BAB 1- Bahagian 2

9.4K 530 23
                                    


7 tahun kemudiannya.

Dua kakinya berjalan menuruni anak tangga. Blazer langsung disarungkan ke tubuh sambil melingas persekitaran. Hari ini, hari pertama dia mengganti jawatan si ayah di dalam syarikat. Tak dapat menafikan, hatinya sedang membuncah hebat.

"Morning."

Sapaan itu membuatkan Datin Maria segera menoleh kepalanya ke tepi. Sekon wajah si anak bertamu di anak matanya, Datin Maria terus mengulum senyuman manis.

"Morning, angah. Ready dah?" soal Datin Maria dengan mesra. Dia mula mendekati Farid di meja makan. Atas bawah Datin Maria memandang anaknya ini. Segak sungguh!

Farid tersenyum cuma.

"Maybe. Papa mana?" balas Farid bersahaja. Kerusi di depan langsung ditarik, lalu melabuhkan punggung di situ. Sekeping roti bakar diambil.

"Dah gerak. Papa teruja sangat tuh. Nampaknya dia tak sabar nak beri jawatan tuh pada angah," ujar Datin Maria sembari menuang air kopi ke dalam cawan kepunyaan Farid.

Suami dia awal-awal lagi sudah berangkat ke syarikat. Senyum sampai ke telinga! Nampak sangat suaminya sedang gembira dalam teruja.

Farid terdiam. Saat itu, dia mengeluh.

"Angah nervous."

"Faham tapi mama percaya angah mampu. Angah dah kerja lama dalam syarikat. Cuma jawatan saja yang berbeza. Jangan risau okay?" Datin Maria memujuk. Bahu tegap anaknya sempat ditepuk lembut.

Farid langsung membuang nafasnya. Perlahan-lahan dia turunkan kepala.

"Doakan angah?"

"Sentiasa." Datin Maria kenyit mata, lalu dia tergelak halus. Farid turut tergelak. Gembira bila emaknya mampu mengurangkan rasa gusar yang ada di dadanya.

Roti bakar terus digigit.

"Yang lain mana? Along ada call?" Farid bertanya sambil menyorot matanya ke muka Datin Maria. Bau air kopi mula memenuhi suasana dalam ruangan makan itu.

Datin Maria menggumam.

"Cuti sem... biasalah. Adik-adik angah terbongkang. Along ada saja call. Dia ada beri tarikh nak balik ke Malaysia. Tapi mama lupa pula. Nanti mama check," jawab Datin Maria bertubi-tubi. Serasanya Luth ada beritahu mahu kerja di Malaysia.

Farid tersenyum. Dah lama dia tidak bersua wajah dengan abangnya itu.

"Nanti beritahu angah. Rindu sangat dekat dia. Along tuh asyik sibuk saja!" omel Farid seraya menjuih mulut ke depan. Konon merajuk.

Abangnya itu... kerja; belajar dan kerja; belajar. Usia sudah angka tiga tapi masih mahu belajar lagi. Tak faham Farid dibuatnya.

"Itulah... Ma nak saja dia kahwin tapi rasa serba salah pula," ujar Datin Maria lemah. Ingat sketsa lama, buatkan hatinya terasa nak pecah. Kesian Luth.

Selanjur Farid mengeluh. Terlupa pula.

"Tak apalah, ma. Mungkin jodoh along belum lahir kut..." kalih Farid dengan lugunya. Tak mahu emaknya fikir bukan-bukan. Walhal Luth baik-baik saja.

Tiba-tiba Datin Maria tersengih.

"Entah-entah... angah yang kahwin dulu kut," usik Datin Maria sambil tersenyum nakal. Sengaja alis kanannya bergerak-gerak ke arah Farid.

NOVEL I His Broken Angel [Edisi Terhad]Where stories live. Discover now