BAB 4- Bahagian 1

8.9K 513 19
                                    


Prang! Prang!

Datin Maria mengerutkan wajahnya. Kepalanya tertoleh kiri dan kanan dek mencari punca bunyi itu. Dari satu tingkap ke tingkap dijengah. Tiba saja tingkap di bahagian dapur, matanya menangkap figura Farid di luar.

Datin Maria beriak hairan. Tak betah berperang dengan hati sendiri, cepat-cepat dia meluru mendapatkan anak lelakinya.

Tak ada hujan ke ribut, tiba-tiba anak lelakinya membuat pembakaran terbuka. Hish!

"Angah! Hey! Angah bakar apa tuh?" Datin Maria melaung sambil menyarungkan sandal di kaki. Termati niatnya mahu minum kopi panas.

Farid berhenti mencampak barang ke dalam tong. Sebaik saja figura si emak mendekat, Farid terus membuang barang yang terakhir ke dalam tong tadi.

Nafas ditarik dalam-dalam.

"Nothing. Angah just buang benda yang tak pakai lagi," lirih Farid menjawab. Sepasang mata zamrudnya merenung nihil ke arah unggun api itu.

Datin Maria melinglung. Apa?

"Barang tak pakai lagi? Biar betul angah nih. Inikan barang-barang dari Haisa. Elok lagi!" Datin Maria terbega. Buku-buku ke? Hadiah ke? Habis dimamah api yang marak.

Farid mencemik tidak suka.

"Barangnya memang elok. Tapi tuannya saja yang tak elok. Tak naklah simpan. Dia bukan ikhlas pun nak beri," tukas Farid tertahan-tahan. Barang dicampakkan lagi ke dalam tong itu.

Datin Maria terdiam. Dia memerhati tingkah anak lelakinya di depan. Sejak gambar-gambar itu tersebar, Farid acap kali berkurung dalam bilik.

"Angah tak rasa itu... tuduhan palsu? Angah tahukan yang arwah ada pesaing yang ramai. Mana tahu kalau ada orang sengaja mahu mencari fasal?" kata Datin Maria sebelum mengutip sebuah buku di atas tanah.

Farid dan Haisa memang suka bertukar-tukar buku. Kemudiannya, buka cerita sama-sama mengenai topik buku tersebut.

Sekon itu, Farid tergelak sinis. Jelas dibuat-buat. "Tak usah nak bersangka baik, ma. Baru je tadi angah nampak dia bawa laki luar ke rumah arwah. Nadim pun nampak. Itu ma nak kesiankan? Buang masa!" Farid fikir mahu singgah kerana nak dapatkan penjelasan tapi apa yang dia lihat dengan mata sendiri cukup membuatkan hatinya tercabik-cabik. Haisa perempuan jalang!

"Ada tanya dia dulu?"

"Tak perlu. Bukti dah ada. Siap bawa beg baju. Gaya macam nak tidur dalam rumah lelaki tuh," jawab Farid menyergap. Dadanya berombak.

Kalau boleh dia mahu jerit kuat-kuat. Tergamak Haisa mengkhianati dia.

Saat itu, Datin Maria mengeluh.

"Ma nak masuk dalam. Call along. Nanti kemas iya," pamit Datin Maria. Sejurus itu, dia berlalu dari situ. Dia mahu buka cerita ini pada anak pertamanya.

Farid hanya menggumam. Satu per satu barang pemberian daripada Haisa dimasukkan ke dalam tong. Api yang marak sudah seperti perasaan sengiang yang bermukim di dadanya.

Farid merengus.

"Nobody wants to be with somebody who's been with everybody. Slut. Dasar perempuan tak ada pegangan." Cemuhnya tertahan-tahan.

***

Memori suram.

DING DONG!

Nur Haisa berlari menuju ke pintu rumah. Sempat dia mengerling jam dinding di ruang tamu. Sudah pukul enam setengah. Siapa pula kemari? Tak akanlah mak ayahnya dah balik dari luar negeri?

Lantas itu, Haisa membuka kunci sebelum menekan dedaun pintu ke bawah.

"Iya? Ada ap... Eh? Kau rupanya, Es? Ada apa nih?" Sejurus itu, Nur Haisa membeber pintu rumah dengan luasnya. Muka Eskandar ditentang hairan.

Eskandar tersengih.

"Nak pinjam nota biologi. Boleh? Mujur aku ingat tadi," ujar Eskandar. Sudah dua hari dia tidak hadir ke sekolah. Gara-gara balik kampung dek urusan keluarga.

Haisa spontan membentuk 'o' di mulutnya.

"Boleh! Kau duduklah kejap dekat ruang tamu," pelawa Haisa. Serentak itu, dia berkelana menuju ke bilik tidur.

Eskandar patuh. Matanya meliar-liar ke segenap ruang. Necis sungguh. Sampaikan pantulan muka dia pun boleh ada di atas lantai.

Tiba-tiba Eskandar teringatkan sesuatu. Langsung dia menepuk dahi.

"Aduh! Terlupa pula aku nak nota kimia juga. Haisa! Haisa!" Eskandar terus berjalan ke arah bahagian bilik-bilik di sana. Yakin bilik sahabatnya ada di situ.

Saat matanya menangkap satu pintu bilik yang terbuka, terus saja Eskandar masuk ke dalam. Serentak itu, Eskandar dan Haisa terlanggar sehingga jatuh ke bawah.

Haisa mengaduh sakit apabila Eskandar menghempap tubuhnya secara tiba-tiba.

"Es! Aduh... Kenapa nih? Sakit nih!" Haisa menepuk pundak si jejaka. Kenapa pula Eskandar mencari dia di sini? Bukan dia suruh tunggu di ruang tamu ke?

Eskandar gugup. Kelam kabut dia mahu bangkit. Namun, niatnya termati apabila melihat sesuatu yang mampu menggoyahkan jiwa lelakinya.

Cardingan Haisa terselak. Sekaligus bahagian yang tidak beralas menjadi santapan matanya. Eskandar telan air liurnya dengan susah.

Damn it.

"Es? Bangunlah. Berat nih! Kau dah ke..." bicara Haisa terhenti apabila Eskandar bertindak meragut nafasnya secara tiba-tiba.

Haisa mendelik. Langsung dia menolak wajah Eskandar dengan kasar.

"Kau dah kenapa? Gila?" Nafas Haisa termengah-mengah. Sepasang mata hazel miliknya sudah mencerun tajam pada wajah sahabatnya.

Eskandar ketap bibir.

"Bukan salah aku." sejurus itu, Eskandar mencengkam dua rahang Haisa sebelum mencuri nafas si gadis secara paksa.

Seiring itu, Eskandar mencempung tubuh Haisa dan membawa ke katil. Nur Haisa memberontak. Tubir matanya mula memanas.

"Jangan! Lepaskan!"

"Diam. Aku tahu kau nak aku," bidas Eskandar separa sedar. Tangannya mula merentap pakaian Haisa sehingga terkoyak.

Haisa panik. "Es... Jangan..."

"Jangan takut. Aku ada," kata Eskandar seakan memujuk. Serentak itu, dia membawa Haisa masuk ke dalam dunianya secara paksaan.

Haisa merintih sakit. 'Tolong!'

NOVEL I His Broken Angel [Edisi Terhad]Where stories live. Discover now