BAB 2- Bahagian 1

9.7K 451 8
                                    


Imbas Kembali.

"Haisa! Haisa!" Eskandar melaung namanya dengan kuat.

Nur Haisa buat-buat tidak dengar. Dia bergegas menuruni anak tangga. Tak sanggup dia mahu lihat wajah Eskandar setelah apa yang telah berlaku. Perut sendiri sudah terasa memulas-mulas.

"Haisa!" Sekali lagi Eskandar memanggil. Nur Haisa yakin lelaki itu sedang mengejar dia.

Abaikan. Abaikan. Abaikan.

Sewaktu Haisa masuk ke dalam sebuah laluan, kepalanya menoleh ke belakang sekejap. Ternyata tiada figura Eskandar lagi. Haisa langsung menghela nafasnya dalam-dalam. Lega!

Lekas-lekas dia berkelana menuju ke stor sukan. Dia perlu ambil catatan yang disuruh oleh cikgu jasmani tadi.

Baru Haisa membeber pintu stor, tubuhnya tiba-tiba ditolak kuat dari belakang. Haisa terperanjat. Mujurlah dia sempat memegang tilam untuk acara lompat tinggi di situ. Kalau tidak; tentu dia sudah terjerembap di atas lantai simen.

Sekon Haisa terasa ada tangan menyentuh tubuhnya, pantas dia menepis tangan itu dengan kuat. Haisa berpaling dengan wajah yang garang.

"Jangan sentuh aku!" keras nada suara yang terlantun daripada Haisa. Sepasang mata hazelnya mencerun tajam ke muka Eskandar.

Dia benci lelaki ini!

"Kenapa kau nak lari?! Aku panggil kau kan?!" pekik Eskandar bersama dada yang berombak kencang. Tak berputus asa, dia mendekati Haisa di depan.

Haisa mahu berkelit. Namun, pantas Eskandar menarik lengannya sehingga tubuh mereka berlaga. Haisa mula panik!

"Jangan sentuh aku! Lepaskan!"

"Diam!"

Haisa pejam mata. Tubuhnya sudah terkurung dalam dakapan Eskandar. Sekon dia cuba menolak tubuh lelaki itu, Eskandar makin mengemaskan pelukan.

Haisa mula berputus asa.

"Lepaskan aku... tolonglah," rayu Haisa bersama suara yang bergetar. Tubir matanya turut basah. Tak suka dengan keintiman ini. Membuatkan Haisa terimbau sketsa memilukan itu.

Eskandar merengus. Tangannya naik mencengkam dagu Haisa sehingga mata mereka bersabung.

"Kita bincang."

"Tak ada apa yang perlu dibincangkan!" bidas Haisa tertahan-tahan. Dia memandang wajah itu dengan rasa benci yang menggunung.

Eskandar mendecit. Degil!

"Aku tahu; aku salah dan aku nak bertanggungjawab. Habis SPM; kita kahwin! Aku akan beritahu mak ayah kita," ujar Eskandar bersungguh-sungguh.

Entah macam mana perasaan suka itu boleh bertukar menjadi mala. Eskandar pun tak sedar ketika itu! Tak guna sungguh.

Haisa menggeleng kepala. Tak mahu!

"Aku tak nak! Anggap saja benda tuh tak pernah berlaku. Lepaskan aku!" keras nada Haisa membalas. Sekali lagi tubuh Eskandar ditolak tetapi tidak berjaya.

Eskandar ketap rahang.

"Aku cintakan kau! Kau buta ke?!"

"Itu nafsu buruk kau! Kau tak cintakan aku!" teriak Haisa dengan sengiangnya. Air mata merembes laju turun ke pipi.

NOVEL I His Broken Angel [Edisi Terhad]Where stories live. Discover now