] Okey cerita dia macam ni, kali terakhir aku rakan sama kelas dengan this guy masa tahun 6. Tahun hadapannya, kami berada di tingkatan 1 tetapi berbeza kelas. Selepas setahun, dededeng~ aku..dia..bertemu kembali. Jodoh? Hahagahagha.Dalam MIMPI !!!!!!!!!!Mungkin sebab dia comel? Arghhh, aku tak ada kisah lah pasal dia ni. Tapi, ada satu pengalaman ni di mana aku tengah buat perbentangan Geografi, pada minit ke-4, aku terpandang dia yang duduk di barisan tengah menang tepat tepat di baris kedua dari hadapan aku. Dia tidur weyh! Comel je!
Yang aku dapat kenal pasal dia ni kan, dia ni seorang yang pandai buat lawak, pandai menyanyi, serius aku cakap suara dia memang merdu gilaaaaaa! Macam suara kebanyakan artis artis lelaki kat luar negara. Bukan dekat Korea ya, tapi dekat USA. Sama sangat! Kalah Justin Bieber dengan Shawn Mendes weyhh!!! Merdu ya amat!! Aku yakin, dia ni pasti dapat jadi penyanyi suatu hari nanti. Satu lagi perkara yang paling penting, dia ni juga seorang yang pandai! Sejak aku jumpa dengan dia sejak sekolah rendah lagi aku memang dah agak yang dia memang pandai. Tak lah macam aku, tiba tiba sahaja berada di kelas hadapan. Hmm. Bukan nak tolak rezeki, tapi... ia juga merupakan suatu pencapaian yang baik untuk aku untuk melangkah lebih maju dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
L.M, seorang crush sementara sahaja buatku. Jangan tanya aku berapa lama tempoh aku suka dia yaa, aku tak ingat! Hagahga XD
KOD MERAH
Damn! Sebenarnya aku dah tulis pasal dia ni sebelum ni. Tak silap aku dah SAVE dah!!!!!!!! WHYYYYY??!!!! Tapi tak mengapa. Demi KOD MERAH, aku sanggup ceritakan kisah aku dekat kamu ssemua.
KOD MERAH, my one and only crush yang aku ada simpan perasaan selama 3 tahun lebih. Berapa bulan, hari jam, minit, saat pfftt jangan tanya aku. Aku bukannya seperti orang lain yang suka sangat kira day by day, every single minutes and seconds terhadap orang yang dia suka. Sebab aku tahu, aku suka seseorang itu, bukan bererti mereka suka aku balik. Lebih baik aku cuma menaruh harapan tanpa mengira setiap cebisan waktu aku menyukai dia. Buang masa duhh~
Kod merah ni kan, sebenarnya aku berminat dengan dia sejak di tingkatan 2 lagi. Tapi, pada masa itu masih ragu- ragu dengan perasaan aku yang sudah tanam dalam hati. Setelah setahun kemudian, aku yakin dengan perasaan aku yang aku telah menyukai dia. Dalam diam. Mesti yawlss tertanya-tanya kan kenapa aku beri gelaran crush aku tu, KOD MERAH? Okey. Begini ceritanya. Suatu hari, sejak aku mula suka kod merah ni, aku selalu dapat rasa yang kehadiran dia sentiasa dekat sekeliling aku. Kadang kadang berselisih, bertembung. Seperti ada jodoh gitu. Satu je hilang. Tiada sapaan atau teguran. Yelahkan, siapa je yang mesra dengan orang yang dia TAK KENAL. Aku ni unknown je bagi dia pfftt :)
Nak dijadikan cerita, disebabkan dia selalu berada di sekeliling (memanglah selalu berjumpa, dekat dalam sekolah kan, bukannya berselisih dekat luar kawasan sekolah) dan perangai aku yang suka usha crush sendiri ni (aku tahu yawllss pun mesti macam tu juga kann, sikit sikit usha sikit sikit usha eii). Jadi, kalau nak sebut nama sebenar pun, rasa takut kalau kalau dia sendiri dengar. Selepas itu, aku cubalah fikir nama lain. Nama panggilan lain yang crush aku tak dapat tahu. Kod rahsia begitulah. Lalu, wujudlah nama 'KOD MERAH'. Acapkali kawan aku, Lin melihat si kod merah ada di sekitar kami, mesti dia terkumat-kamit memberi amaran, "KOD MERAH, KOD MERAH ADA KAT SINI!"
Nama panggilan 'Kod Merah' ni juga terhasil daripada tuan punya badan juga. Dari pemerhatian aku semasa kami mengikuti lawatan dan kem pengawas perpustakaan. Oh ya! Lupa nak beritahu yang, dia juga seorang pustakawan macam aku. Jodoh kan? Hahah. Aku selalu perasan yang dia selalu pakai baju warna merah. Bukan itu sahaja. Pakai kasut pun kasut yang mempunyai jalur merah. Seluar sukan pun tak ketinggalan mempunyai jalur merah di sisi seluarnya. Kemudian, aku dapat simpulkan bahawa warna kegemaran adalah warna merah. Sebab lain kenapa aku pilih nama kod merah ni, kebiasaannya warna merah menunjukkan amaran. Amaran di mana di situ ada dia!
Tahun 2018, aww rindunya aku dengan tahun itu. Di mana pada tahu tersebut jugalah banyak momen terindah tercipta. Yang aku dapat cipta. Mencipta dimensi fikiran untuk aku sendiri. Jika itu yang membuat aku bahagia, apa salahnya kan? Walaupun hanya sekadar khayalan. 2018, terlalu banyak sangat aktiviti yang dianjurkan oleh Cikgu Yati selaku guru pentadbir dan pengurusan pusat perpustakaan sekolah kami. Antaranya mendaki gunung, kem di sekolah selama 2 hari 1 malam dan lain- lain. Saat itu juga aku mengadakan kesempatan aku untuk lebih masa meng-usya kod merah kita tu. Sampai ada satu masa tu, aku siap record video dia lagi. Aku ingat lagi masa tu, kami tengah meniti jambatan bergoyang dalam aktiviti ekspedisi pendakian. Pfft, macam psiko tetapi sebenarnya tidak. Entah mengapa aku kurang waras masa tu sampai nak rakam dia titi jambatan tu. Like what???
Yallwss rasa semua tu nomal ke bila kita sukakan seseorang tu? Aku dapat rasa yang aku ni CREEPY. Sehinggkan dalam diari aku penuh dengan kisah dia. Kalau aku suka seseorang tu sehingga 3 tahun, begitu 3 tahun itu jugalah aku tulis apa yang aku perhati pasal dia dekat sekolah. Sampai 2 buah buku dah weyh! Eip, tapi bukan pasal kod merah sahaja aku catat, lain- lain pun ada. Aku pernah cakap yang aku perlu berhenti suka dia, last last tak dapatlah aku nak berhenti suka dia. Sebab apa? Sebab aku suka dia lahhh >_< Sehinggalah ada suatu hari tu aku nekad. Nekad untuk apa? Hehe, stay tune!
YOU ARE READING
Dia Yang Bergelar CRUSH
Teen FictionTanpa CRUSH, siapalah kita dekat sekolah en en en?? Dia orang ni ibarat sumber tenaga tau dekat sekolah. Dia punya tengah tu ibarat 100% full charge sebaik melangkahnya depan pagar sekolah.